Advertisement

ads

MELASTIK KE HATIMU EPISOD 5

MELASTIK KE HATIMU EPISOD 5 |Bermula 21 Januari 2021 drama Melastik Ke Hatimu lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee akan disiarkan di Tv3 jam 9 malam. Drama arahan Azmi Hatta ini turut dibintangi oleh Norman hakim , Wani Kayrie dan ramai lagi.



Sinopsis Melastik ke Hatimu Episod 5

Ziyyad terkejut dengan keputusan Haura untuk berklahwin dengan nya. Dia bertanya sama ada Haura yakin dengan keputusan nya sedangkan Haura tidak menyintainya. Haura memberitahu yang soal cinta akan diuruskan selepas mereka berkahwin.haura terus mengambil cincin yang dipegang. Dalam hati haura walaupun dia berkahwin dengan Ziyyad tapi hatinya tetap untuk Naim. Dia akan memastikan selepas dia berkahwin dengan Ziyyad, dia akan membuatkan Ziyyad menceraikan nya.

Haura bertemu dengan Naim di pintu pagar kilang. Haura meminta maaf pada Naim kerana dia terpaksa berkahwin dengan Ziyyad kerana ayahnya sedang sakit dan dia tak mahu ayahnya risau kan nya. Lokman juga terkejut kerana Ziyyad dan Haura sudah sepakat untuk meneruskan rancangan mereka untuk berkahwin. 



Naim bejumpa dengan Ziyyad dan Lokman.Dia memberi cuba memukul Ziyyad. Tapi Ziyyad mengelak dan menumbuk Naim. Ziyyad memberi amaran pada Naim supaya ingat yang Haura adalah tunang nya . Naim terkedu dan takut dengan amaran dari Ziyyad.

Ziyyad sudah sampai di hadapan rumah Haura. Dia dan haura serta Mak Limah akan ke hospital mengambil ayahnya yang sudah boleh keluar dari wad. Di dalam kereta Ziyyad meminta izin pada Mak Limah untuk memabawa Haura bertemu dengan ibu dan ayahnya.

Ziyyad membawa Haura kerumahnya. Ziyyad sempat berpesan pada haura untuk jadi dirinya sendiri dan tak perlu tertekan. Haura mengatakan yang dia akan berbuat seperti biasa sahaja. Sebaik ibu dan ayah Ziyyad keluar bertemu Haura, sikap dan cara percakapan Haura terus berubah menjdi lebih sopan dan lemah lembut.



Ayah Haura gembira kerana Haura sudah bersetuju untuk berkahwin dengan Ziyyad. Dia yakin Ziyyad sahaja lah yang mampu membantu keluarganya. Ziyyad seorang ellaki yang berani dan menepati janji. Mak Limah juga berharap yang Haura dapat menjadi isteri yang baik untuk Ziyyad.

Pertemuan Haura dengan ibu dan ayah Ziyyad berlangsung dengan baik. mereka juga merancang untuk menempah baju pengantin dan mengambil pakej perkahwinan. 

Ketika Ziyyad sedang solat,. Haura masuk ke dalam bilik Ziyyad dan melihat gambar kanak-kanak diatas meja. Haura tertanya-tanya siapakah kanak-kanak itu. Ziyyad yang melihat Haura disitu terus memberi tahu yang itu adalah anaknya yang dilarikan bekas isterinya. Haura juga mula bertanya tentang status Ziyyad sebagai duda.

Mak Limah menerima duit Dari Ziyyad untuk urusan kenduri. Ayah Haura berasa malu dengan sekap Mak Limah yang minta duit pada ziyyad. Kalau Haura tahu pasti haura juga akan malu pada Ziyyad. Menurut Mak Limah duit tersebut bukan duit hantaran tapi cuma untuk belanja perkahwinan Haura Nnati. Tapi tiba-tiba sahaja Mak Limah sudah beranagn ingin menempah baju baru untuk dirinya sendiri . Bertambah malu ayah Haura dengan sikap isterinya itu.


Ziyyad menghantar Haura pulang kerumah selepas menghadiri kurusus kahwin dengan Haura. Sampoai di depan rumah Mak Limah berdiri didepan pintu. Haura pergi kepada Ziyyad dan berpura-pura ber cakap dengan mesra pada Ziyyad. Ziyyad keluar dan mengajak Haura berselfie.Haura rimas denganZiyyad yang mengambil kesempatan .

Haura sudah bersiap untuk majlis penikahan nya dengan Ziyyad. Ziyyad dan keluarga juga sudah sampai kerumah Haura. Haura dan Ziyyad akhirnya selamat menjadi suami dan isteri. Ayah Haura sempat berpesan pada Haura agar menjaga nama baik keluarga.

Selepas majlis pernikahan Lokman memberi nasihat pada Ziyyad agar berhati-hati dengan Naim. Dia risau jika Naim melakukan sesuatu pada Ziyyad dan Haura. Walaupun Ziyyad juga risau tapi dia meyakin kan Lokman yang tak kan berlaku apa-apa padanya dan haura.

Pada malam perkahwinan mereka Haura memberitahu Ziyyad yang dia tidak cintakan Ziyyad dan Ziyyad jangan memanggilnya sayang. Ziyyad memberitahu yang di tahu semua itu. Yang penting Haura sudah menjadi isterinya. Tiba-tiba mereka mendengar bunyi benda jatuh diluar rumah. Rupanya Naim yang jatuh dari pokok kerana mengintai Haura dan Ziyyad.


Haura memberitahu Ziyyyad yang mereka perlu membuat persetuajan syarat perniakahan. Yang pertama jangan mengharap untuk pindah keluar dari rumah, mereka tidak akan tidur bersama, jangan menyentuh Haura dan Ziyyad perlu menceraikan Haura selepas ayah Haura sembuh.

Ziyyad bersetuju untuk syarat 1 hingga 3. tapi syarat ke empat tidak dapat dia penuhi. Ziyyad juga mengatakan syarat yang Haura perlu penuhi. Hanya satu sahaja syarat yang Ziyyad mahu Haura penuhi iaitu menghormatinya sebagai seorang suami.

Malam itu mereka tidur berasingan di lantai. Sedang mereka tidur tiba-tiba ada cicak jatuh keatas Haura. Ziyyad terkejut dan memuk Haura serta mengucapkan terimakasih kepada cicak.


bersambung..


Pelakon :

Janna Nick - Haura Annisa

Andi Bernadee - Ziyyad

Afifah nasir - 

Wani Kayrie - Fatin

Puteri Sarah Liyana - Faida


Soundtrack Drama Melastik Ke hatimu

Pencinta Setiamu - Usop

Tonton Melastik Ke Hatimu Episod 5

Catat Komen

0 Ulasan