Advertisement

ads

MELASTIK KE HATIMU EPISOD 4

 MELASTIK KE HATIMU EPISOD 4Bermula 21 Januari 2021 drama Melastik Ke Hatimu lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee akan disiarkan di Tv3 jam 9 malam. Drama arahan Azmi Hatta ini turut dibintangi oleh Norman hakim , Wani Kayrie dan ramai lagi.

Sinopsis Melastik Ke Hatimu Episod 4 

Haura seperti tak percaya yang Ziyyad adalah tunang nya. Dia yakin Ziyyad hanya berpura-pura. Haura pulang awal kerumah untuk bercakap dengan Mak Limah. Sampai je di intu dapur Haura terdengar Mak Limah berbual dengan fatin. Fatin bertanya siapakah nama tunang Haura. Mak Limah memberitahu yang Ziyyad adalah tuang Haura.

Haura yang terdengar terus pengsan. Tak sangka Ziyyad adalah tunangnya sekarang. Ayah haura meminta Haura mengenali hati budi Ziyyad dulu sebelum Haura membuat keputusan lebih jauh.

Haura hairan mengapa ayahnya kita sependapat dengan Mak Limah. Ayahnya sudah tidak memihak dirinya lagi.



Ibu Ziyyad curiga dengan niat Ziyyad untuk berkahwin. Ziyyad meyakinkan ibunya yang dia yakin Haura mampu menggantikan Anis.

Dalam masa sama Ziyyad curiga dengan ayahnya yang selalu nampak sibuk. Dia yakin ayahnya mempunya wanita lain diluar. 

Haura mengembalikan cincin tunang kepada Ziyyad. Dia sudah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan nya dengan Ziyyad. Haura memberi cincin kepada Ziyyad dan terus pergi.

Haura bertemu dengan Naim. Naim memimta maaf pada Haura kerana tak muncul dihari pertunangan nya. Naim memberitahu yang Mak Limah meminta hantaran yang tinggi padanya. Haura memberitahu yang dia sudah bertunang tapi Naim tidak percaya.



Mak Limah sangat marah bila tahu yang Haura memulangkan cincin tunangnya. Keadaan bertambah teruk bila ayah Haura dimasuk kan ke hospital.  Ziyyad sedia menunggu Ayah Haura di hospital memandangkan ayahnya berada di wad lelaki. Haura tidak mahu Ziyyad menunggu ayahnya. 

Dalam masa yang sama Haura masih berhubung dengan Naim. Dia sendiri tak tahu bagimaan cara untuk mengatasi masalahnya.

Mak Limah bertemu dengan Ziyyad. Ziyyad memberitahu Mak Limah yang Ayah Haura boleh sembuh dan soal belanja Mak Limah tak perlu risau. Mak Limah gembira kerana Ziyyad sanggup membantu keluarganya. Mak Limah juga memsan agar Ziyyad jangan serahkan cincin yang dipulangkan haura kepada orang lain.

Lokman meminta Ziyyad perlu faham dengan Haura yang tak mahu dipaksa.Cinta Ziyyad pada Haura adalah paksaan. Dia tak mahu Haura meninggalkan nya sama seperti yang Anis lakukan pada Ziyyad. Ziyyad masih keliaru tapi dia yakin dia mampu menawan hati haura. 

Haura menemui Ziyyad di Kilang. Dia merayu agar Ziyyad memutuskan pertunangan.Ziyyad tak mahu dan dia tak mahu faham. Dalam hati Ziyyad dia sedih kerana Haura memang tak ada perasaan padanya. 



Haura teringat kata ayahnya yang ingin Haura berkahwin dengan Ziyyad. Ayahnya memberitahu yang lelaki yang baik ialah lelaki yang tak lari dari masalah. Bukan seperti Naim yang menghilangdi hari pertunangan Haura. Ayah Haura yakin dengan Ziyyad yang tak putus asa terhadap haura.

Mak Limah dan Faida ingin pergi ke hospital melawat suaminya. Mak Limah kecewa kerana menantunya Azam sudah mula menampakkan perangai sebenarnya yang kedekut dan tak peduli tentang keluarga mertuanya.

Ziyyad keluar makan dengan haura. Ada perkara yang ingin dibincangkan dengan haura. Baru sahaja Ziyyad membuka mulut untuk memutuskan pertunangan, Haura cepat-cepat memintas dan mengatakan yang dia setuju untuk berkahwin dengan Ziyyad. Ziyyad terkejut mengapa hati haura tiba-tiba berubah..


bersambung...

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           



Pelakon :

Janna Nick - Haura Annisa

Andi Bernadee - Ziyyad

Afifah nasir - 

Wani Kayrie - Fatin

Puteri Sarah Liyana - Faida


Soundtrack Drama Melastik Ke hatimu

Pencinta Setiamu - Usop

Tonton Melastik Ke Hatimu Episod 4

Catat Komen

0 Ulasan