Advertisement

ads

MELASTIK KE HATIMU EPISOD 2

MELASTIK KE HATIMU EPISOD 2Bermula 21 Januari 2021 drama Melastik Ke Hatimu lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee akan disiarkan di Tv3 jam 9 malam. Drama arahan Azmi Hatta ini turut dibintangi oleh Norman hakim , Wani Kayrie dan ramai lagi.


Sinopsis Melastik Ke Hatimu Episod 2

Haura patuh dengan arahan Ziyyad. Dia mencuci kereta Ziyyad sehingga bersih. Ziyyad mencadangkan haura mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan. Haura tak puas hati dan mengungut akan membuat laporan.

Ziyyad tidak kisah kerana kilang tersebut adalah kilang nya. Ziyyad memberi pilihan pada Haura , jika tak mahu bercuti tanpa gaji Haura perlu memutuskan hubungan dengan Naim. Haura tak sanggup untuk memutuskan hubungan nya dengan Naim yang dicintai.

Haura bercadang untuk menyambut harijadi Naim pada minggu hadapan. Haura bercadang mengajak Naim menyambutnya di satu tempat yang istimewa. Dia meminta agar faida dpaat membantunya agar rancangan nya untuk menyambut harijadi dengan Naim tidak diletahui oleh ibunya.



Mak Limah menerima tetamu , seorang peguam. Menurut peguam tersebut suaminya mewarisi sebahagian harta peninggalan. Mak Limah sangt gembira. Mak limah menceritakan perkara tersebut pada Fatin.

Fatin yang memang sekepala dengan Mak Limah sangt gembira kerana tak perlu lagi lah mereka mengharapkan duit dari Haura dan Faida. Fida yang baru pulang dari kerja terkejut melihat bakal suaminya ada melawatnya dirumah. Bakal suami Fauida sempat meminta izin dari mak Limah untuk membawa Faida keluar makan di tempat yang mahal.


Mendengar permintaan Bakal suami faida, Mak Limah terus bersetuju. Haura yang kebetulan baru pulang sempat menyindir bakal suami Faida agar tak perlu menyebut tempat mahal atau murah. Mereka sendiri setiap hari makan ketam.

Haura membawa Naim datang berjumpa ayahnya. Dia mahu memperkenalkan Naim dentgan ayahnya. Ayah Haura melayan Naim dengan baik. Haura meyakin kan ayahnya yang Naim akan berjaya satu hari nanti. Sikap baik Naim betul-betul membuatkan ayah Haura senang dengan nya. 

Tapi sebenarnya Naim hanya berpura-pura mengambil hati ayah haura. Dalam hatinya dia sudah berniat, sebaik dapat mengahwini Haura nanti dia tak kan pulang kerumah ayah dan ibu haura tu. Baginya ayah Haura yang lumpuh hanya menyusahkan dirinya sahaja.

Mak Limah yang berada di pekan segera pulang ke rumah sebaik mengetahui yang Naim ada datang kerumahnya. Haura yang mendengar suara Mak Limah terus lari keluar untuk bersembunyi.

Faida sudah menghantar surat berhenti kerja. Dia ingin menjadi isteri sepenuh masa. Faida sempat menjemput Ziyyad ke majlis perkahwinan. Ziyyad sangat gembira keran akhirnya dia sudah tahu dimana rumah Haura. Ziyyad sempat pergi mencari rumah Haura.

Selepas mendirikan rumahtangga Faida mengikut suaminya pulang ke Kuala Lumpur. Sempat Mak Limah memuji keselesaan kereta besar milik menantu barunya. 

bersambung..


Pelakon :

Janna Nick - Haura Annisa

Andi Bernadee - Ziyyad

Norman hakim - Jeffry

Wani Kayrie - Fatin

Puteri Sarah Liyana - Faida


Soundtrack Drama Melastik Ke hatimu

Pencinta Setiamu - Usop

Tonton Melastik Ke Hatimu Episod 2

Catat Komen

3 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)