Advertisement

ads

MELASTIK KE HATIMU EPISOD 1

MELASTIK KE HATIMU EPISOD 1 | Bermula 21 Januari 2021 drama Melastik Ke Hatimu lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee akan disiarkan di Tv3 jam 9 malam. Drama arahan Azmi Hatta ini turut dibintangi oleh Norman hakim , Wani Kayrie dan ramai lagi.



Sinopsis Melastik Ke Hatimu Episod 1 

Haura menyarungkan jaket denim nya ke badan . Dia sudah berjanji untuk keluar dengan Naim sebaik habis waktu kerja. Naim sudah menunggu di luar kilang. Haura yang memang mempunyai personaliti yang kasar segera keluar dan melambai Naim dari jauh. Di hadapan pintu pagar Naim sudah menantinya.

Haura melihat sekeliling dan mencari kakaknya.Haura memberitahu yang dia ingin keluar dengan Naim. Dia minta agar kakaknya tidak memoborkan perkara tersebut pada ibu mereka. Haura mengatakan yang dia rindukan kekasihnya. Lagipun ibunya tidak menyukai Naim. Haura tahu yang ibunya percaya dengan kakaknya.Haura terus membonceng motorsikal naim dan memecut dengan laju.

Ziyyad majikan tempat haura bekerja, kerap menjadi perhatian pekerja-pekerja wanita lain. Tapi dia langsung tidak melayan . Ziyyad dalam perjalan pulang dari tempat kerja. Dipersimpangan lampu isyarat Ziyyad ternampak Haura yang sedang membonceng motorsikal. Ziyyad cuba mengambil gambar Haura.

Faida yang baru pulang ke rumah mendengar ibunya sedang membebel. Faida masuk ke dalam rumah dan ibunya terus bertanya tentang gaji. Ibunya mahu Faida dan Haura segera memasuk kan wang gaji mereka kerana banyak yang perlu diuruskan oleh ibu mereka.Ayah nya yang memahami perasaan faida meminta agar faida bersabar dengan karenah ibu mereka.

Haura yang baru sahaja menerima gajinya hari ini sudah merancang untuk menggunakan wang gajinya untuk berkahwin dengan Naim, teman lelakinya yang hanya bekerja sebagai posmen. Tapi Naim risau adakah ibu Haura sanggup menerima nya yang tak punya apa-apa .

Haura memberi jaminan yang ibunya pasti akan bersetuju memandangkan dia adalah anak kesayangan ayahnya. Haura sampai ke rumah malam itu dan melihat ada tetamu datang ke rumah. Haura masuk ke rumah perlahan-lahan tanpa disedari ibunya yang leka berbual dengan tetamu di depan pintu. Kegembiraan jelas terpancar di wajah ibu Haura.

Faida bertanya mengapa Haura masuk melaui pintu belakang,. haura membalas, dia malas melihat muka ibunya. Haura juga risau jika Faida membocorkan rahsianya yang keluar dengan Naim. Haura bertanya siapa tetamu yang datang tadi. Faida menjawab tetamu yang datang ingin melamar nya.

Ibu Haura datang kedapur dan melihat 2 anak daranya sedang berbual. Dia mula bertanya tentang gaji haura. Ibunya juga menyuruh Haura menjadikan Faida sebagai contoh yang sanggup memberikan keseluruhan gajinya pada ibunya. Ibunya juga memberitahu yang kakaknya juga akan dikahwinkan dengan anak orang kaya. Haura membantah dan mahu kakaknya itu mencari bahagianya sendiri. Dia berasa tidak adil jika kakaknya berkahwin dengan orang yang tidak dikenali.

Ibu haura membalas yang bakal jodoh kakanya itu adalah anak orang kaya. Dia tidak kisah siapa pun yang menjadi jodoh kepada anak-anaknya asalkan orang kaya.Baru lah kehidupan akan terjamin.



Ziyyad duduk berbual dengan sahabatnya Lokman. Ziyyad mula membuka cerita tentang Anis , bekas isterinya dulu. Ziyyad mengakui yang dia tidak mempunyai perasaan lagi pada Anis. Dia cuma mahu tuntut semula hak penjagaan anak nya . Sudah 5 tahun dia tidak dapat bertemu anaknya. Lokman Mencadangkan agar Ziyyad juga mencari calon isteri. Ziyyad menyangkal dan mengakui cintanya hanya pada kereta putihnya sahaja.

Haura merancang sesuatu untuk membuatkan ibu nya bersetuju membatalkan perkahiwnan faida dengan lelaki yang tidak dikenali . Dia akan memujuk ayahnya agar ibu nya terpaksa bersetuju dengan nya. Haura yakin ibunya akan mendengar kata ayahnya. Haura menuju ke bilik ayahnya. Dia ingin bercakap dengan ayahnya.Tapi tiba-tiba sahaja ibunya muncul dan memeranjatkan Haura. Rancangan haura untuk memujuk ayahnya malam itu gagal.

Haura masih tidak puas hati dengan kakak nya yang langsung tidak fikir tentang masa depan nya sendiri yang sanggup berkahwin dengan orang yang tidak dicintai. Tapi Faida tidak kisah dengan pendapat Haura. Haura mula menyuruh Faida membayangkan bagaimana jika lelaki tersebut mempunyai hubungan sulit dan faida akan menjadi stres dan terganggu. Faida menyuruh Haura agar jangan fikir negetif.

Ziyyad termenung di dalam bilik sambil merenung gambar Anis. Yah Ziyyad masuk ke alam bilik dan bertenya sama ada Lokman berjaya menemui Anis. Ziyyad memberitahu Lokamn berjaya menemui Anis. Ayah Ziyyad memujuk agar anaknya nanti akan pasti mencarinya semula apabila dia sudah besar.

Ayah Ziyyad mencadangkan agar Ziyyad menemui Anis dan  memberitahu Anis tentang Niat Ziyyad untuk sama-sama membesarkan anak mereka. 

Faida sudah bersiap untuk ke tempat kerja. Dia sempat memberi amaran pada Haura agar jangan sesekali menghasut ayah untuk menghalang perkahwinan yang ibunya telah rancang. Tapi Haura tetap berdegil Dia akan berusaha untuk membuatkan Ibunya membatalkan perkahwinan kakaknya itu.

Haura masuk ke dalam bilik ayahnya. Dia memujuk ayahnya. Tapi ayahnya tahu walaupun dia tidak bersetuju tapi ibu isterinya itu tetap dengan keputusan nya untuk menjodohkan Faida dengan keluarga kaya. Ayahnya juga menjelaskan pada Haura yang tidak ada ibu yang ingin melihat anaknya merana. Sebab itulah ibu mereka membuat keputusan sebegitu. Haura bertanya bagaimana jika satu hari nanti dia juga terpaksa berkahwin atas kehendak ibunya. Apakah ayahnya akan bersetuju? Ayah Haura terus bertanya apakah Haura sudah mempunyai calon sendiri. Haura hanya tersenyum.
 
Ziyyad membelek kereta kesayangan nya. Dia melihat kereta nya terdapat kotoran. Ziyyad yakin itu tentu kerja Haura. Ziyyad mencari Haura di bahagian production. Salah seorang staf menemui Faida dan bertanya sama ada adiknya < Haura ada buat hal dengan Ziyyad. Faida mula risau .

Haura berada di dalam tandas. kleuar dari tandas dia melihat Natasya. natasya mula bercakap sesuatu yang menyakitkan hati Hura. haura naik angin dan terus memukul Natasya.

Ziyyad menghubungi ayahya. mereka berbincang tentang stok barangan di kilang. Ziyyad sempat memberitahu ayahnya untuk berjumpa dirumah malam nanti.Ada perkara yang ingin dibincangkan dengan ayahnya. Ayahnya memberitahu dia tak dapat bertemu Ziyyad malam nanti kerana outstation selama 3 hari.

Pergaduhan natasya dan haura sudah sampai ke pengetahuan Ziyyad. Ziyyad bertemu dengan Haura , haura fikir tentu Ziyyad akan memecatnya . Dia merayu pada Ziyyad agar jangan memecatnya. Ziyyad menyuruh Haura mencuci keretanya. Haura terkejut kerana dia tidak tahu dia [erlu mencuci kereta sebagai denda bergaduh dengan natasya. Ziyyad menjelaskan yang ianya bukan denda tapi dia menyuruh haura mencuci kereta kerana dia tahu haura yang mengotorkan keretanya.

Bersambung...




Pelakon :

Janna Nick - Haura Annisa

Andi Bernadee - Ziyyad

Norman hakim - Jeffry

Wani Kayrie - Fatin

Puteri Sarah Liyana - Faida


Soundtrack Drama Melastik Ke hatimu

Pencinta Setiamu - Usop

Lirik Lagu pencinta Setia Mu - Usop

Tanyalah siapa disini paling tampan
Pasti jawabnya jejaka depan mata
Engkau yang bertuah jika memiliki
Sepenuhnya jiwa akan ku serahkan demi cinta
Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu
Dengan senyuman istimewa di wajahku
Tiada jejaka yang harus memiliki cintamu
Selain aku si pencinta setiamu
Tanyalah siapa disini paling tampan
Pasti jawabnya jejaka depan mata
Engkau yang bertuah jika memiliki
Sepenuhnya jiwa akan ku serahkan demi cinta
Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu
Dengan senyuman istimewa di wajahku
Tiada jejaka yang harus memiliki cintamu
Selain aku si pencinta setiamu

Kita tak mampu untuk hidup tanpa cinta
Tulis Bersama Cerita kita..

Tonton Melastik Ke Hatimu Episod 1

(akan dikemaskini selepas ditayangkan)

Catat Komen

0 Ulasan