Advertisement

ads

LELAKI GALI TEROWONG SEMATA-MATA UNTUK BERTEMU KEKASIH

LELAKI GALI TEROWONG SEMATA-MATA UNTUK BERTEMU KEKASIH | Kejadian lucu berlaku di Mexico di mana seorang lelaki bernama Alberto menggali terowong panjang ke rumah teman wanitanya yang sudah berkahwin. 

Dia mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang sudah berkahwin, Pamela, dan ditangkap oleh suami Pamela. Menurut laporan , terowong itu menghubungkan rumah Alberto terus ke rumah kekasihnya. Kejadian itu berlaku di Tijuana ,Villas del Prado 1.

Alberto yang juga seorang pekerja binaan,  membina terowong ketika suami wanita itu, Jorge, keluar bekerja. Alberto dan teman wanitanya selalu bertemu ketika suami wanita tersebut tiada di rumah untuk bekerja. 


Suatu hari Jorge kembali lebih awal dari waktu biasa dan menangkap pasangan itu. Alberto cuba bersembunyi di sebalik sofa. Setelah menangkap Alberto, dia juga menemui terowong. Setelah diperiksa, dia mendapati terowong itu menuju ke rumah Alberto.

Alberto juga sebenarnya sudah berkahwin dan berlaku curang terhadap isterinya. Alberto meminta Jorge agar tidak memberitahu isterinya mengenai perbuatan nya itu, tetapi Jorge tidak peduli dengan rayuan Alberto dan memberitahu isteri Alberto mengenai perbuatan Alberto termasuk terowong yang dibina Alberto. 

Kedua-dua lelaki itu bertengkar dan seorang saksi menelefon polis. Ketika polis tiba ke tempat kejadian, mereka mula bergelutTidak dapat dipastikan sudah berapa lama terowong tersebut dibina 

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)