Advertisement

ads

KUCING INI SELAMAT WALAUPUN TERPERANGKAP DALAM KONTENA 3 MINGGU TANPA MAKANAN DAN MINUMAN

Bagi sesiapa yang ada memelihara kucing pasti akan menjadi kerisauan untuk meninggalkan kucing sendirian dirumah selama beberapa minggu. Kalau untuk cuma untuk beberapa hari tak jadi masalah kerana makanan boleh disedia selama beberapa hari tersebut. Tapi kalau lebih dari seminggu tentu kucing akan kelaparan dan mungkin kita akan fikir kucing boleh mati.

Mengejutkan kucing boleh bertahan selama beberapa minggu tanpa makanan dan air. Ini dibuktikan oleh satu kejadian pelik yang berlaku di ukrain.



Seekor kucing comel dengan warna kelabu tiba-tiba melompat keluar dari sebuah kontena sebaik sahaja pekerja penghantaran membuka pintu kontena tersebut. Mereka yang berada disitu sangat terkejut kerana kontena tersebut sudah 3 minggu tertutup dan menempuh perjalanan lebih dari 2000 km dari Ukraine ke Israel.

Kucing comel itu kelihatan lemah dan ketakutan tetapi berada dalam keadaan baik walaupun menempuh perjalanan panjang tanpa makanan dan minuman.



Laman Facebook Star Shippig LTD memuat naik gambar kucing tersebut diatas timbunan kotak. Kelihatan juga beberapa kotak gula-gula yang seolah-oleh di carik dan digigit kucing tersebut.


Dipercayai kucing tersebut mungkin menjilat wap air yang terdapat di bahagian dinding Kontena yang terbentuk apabila panas dan berwap untuk bertahan hidup. Pekerja di Star Shine Shipping memeriksa rakaman video untuk memastikan bagaimana kucing tersebut masuk ke dalam kontena itu. Setelah diperiksa mereka mendapati kucing tersebut masuk tanpa sesiapa menyedari dan dia kemudian nya terkunci.



Haiwan tersebut kemudian nya di jaga dan dipelihara oleh logistics company’s director, Alexender Vinnik.

Sebaik berita tersebut tersebar pejabat Star Shine Shipping diserbu wartawan dan pemberita untuk mengetahu kisah unik ini.

Sebelum ini pernah berlaku seekor anak anjing mengalami kejadian serupa apabila dia terperangkap di dalam kontena selama 25 hari.





Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)