Sinopsis Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 8
Che purnama risau nak melepaskan Barkoba dan Madi pergi kerana jika dibiarkan Madi dan Barkoba keluar mereka berdua mungkin akan sampai ke cameron Highland. Madi mula merungut dan menyalahkan Barkoba yang membawa lampu suluh yang kecil Sepatutnya Barkoba membaw lampu suluh yang besar.
Pak Jabit sukarela ingin keluar memanggil orang kampung. Dia mengajak Che Nab. Che Chun meminta ibunya mengikut pak Jabit supaya Che Nab boleh balik ke rumah. Mok juga ingin mengikut Pak Jabit kerana dia ingin membawa Yasiin bersama memandangkan esok yasiin perlu membuat pemeriksaan gigi.
Tinggal lah Madi,. Barkoba dan Che Chun di dalam hutan menemani jenazah pak Idrus. Madi bangun dan memerhatikan kawasan sekeliling. mereka berkawal dalam ketakutan.
Sedang mereka berkawal tiba-tiba mereka mendengar bunyi wanita menangis teresak-esak. barkoba dan madi mula ketakutan. Tiba-tiba Pak Idrus yang sudah mati bangun dan duduk disebelah mereka. Barkoba dan madi menjerit ketakutan dan sebaik mereka berpaling sekali lagi , Pak idrus sudah hilang. Mereka memriksa di dalam khemah dan melihat pak Idrus ada di dalam khemah.
Mereka berpaling ke belakang sebaik mendengar seorang gadis cantik memanggil mereka berdua. Gadis tersebut bertanya apa yang sedang dilakukan Barkoba dan madi disitu. Barkoba dan Madi menjawab yang mereka memancing ikan. Gadis itu bertanya lagi dimana kawan-kawan madi dan barkoba yang lain. Barkoba menjawab , mereka keluar membeli meggi kerana diwaktu sebegini perut merasa lapar.
Madi bertanya dimana gadis tersebut tinggal.Gadis itu memberitahu rumahnya diatas air terjun sambil menunjuk ke atas. Katanya lagi dia melihat cahaya dan sebab itu lah dia datang kesini. Gadia itu bertanya siapa yang ada bersama mereka? Barkoba menjawab hanya mereka berdua sahaja. Dia mula risau kerana gadis tersebut terlalu banyak bertanya. Madi menyuruh gadis tersebut pulang kerana hari sudah lewat malam. jika ditangkap Khalwat tentu menjadi maslaah pada mereka.
Gadis tersebut memberitahu yang malam itu dia berasa panas dan ingin mandi sungai. Dia mengajak Madi dan barkoba mandi bersama. Madi dan Barkoba hairan mengapa mandi sungai ditengah malam-malam buta begini. Madi pula teruja dengan ajakan gadis tersebut.
Ketika terlalu asyik berbual dengan gadis misteri itu, Barkoba berpaling kebelakang dan melihat lembaga menyeramkan sedang cuba mengambil mayat pak Idrus. Sebaik di jerkah Madi terus lembaga tersebut terbang menghilang didalam hutan.
Barkoba meminta Madi lebih berhati-hati kerana dia dapat merasakan makluh tadi ingin mengambil Mayat Pak Idrus. Barkoba meminta Madi kuatkan semangat agar makhluk tersebut tidak datang mengganggu lagi.
Tiba-tiba mereka terdengar salam diberi. Sekumpulan lelaki berpakaian jubah dan berserban datang menghampiri mereka. Madi dan Barkoba menjawab salam. Barkoba mengagak mungkin lelaki-lelaki tersebut adalah dari pejabat agama. Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Imam Ahmad Zakaria.Dia menjelaskan yang dia mendapat tahu ada jenazah disitu.
Madi mula merasakan mungkin lelaki tersebut telah bertembung dengan Pak jabit. Lelaki itu mengakui dia ada terserempak dengan Pak Jabit yang memberitahu padanya supaya datang kesini dan menguruskan jenazah.lelaki tersebut mencadangkan agar jenazah pak Idrus dibawa ke surau kampung mereka yang beradatak jauh dari situ.
Kumpulan lelaki tersebut masuk ke dalam khemah untuk mengangkat jnazah pak Idrus. Mereka mengjak Madi, barkoba dan Che Chun ikut bersama-sama. Perjalanan mereka dirasakan sangat panjang. Hampir 30minit berjalan barulah mereka sampai ke surau kampung tersebut.
Jenazah dibawa masuk ke dalam surau. Barkoba, Madi dan Che Chun menunggu diluar. Ditepi surau tersebut ada sebatang sungai. Madi dan Barkoba memuji khariah di situ kerana sanggup menguruskan nejazah walaupun jam 3 pagi.
Che Chun mendengar orang-orang didalam surau kecil itu seperti menyebut sesuatu beramai-ramai. Che Chun mendekatkan telinga nya untuk mendengar butiran perkataan yang disebutkan mereka. Che Chun berasa pelik kerana kumpulan lelaki tersebut tak seperti sedang membaca quran atau berzikir. Barkoba memujuk mengatkaan mungkin bertahlil. Che Chun menyangkal kerana dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.
Barkoba juga mula berasa pelik kerana bunyinya tidak seperti orang membaca quran. Barkoba naik ke atas dan melihat apa yang sedang dilakukan oleh kumpulan lelaki tersebut. Dia melihat mereka seolah-oleh tidak sedarkan diri. Wajah lelaki-lelaki tersebut mula berubah dan mereka melapah mayat pak Idrus .
Muncul keberanian dalam diri Barkoba dan Che Chun. Mereka menendag dan membakar makhluk-makhluk aneh tersebut dan makhluk-makhluk itu lenyap dibakar api.
Barkoba dan madi mengangkat jenazah pak Idrus turun.Tak lama kemudian mereka mendengar suara orang-orang kampung memanggil mereka. Mereka kemudian nya dibawa keluar dari hutan dengan selamat.
1 Ulasan
Sapa pelakon gadis cantik comel tu
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)