Advertisement

ads

KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 7 ( HUSIN KEMBALI BERSAMA ZOMBI - PART 2 )

KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 7 ( HUSIN KEMBALI BERSAMA ZOMBI - PART 2 ) Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk episod ke 7 ialah Husin kembali Bersama Zombi - part 2 Episod ke tujuh karya pengarah tersohor ini menampilkan Chelly Capola, Nazeera Sardi, Rashid Othman Ahmad Yasin, Avaa Vanja dan Awie  yang memegang watak sebagai Husin yang pualng ke Kampong Pisang. Kisah kali ini mengenai gangguan Zombie yang menghuru harakan Kampong Pisang.


Sinopsis Kampong Pisang Bersiri-siri Episod 7 

Pak Karim sudah berubah menjadi zombie. Barkoba dan yang lain nya lari ketakutan. Mereka menuju ke kereta tapi sebaik masuk ke dalam kereta mereka menyedari Wani tiada bersama mereka. Barkoba keluar dari kereta tapi Pak Karim yang sudah menjadi Zombi terus menyerang Barkoba. Mujur lah ada mok yang menghalang. pak Karim jatuh dan bangun terus menuju ke dalam hutan.

Barkoba dan yang lain nya membawa wani yang sudah bertukar menjadi Zombie ke dewan. Mereka mengikatnya . Barkoba menceritakan pada Pak Din bagaimana Wani boleh bertukar menjadi Zombi.Dia juga menjelaskan yang air sungai di kampung pisang lah penyebab ramai bertukar menjadi zombi.




Husin , cun dan mansor sudah kembali dari pekan. Husin memberitahu yang mereka tak berpeluang membuat laporan polis. Husin juga memberitahu yang Henson sudh menjadi kepala dikalangan zombi-zombi. Barkoba terkejut bagaimana Henson boleh menjadi kepala mengetuai zombi-zombi sedangkan SRP pun Henson tak lepas. Mok juga pelik bagaimana orang yang tak ada SRP boleh jadi kepala.

Pak Din menyelar kata-kata Mok. Kata Pak Din walaupun tiada SRP tapi Henson tetap bekerja berbanding Mok yang ada degree tapi tak malas bekerja. Mok memberitahu yang dia ada degree dan tak sesuai dengan kerja-kerja kampung. 

Husin merasakan sesuatu perlu dilakukan.Mereka tak boleh hanya duduk menunggu tanpa apa-apa tindakan. Che pernama mencadangkan agar dilakukan mesyuarat.Pak Jabit sebagai pengerusi exco keselamatan Kampong Pisang mnecadangkan agar mesyuarat tergempar diadakan. 

Zombi di pekan sudah mula mengganas. Tiada sesiapa yang melalui jalan di pekana akan terlepas. Di dewan juga sudah banyak zombi yang berkumpul. Orang kampung mula ketakutan. Husin menaik kan semangat orang-orang kampung. Kampong pisang perlu dipertahan kan.



Husin mencadangkan agar mereka bertarug dengan Zombi untuk menghalau zombi keluar dari kampong Pisang. Masing-masing sudah siap dengan senjata. Semua orang kampung melawan zombi habis-habisan.Zombi-zombi mula lari ketakutan.

Setelah keadaan kembali tenang Cun bertanya bagaimana tentang rancangan Husin untuk masuk meminang nya. Husin meminta agar Cun bersabar dan menunggu sehingga semua masalah selesai. lagipun Husin baru sahaja bekerja di Pasir Gudang. Cun terpaksa bersetuju dengan cadangan Husin.

Tiada apa yang boleh dilakukan oleh orang-orang kampong Pisang. Mereka hanya menunggu di dalam dewan. Barkoba mula merungut. menunggu sahaja tanpa berbuat apa-apa boleh buat dia gila.  Pak karim yang tadinya menjadi zombi menuju ke dewan. Dia mengetuk pintu dewan dan memberi salam.


 
Husin dan orang kampung ketakutan kerana mereka tahu pak Karim menjadi zombi. Pak Din meminta Husin bukakan pintu. Pak Karim masuk sambil tersenyum. Pak din bertanya bukan kah Pak karim sudah menjadi zombi. pak karim tak mengakui. Husin cuba melihat dari celah kakainya sama ada Pak Karim benar-benar manusia atau pun zombi. Pak Karim mula menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.

Kata pak Karim selepas kejadian dia di tendang di sungai dia pulang kerumah dan berasa haus. Dia tersilap memasuk kan garam ke dalam air minuman  nya. Tiba-tiba sahaja dia berasa yang dirinya sudah berubah menjadi manusia semula. Husin mengarahkan Barkoba mendapatkan air garam. Selepas siap menyediakan air garam, barkoba memasuk kan air garam ke dalam mulut wani yang masih terbaring. Wani tiba-tiba sedar dan menjadi manusia semula.


Mereka sudah tahu yang hanya garam sahaja dapat menyembuhkan penduduk kampong Pisng yang sudah berubah menjadi zombi.Cuma mereka perlu tahu cara untuk membuatkan memasuk kan air garam ke dalam mulut zombi.

Che Purnama menunjuk kan tong semburan racun ke arah Husin. Mereka sudah sedia untuk memulakan rancangan meyembur air garam pada zombi. Apa bila siap semuanya Husin keluar dan menyembur air garam pada semua zombi yang ada di dewan. Semua yang menjadi zombi kini bertukar kembali menjadi manusia. Henson dan Bainun juga sudah sedar . 



Bainun menceritakan sebelum dia berubah menjadi zombi dia terserempak dengan Din Senak. Din senak memberitahunya yang jika hendak minum boleh ambil air dari gunung yang tak jauh dari kebun getah .Air gunung greed A. 

Orang kampung mula mencari Din Senak. mereka menuju ke sungai dan melihat Din Senak ada di sungai. Din senak terkejut. barkoba mencadangkan agar mereka beramai-ramai memukul Din Senak dan kemudian baru lah membawa Din Senak ke balai polis. Husin meminta orang kampung bersabar.

Husin bertanya pada Din Senak mengapa Din Senak meracun sungai sehingga menyusahkan orang kampung. Apa yang dilakukan Din Senak boleh membahayakan nyawa orang kampung. Pak jabir menyampuk dan mengatakan masih ada lagi orang-orang seperti ini di duniani. Tak boleh melihat orang lain senang dan berhati busuk.




Din senak mengatakan dia lakukan semua ini kerana Cik Chun yang menolak pinangan nya. Pak Jabit terkejut kerana dia menyangka kan Din senak berbuat sebegitu kerana dengki dengan perniagaan warungnya. Pak Din terkejut kerana hanya sebab itu sahaja Din Senak sanggup nak membunuh orang kampung. Husin memahami perasaan Din senak. Tapi Din senak tak menyesal. Dia mengatakan yang jika ada peluang lagi dia akan pastikan rancangan nya berjaya.

Pak Din dan orang kampung yang mendengar berasa sangat marah . Pak Karim sudah mula buka bunga-bunga silat. tapi di tenteramkan oleh orang kampung. Husin melihat manap sengau dan meinta manap sengau menceritakan keseluruhan kejadian yang sebenar. manap yang engau mula bercerita.Tapi tiada siap yang faham apa yang diceritakan oleh manap sengau.



Pak Din meminta manap menceritakan dengan teliti..

awalnya...  Manap duduk ditepi jalan sambil bermain gasing. Dia kemudian nya melihat Din Senak memasuk kan beberapa botol racun ke dalam sungai. 

Husin meminta Din Senak keluar dari kampung pisang dn jangan sekali-kali muncul lagi di kampung tersebut. 

Husin yang menjadi hero kampung , terpaksa pulang semula ke Pasir Gudang. Dia sempat memberi pesan pada semua agar menjaga Kampong Pisang dari anasir jahat. Husin juga berjumpa dengan cun dan meminta cun memberinya peluang untuk mengumpul wang sebelum mereka berkahwin. 


Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)