Advertisement

ads

KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 6 ( HUSIN KEMBALI BERSAMA ZOMBI - PART 1)

 KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 6 Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk episod ke 5 ialah Husin kembali Bersama Zombi - part 1. Episod ke enam karya pengarah tersohor ini menampilkan Chelly Capola, Nazeera Sardi, Rashid Othman Ahmad Yasin, Avaa Vanja dan Awie  yang memegang watak sebagai Husin yang pualng ke Kampong Pisang. Kisah kali ini mengenai gangguan Zombie yang menghuru harakan Kampong Pisang.



Sinopsis Kampong Pisang Bersiri-siri Episod 6 Zombie 

Husin pulang ke Kampong Pisang setelah setahun bekerja di Pasir Gudang sebagai penjaga stor di sebuah kilang spenda. Dia singgah di warung pak jabit dan bertemu orang-orang kampung di situ. 

Husin melihat Barkoba yang nampak resah dan letih. Dia bertanya khabar Barkoba. Barkoba menceritakan yang dia risau kerana Henson, pasangan suami isteri yang bekerja di kebun getahnya hilang tiba-tiba. Husin yang mendengar cerita Barkoba sesekali menjeling ke arah Cik Cun. 

Barkoba sangat risau kerana sudah beberapa jam mereka hilang . Husin memujuk dengan mengatakan mungkin mereka ke pekan.

Pak Jabit mempelawa Husin mencuba menu baru di warungnya. Mee kari kuah laksa. Husin bertanya kan khabar masing2 yang ada di wrung pak Jabit. Husin memesan Mee Rebus sahaja dari Pak Jabit. Sempat juga Husin menjeling Cik Cun yang tersipu-sipu malu memandang Husin dari Jauh.



Malam itu semua berkumpul di Food truck Cik Cun . Food truck Cik Cun ada karaoke. Che Purnama sibuk menyanyi dan PakDin bergelek sakan menari bersama Pak Karim. Barkoba termengah-mengah datang ke warung Pak Jabit. Pening kepala dia melihat Pak Din bergelek sakan macam orang tak sedar diri. 

Barkoba memanggil Pak Din. Barkoba memberitahu tadi Henson datang kerumahnya. Tapi wajah Henson nampak pelik.Macam Zombie. Pak Jabit mengajak Pak Din pergi mencari Henson dan bertanya keadaan Henson. Pak Din yang masih mabuk karaoke seakan blur .

Husin bervespa hijau datang ke warung pak Jabit. Dia nak bertemu Cik Cun. Dia mengajak Cik Cun ke jalan besar jauh sedikit dari orang ramai. Husin memberitahu Cik Cun yang kepulangan nya kali ini untuk masuk meminang Cik Cun. Sempat juga Cik Cun dan Husin menyanyi Lagu Disebut Jangan Di Kenang Jangan nyanyian asal Rafeah buang dan R.ismail. Sambil menyanyi sempat juga husin menengur orang kampoung yang lalu lalang di situ.



Tiba-tiba mereka mendengar suara riuh rendah dari warung pak Jabit. Husin menjerit "Zombie". Serta merta zombie2 tersebut lari setelah mendengar suara Husin. Pak Din mengarahkan sesiapa yang ada motokar untuk membawa mangsa serangan Zombie ke dewan Kampong Pisang. Wani membalas , Madi balik ke Bagan Serai untuk daftar mengundi. Pak Din terkejut kerana balik ke Bagan Serai untuk mengundi saja mengambil masa hingga 2, 3 hari. Manja betul pengundi zaman ni. 

Semua mangsa di sahkan mati.Kata Barkoba mungkin sakit jantung sebab orang skit jantung ni terpijak paku pun boleh mati.Orang kampung yang berada di luar dewan berbincang apa yang patut mereka lakukan. Pak Din bertanya dimana Madi kerana sudah 2,3 hari tak melihat Madi. 

Mok keluar dan memberitahu yang mayat semua sudah hilang. Sah..Memang Zombie,. Kejadian sama yang pernah berlaku di kampong Pisang kini berulang kembali.Pak Din dan orang kampung terkejut dan mula risau.




Pak Jabit dan Yasin dalam perjalanan ke Dewan . Dalam perjalanan mereka bertembung dengan orang-orang pelik. Berdiir di tengah jalan. Yasin bertanya apa yang berlaku. Pak Jabit memberitahu yang ada orang2 pelik berdiri di tengah jalan.Yasin memberi amaran bahawa dia dan pak Jabit ada silat cekak. 

Zombie terus menerpa kearah Pak Jabit dan yasin yang masih diatas motorsikal. Pak jabit terus berputar balik memecutkan motorsikalnya dengan ketakutan.

Cik Nab dan anak nya Cik Cun sampai ke dewan orang ramai sambil menangis-nangis. Kata Cik Nab mereka di kejar zombie. Husin bertanya sama ada Cik Cun ok atau tidak. Tapi Cik Nab kata cik cun ok , cuma Cik Nab je yang berdebar-debar takut di kokak Zombie. Husin hanya menjeling Cik Nab.

Pak Jabit dan Yasin sampai dan memberitahu yang mereka di kejar zombie. Tempat yang sama dengan Cik Nab dan Cik cun di kejar zombie.



Semua masuk ke dalam dewan. Mesyuarat diadakan. Husin meminta agar keluarga yang terlibat diserang zombie perlu dikuarantin di dewan. pak Din meluahkan kehairanan bagaimana tiba-tiba ada zombie di kampung tersebut. Sebagai exco pengerusi kampong Pisang, Pak Jabit mengusulkan satu badan siasatan di peringkat kampong.Hasil siasatan akan dihantar ke kerajaan pusat. Tambah Pak Jabit lagi , kereka yang belum mendaftar sebagai pengundi sila buat pendaftaran pada selsasa depan di dewan ini.

Che Purnam pula menyampok.Sempat lagi Che Purnama buat pengumuman Kak Yam memberitahu yang esok pengahntaran ikan akan ditunda. Pak Din mula marah kerana isu mesyuarat yang diusulkan Che Purnama dan Pak Jabit bukan isu sebenar yang mereka ingin bincangkan. Isunya sekarang ada Zombie.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki di pintu dewan. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Din Izwal yang dulu dikenali sebagai Din Senak.Dulu dia tinggal di Kampong Pisang. Dia sekarang dalam perjalanan ke Pulau Pinang dan singgah sebentar di Kampong Pisang. Cik Cun yang melihat Din Senak nampak tidak selesa dengan kehadiran lelaki tersebut. Din Senak sempat menegur Cik Cun tapi tidak dibalas oleh Cik Cun.

Husin yang melihat terus berasa cemburu dan berdeham. Tiba-tiba Cik Nab menjerit ketakutan. Rupanya Zombie berdiri di tingkat  dan diluar pagar kelihatan banyak zombie. Mujur la mereka tak dapat masuk ke dalam pagar.
Husin cepat-cepat menutup pintu dewan.

Husin mula membuka cerita lama sewaktu Che Purnama dan pak Jabit menjadi zombie dulu. Pak Jabit meminta agar kenangan dahulu tidak diungkit2 kembali.

Pemandu Van ambulan sudah sampai. Orang kampung berasa lega melihat van ambulans sudah sampai. Pegawai perubatan keluar dari van dan tak sedar orang-orang kampung sudah menjadi zombie.. Akhirnya zombie menyerang pemandu ambulans. Dengan cepat virus zombie sudah mengubah pemandu ambulan menjadi zombie.

Zombie sudah beredar dari dewan. Husin membuat rancangan untuk keluar menyelinap ke pekan dan meminta bantuan.Cun juga ingin mengikut husin kerana dia ada lesen jururawat.Jika apa-apa terjadi dia boleh membantu. Din senak menghalang Cun mengikut husin. Nizam mengatakan yang sepatutnya dia mengikut Husin dan Cun. Tapi disebabkan dalam skrip cuma husin dan cun sahaja yang pergi jadi biarlah Husin dan Cun sahaja yang pergi. 

Cik Nab pula mencadangkan agar Mansor Putih mengikut Husin dan Cun memandangkan dia ada lori pickup. Husin menjeling ke arah Mansor. Kacau daun saja Mansor ni. Mansor memang rapat dengan Cun sejak kecil. 

Di dewan, Pak jabit ingin mereka siasat segera hal tentang Zombie ini. Barkoba mengatakan puncanya dah tentu dari kebun getahnya. Pak Din mengarahlan Barkoba, wani , Che Purna dan Pak Jabit menyiasat dan mencari bukti di kebun getah Barkoba. Manakala dia  dan yang lain akan menunggu di dewan untuk menjaga Cik Nab dan orang kampung lain. Pak din bertanya mengapa Din senak tak mengikut. Kata Din Senak , bahaya!



Husin sampai ke pekan dan melihat semua kawasan sudah dikuasai oleh Zombie.Mereka berhenti untuk mengisi minyak. Tiba-tiba Husin diserang Zombie. Mujur lah Husin kuat. dia berjaya mmelawan zombie. Tapi Cik Cun dan Mansor hilang tiba-tiba.

Husin mencari di sekitar dan menuju ke rel keretapi. Dia melihat Mansor dan Cun terhendap-hendap mengintai Zombie. Zombie-zombie tersebut berkelakuan pelik. Mereka minum sejenis cairan dari tanduk kerbau. Cepat2 husin mengajak Mansor dan Cun beredar dari situ.

Di kebun getah Barkoba, Pak jabit , Wani dan Che Purnama mencari bukti disekitar kebun getah. Borkoba menemui sebotol air milik Henson. Barkoba mencium bau air tersebut tapi tiada apa yang dicurigai. Wani pula merasa air tersebut selepas dipaksa. Kata wani air tersebut rasa seperti air gunung. Dia tahu air tersebut dari mana. Mereka segera menuju ke sungai. 

Mereka melihat Pak Karim ada di sungai sedang mencedok air. Mereka menjerit menghalang Pak Karim dari minum air sungai tapi semuanya sudah terlambat..

Bersambung.... 

Tonton Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 6 Zombie

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Sebagai peminat Awie, saya bahagia betul tengok Kampung Pisang Bersiri-siri episod 6 ni, lama tunggu watak dia keluar ahahah. Ingatkan hilang ke mana, rupanya kerja Kilang Spenda kat Johor ahaha

    BalasPadam
  2. Awie pun ada ? ni rasa nak tengok ni...saya suka awie..

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)