Advertisement

ads

KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 5 (ORANG MINYAK)

KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 5Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk episod ke 5 ialah Orang Minyak. Episod kelima karya pengarah tersohor ini menampilkan Dewa Sapri, Adi Afendi , Rashid Othman Ahmad Yasin, Avaa Vanja dan  Shuk Sahar yang memegang watak sebagai orang minyak. Kisah kali ini mengenai gangguan orang minyak yang menghuru hartakan Kampong Pisang.



Sinopsis Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 5

Yasin yang buta sedang membonceng motorsikal nya ke Warong Pak Jabit. Pagi itu Pak Jabit sibuk mengemas kedainya sambil di bantu Mok yang tak habis-habis menceritakan kebolehan nya melakukan apa saja termasuk , jurugambar,mengandam pengantin dan mengubah hantaran. Melihatkan Yasin yang baru sampai , Pak Jabit meminta Yasin menyanyikan lagu kucupan Azimat. 

Disebelah Warong Pak Jabit di kunjungi sebuah food truck dan sebuah kereta mewah.Keluar Cik Nab dan Cik Chun yang sibuk berselfie di food truck.  Pak Jabit menghampiri Cik Nab dan bertanya mengapa mereka datang ke situ. Cik Nab memberitahu mereka akan memulakan perniagaan di situ menjual minuman dan makanan. Pak Jabit mula risau kerana makanan yang dijual Cik Nab sama dengan makanan yang terdapat di warung nya.



Tambahan pula Cik Nab seorang janda sudah tentu orang kampung akan pergi ke warung Cik Nab. Cik Nab meminta Pak Jabit bersaing secara sihat dan memuji yang pak Jabit hendsome membuatkan Pak Jabit tersipu-sipu malu tapi dalam hatinya dia sangat risau dan marah.

Barkoba dan anaknya Cempaka baru sampai ke kedai Pak Jabit. Barkoba nampak marah-marah dan mengeluarkan parang nya. Dalam keadaan marah Barkoba menceritakan kejadian anaknya di intip seseorang ketika sedang mandi. Cempaka mengatakan orang yang dilihat serba hitam. Muka badan dan kepala berwarna hitam dan berminyak.

Cik Nab yang mendengar dari tadi terus mengatakan yang itu orng minyak. Pak Jabit memberitahu yang orang minyak memang akan mencari gadis-gadis muda. Kalau yang lebar-lebar macam Cik Nab , Orang Minyak tak mahu dan tak berselera. Cik Nab tak puas hati dengan kata-kata Pak Jabit.

Pak Din dan orang-orang Kampong Pisang sudah berkumpul di Warong Pak Jabit. Pak Din mundar mandir kerisauan mencari penyelesaian. Pak Din bertanya Cempaka sekali lagi betul ke yang di lihat itu orang minyak. Cempaka mengakui yang dilihat memang lelaki yang berminyak hitam dan lelaki tersebut tidak memakaian apa-apa.



Dari cerita cempaka, Madi mengesahkan itu betul-betul Orang Minyak. Che Purnama bangun dan mengatakan kerisauan nya. Pak Din Mengatakan Che Purnama dan orang lelaki tak perlu risau kerana Orang Minyak tak mahu pada orang lelaki. Pak Karim pula sudah mula memegang keris nya. dia kan bekas guru silat.

Pak Din menerangkan sedikit tentang ilmu orang minyak. Orang minyak perlu mencari 7 anak dara.Kak Nab bertanya sama ada orang minyak juga mencari Janda. Pak Din minta Cik Nab jangan perasan.

Pak Karim memberitahu jika orang minyak datang ke rumah nya tahulah dia macam mana nak mengajar nya. Pak Din menambah , orang minyak takkann mahu kerumahnya yang hanya ada Kak Som yang sudah monopous. 

Madi bertanya sama ada mahu dilakukan rondaan kampung. Pak Din mengatakan mereka hanya perlu berhati-hati kerana cuma ada satu kes . 

Malam itu Pak Din dan beberapa orang kampung berbincang tentang kerisauan nya tentang kampong pisang. Selain dari orang minyak, menurut bancian, kampong Pisang kekurangan anak dara.Yang ramai hanya lah janda tua.itu belum dicampur lagi dengan janda yang kencing manis, darah tinggi dan gout.

Pak Jabit menyuruh Pak Din berhenti bercakap dan terus kan membaca pengumuman yang pak Din akan buat malam itu. pak Din membuka lembaran kerta di kocek baju melayunya. Dia membaca senarai nama anak dara di Kampung Tersebut. Anak dara di kampung tersebut hanya ada 4 orang sahaja.

Yang pertama anak Barboka, Cempaka. Barkoba terus risau tentang keselamatan anak daranya itu.Madi disebelah memujuk Barkoba dan memberitahu yang dia akan menjaga Cempaka dan meminta Barkoba jangan risau. Barkoba risau kerana anak daranya dalam senarai top finalist.

Yang keduanya ialah anak Pak Jabit iaitu Cik nik. Tapi Cik Nik dah masuk asrama dan tak perlu dirisaukan. yang ke tiga pula ialah anak Cik Nab  iaitu Cik Cun. Cik cun sangat cantik dan baru berusia 19 tahun.Kalau tak kerana ada masalah saraf Pak Din juga mahu mencuba nasib nya mendekati Cik Cun. dan sorang lagi anak dara di kampung pisang ialah Yah Kucey, gadis yang tak berapa sihat dan tak perlu dirisaukan kerana tak melepasi piawaian orang minyak. Tentu orang minyak pun lari jika mendekati Yah Kucey yang berbau laksa kuah kari.

Jadi dari kesimpulan itu hanya 2 rumah sahaja yang berpotensi di ganggu orang minyak iaitu rumah Barkoba dan rumah cik Nab. Setelah dibahagi-bahagikan kumpulan mereka mula berjaga di rumah Cik Nab dan Barkoba.

Ketika Pak Jabit dan Che Purnama leka bercerita tentang kisah2 kartun yang di tonton semasa kecil, mereka tidak sedar mereka sedang diperhatikan oleh satu makhluk hitam di celah-celah semak.


Barkoba dan Madi yang berkawal dirumah pula berbual tentang orang minyak.Madi menjelaskan yang Selepas 7 orang anak dara , orang minyak akan mempunyai ilmu ghaib yang sangat menjadi impian pengamal ilmu hitam. Pak Karim datang menyertai Madi dan Barkoba. Tiba-tiba mereka mendengar suara jeritan Cempaka. Pak Karim yang mendengar jerita mula lemah dan tersandar di dinding. Madi dan Barkoba memapah Pak Karim naik ke rumah dan menjenguk ke bilik Cempaka. Rupanya cempaka terkejut melihat tikus.

Pak karim masuk ke bilik sambil memegang kerisnya. Dia memanggil-manggil orang minyak supaya keluar. Barkoba mengingatkan Pak karim yang Pak Karim sendiri terpaksa di papah naik. Pak Krim terus melemparkan tikus yang ditangkap ke luar tingkap.

Tikus yang dilempar keluar berubah menjadi orang minyak. Rancangan orang minyak menyelinap ke bilik cempaka nampaknya gagal. Orang minyak mula kan rancangan lain. Dia berubah mejadi pembantu Pak Jabit tapi dia tak suka dengan wajah tersebut. Dia menukar dirinya menjadi seperti Barkoba. 



Orang minyak naik kerumah barkoba dan melihat Cempak sedang menyiapkan makanan. Cempaka menjemput orang minyak yang lihat sebagai ayahnya untuk makan sementara dia mahu mandi.Selepas makan orang minyak menuju ke arah bilik mandi .

Ketika itu juga barkoba yang baru pulang melihat ke meja makan. Dia melihat dimeja makan dan berjalan melintas ke bilik air ,. Dia terkejut melihat seorang lelaki serupa dengan nya berada di hadapan bilik air. Barkoba dan orang minyak sama-sama terkejut. Orang minyak berubah rupa menjadi orang mknyak semula.

Barkoba yang sangat takut meluru turun ke bawah sambil memegang alquran. Barkoba meletak kan alquran diatas Madi untuk memastikan madi yang berada di hadapan nya ialah Madi yang sebenar. Pak Jabit yang berada bersam Madi bertenya mengapa Barkoba nampak ketakutan.

Barkoba memberitahu Pak Jabit yang orang minyak sebenarnya boleh berubah rupa menjadi orang lain. Barkoba mula menceritakan kejadian sewaktu dia pulang ke rumah tadi. Cempaka keluar dan bertanya kenapa dia mendengar bapaknya menjerit. Risai anak nya akan ketakutan, dia memberitahu yang dia tersepak meja.

Cik Cun yang sedang memasak resepi baru untuk jualan , didatangi ibunya yang nampak pelik. Cik Nab kelihatan berjalan perlahan-lahan menuju ke dapur.

Pak jabit yang sedang meronda ke rumah Cik Nab memanggil Cik Nab keluar. Sebaik Cik Nab keluar dari rumah, Pak Jabit terus meletak kan quran diatas kepala Cik Nab. Cik Nab menjerit kesakitan. Pak Jabit dan dapat merasakan yang dihadapan nya bukan Cik Nab tapi orang minyak. 

Cik Nab terus menjerit kesakitan.Rupanya Pak Jabit memijak kakinya dengan kasut terompah. Che Purnama memberitahu orang Minyak boleh menyerupai orang lain

Sementara itu Orang minyak mula menyelinap masuk kerumah Yah Kucey. Pengsan Bapa Yah Kucey bila melihat orang minyak di sebelahnya. ini memudahkan orang minyak masuk ke bilik yah Kucey yang sedang asyik bermain smartphone. 



Orang minyak bergerak perlahan-lahan ingin menerpa ke arah Yah Kucey. Yah Kucey berpaling ke belakang dan melihat Orang minyak . Yah Kucey terus berkata " Aku tak rela.. aku tak rela.. sambil berguling-guling diatas katil. Orang minyak hanya memerhatikan tingkah laku yah Kucey. Yah Kucey kemudian nya membetulkan bantal diatas katik dan baring dengan penuh gaya menggoda.

Sedang asyik Pak jabit dan Che Purnama berbual sambil berkawal dirumah Cik Nab , mereka mendengar suara Yah Kucey menjerit . Pak Jabit dan yang lain terus meluru kerumah Yah Kucey yang bertentangan dengan rumah Cik Nab.

Pak Jabit memanggil-manggil nama Bapa Yah Kucey tapi tidak bersahut. Mereka masuk ke dalam rumah yah Kucey yang tidak berkunci. Mereka lihat bapak Yah Kucey pengsan. Sebaik sedar dia terus meluru masuk kebilik anak nya dan melihat wajah yah kucey sudah ditanda pangkah dengan minyak hitam. Yah kucey yang sedih terus menyanyikan lagu Putus terpaksa - Ziana Zain. 

Bapa yah Kucey yang melihat memberitahu ketika musim banjir dulu dia menyesal tak membiarkan yah Kucey hanyut. Pak Jabit hanya mampu menenangkan bapa Yah Kucey.

Pak Din mengarahkan orang-orang kampung berkumpul di Dewan orang ramai supaya keadaan dapat dikawal. Sementara menunggu, orang kampung di hiburkan dengan alunan suara merdu Yasin mendendangkan lagu Harapan Kecewa dari Ahmad Jais. Sebahagian orang Kampung berkawal di luar dewan.

Cempaka Dan Cik Cun yang berada di dalam dewan tiba-tiba bangun dan berjalan keluar dewan. Pak Karim mengarahkan mereka berdua masuk semula ke dalam  tapi setelah terkena pukulan dari Cik Cun dan cempaka terus lemah Pak Karim.


Orang kampung yang melihat kejadian tersebut segera meluru membantu Pak karim. Orang kampung mengikut Cik Cun dan Cempaka dari belakang. Mereka sampai ke sebuah rumah. Cik Cun dan Cempaka naik kerumah tersebut. Remy yang berada di dalam rumah   sudah sedia menanti kehadiran Cik Cun dan Cempaka. Dia nampak gembira sambil memeluk tilam.

Remy sangat gembira kerana tak lama lagi dia akan menjadi halimunan. Ilmu hitam yang dipelajarinya selama ini. Cik Cun dan Cempaka terbaring diatas tilam. Tiba-tiba Yah Kucey muncul di pintu rumah Remy. 

Remy mempelawa Yah Kucey masuk tapi disebabkan tak cukup tilam, Remy hanya menghamparkan surat khabar untuk Yah Kucey. 



Orang kampung sudah menunggu di bawah rumah Remy. Mereka sudah tahu Remy lah yang punya angkara selama ini menjadi orang minyak dan memukau Cik Cun dan Cempaka.Pak Krim sudah bersedia dengan parang panjangnya. Mereka mahu menyerang rumah Remy.

Pak Karim yang berjalan di hadpan tiba-tiba berundur ke belakang kerana tiba-tiba sahaj rasa takut. Tapi disebebkan orang kampung menolaknya ke hadapan terpaksa lah dia yang berjalan ke depan dan membuka pintu rumah Remy. 

Orang kampung mula bergelut melawan Remy. Pak Din memegang Remy. Pak Karim yang tadinya nampak berani terus menolak Yasin yang buta supya kedepan  memukul Remy. Remy yang tak sedar dibelakangnya ada api terbakar di dalam rumahnya. Dia menjerit meminta tolong dalam bahasa Inggeris tapi orang kampung keluar meninggalkan nya.

Orang kampung melihat rumah Remy habis terbakar. Tiba-tiba Yah Kucey yang berada di belakang menyanyikan lagu Tropika nyanyian Francisca Peter.

Tonton Kampong Pisang Bersiri-siri Episod 5 


Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)