Advertisement

ads

ISTERI TUNTUT CERAI KERANA SUAMI TERLALU BAIK DAN TAK PERNAH BERGADUH

ISTERI TUNTUT CERAI KERANA SUAMI TERLALU BAIK DAN TAK PERNAH BERGADUH | Terdapat berbagai punca yang menyebabkan penceriaan dalam rumahtangga berlaku. Rumah tangga yang aman dan rukun tanpa persengketaan menjadi impian setiap yang mendirikan rumahtangga. Namun di India satu kes penceraian yang pelik telah berlaku. seorang wanita Muslim telah meminta mahkamah Syariah untuk mengesahkan penceriaan nya kerana suaminya terlalu baik dan suaminya terlalu mencintainya.



Wanita yang dirahsiakan identitinya berasal dari daerah Sambhal di Uttar Pradesh ,India baru-baru ini datang ke mahkamah Syariah Sambhal untuk meminta perceraian dari suaminya yang baru 18 bulan dikahwini. 

Ketika diminta untuk menjelaskan permintaannya, wanita itu mengatakan bahawa suaminya sangat menyayanginya dan tidak pernah bergaduh dengannya. perkara tersebut adalah sesuatu yang baginya amat sukar untuk diterima. 

Keadaan rumahtangganya menjadi lebih "buruk" apabila suaminya itu turut melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan membersihkan rumah, malah suaminya membuat berbagai-bagai kerja rumah yang lain  hinggakan dia berasa "muak" dan meminta hakim mahkamah syariah untuk mengakhiri pernikahannya.



"Dia tidak pernah marah kepada saya dan dia juga tidak menyusahkan saya dalam masalah apa pun. Dia bahkan memasak untuk saya dan juga membantu saya dalam melakukan tugas-tugas dirumah. Setiap kali saya melakukan kesalahan, dia selalu memaafkan saya. Saya mahu sesekali bergaduh dan berdebat dengannya. Saya tidak memerlukan kehidupan di mana suami perlu bersetuju dengan apa sahaja. ”


Setelah mendengar permohonan wanita itu, hakim Mahkamah Syariah yang kehairanan segera menolak permintaannya dan meminta pasangan itu untuk menyelesaikan sendiri perbezaan mereka. Namun, wanita tersebut tidak putus asa untuk mendapatkan penceraian. Setelah permohonan perceraiannya ditolak, dia segera pergi ke panchayat (pusat pengaduan kampung), tetapi anggota dewan panchayat juga tidak bersetuju untuk meluluskan penceraian setelah mendengar alasannya.


Menurut akhbar Hindi Dainik Jagran , suami wanita itu mengatakan bahawa dia tidak menyangka dia telah melakukan sesuatu yang salah kerana dia hanya ingin  menjadi suami yang sempurna. Dia mengaku dia bersalah.

Percaya atau tidak, ini bukan kali pertama wanita meminta cerai kerana mempunyai suami terlalu baik . Tahun 2019 terdapat kes serupa di UAE.

Catat Komen

5 Ulasan

  1. citarasa yg berbeza tapi kelainan terpencil tu

    BalasPadam
  2. Ada macam-macam alasan tuntutan cerai dilakukan. Kalau tak silap di Malaysia pun ada kes begini bila ditanya kenapa mohon penceraian alasannya "suami saya terlalu baik, sedangkan saya nakal dan tak baik sangat".

    BalasPadam
  3. ni baru betul "awak terlalu baik untuk saya"

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)