Gambar seorang pemuda yang dibalut dengan plastik dan diikat di sebatang pokok di Hanoi kerana didakwa gagal membayar selepas membuat tatu telah menjadi viral di media sosial Vietnam.
Sekarang musim sejuk di Vietnam dengan suhu di bawah 10 darjah Celsius, jadi melihat lelaki tanpa pakaian di jalanan bukanlah perkara biasa. Tambahan pula dia dibalut dengan plastik dan diikat disebatang pokok
Namun inilah pemandangan yang dapat dilihat oleh orang ramai di Hanoi minggu lalu. Seorang lelaki tanpa memakai baju, mengenakan topi keledar basikal, dibungkus dengan plastik dan diikat pada pokok dengan sehelai kertas di tampal pada badan nya tertulis " saya tidak membayar wang tattoo ". Gambar lelaki itu muat naik ke sosial media dan dengan cepat menjadi viral.
Pada mulanya orang-ramai menganggapperkara tersebut hanyalah gurauan yang dibuat di antara rakan-rakan, atau aksi cabaran untuk mendapatkan publisiti percuma. Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang disebut sebagai "NQT", yang mengaku sebagai pelukis tatu tampil mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku
Dalam catatannya di media sosial, pemilik kedai tatu menjelaskan bahawa pemuda di dalam foto itu memang datang untuk membuat tatudi badan nya tetapi ketika tiba waktunya untuk membayar, dia hanya menyelesaikan sebahagian daripada bil dan tidak membayar selebihnya . Mereka kemudian nya mencari nya dan membawanya ke kedai untuk memberinya sedikit pengajaran.
Pemuda ini juga dikatakan mmengelak untuk bertemu dengan pemilik kedai tatu tersebut. Disebabkan itu mereka memutuskan untuk menanggalkan pakaiannya, membungkusnya dengan plastik, dan mengikatnya di pokok diluar kedai sebagai hukuman.
Tidak diketahui berapa jam pemuda itu harus menahan kesejukan dalam cuaca sejuk dan ditambah lagi dengan pandangan orang ramai yang melalui jalan tersebut tetapi pemilik kedai tatu itu mendakwa bahawa dia berasa kasihan kepada pemuda itu dan akhirnya memutuskan untuk membebaskannya. "Dia tidak mempunyai wang untuk membayar, tetapi saya memaafkannya," kata T.
5 Ulasan
xbaik memalukan oramg kan
BalasPadamLain kali kedai tu kena minta pelanggan bayar dulu kot kan.
BalasPadamtak tau nak kecam sape. hihi
BalasPadamdua-dua pun salah..
udah idok ada duit jangan la buat tatu tuh, lukis je dengan marker pen hehehhe
BalasPadamPerangai sungguh la. Macam-macam.
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)