Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 28 AKHIR

BIDADARI SALJU EPISOD 28 AKHIRPasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don



Sinopsis BidadariSalju Episod 28 akhir 

Jenni kecewa kerana Hariz langsung tak pandai membuat kepoutusan. jennie mempertikaikan mengapa Hariz mengahwininya sedangkan hatinya masih ada Kayra. Jennie tak dapat menerima kehadiran Kayra. Jennie tertekan dan tiba-tiba sahaja Jennie mengalami pendarahan. Keluarga Hariz terus membaca Jennie ke Hospital.

Jennie tersedar dari pembedahan. Jennie bertanya pada Hariz di mana anaknya. Masing-masing terdiam. Hariz perlahan-lahan memberitahu yang anak Jennie tak dapat diselamatkan.Jennie tak dapat menerima perkara tersebut. Dia mahukan anaknya kembali. Jennie menangis-nangis kesedihan.Jennie asyik menyalahkan dirinya.

Jennie mengaku dia banyak melakukan kesalahan sehingga tuhan membalas perbuatan nya dengan mengambil anaknya. Jenie meminta Hariz menceraikan nya. Jennie ingin meminta maaf pada Kayra kerana sudah banyakmembuat kesalahan padanya.

Selepas jennie keluar dari hospital, Jennie bertanya mengapa hariz tidak cuba mendapatkan Kayra kembali. Jennie dan hariz juga sudah bercerai. Jennie mahu Hariz mencari kebahagiaan nya sendiri. Kayra juga tak lama lagi akan melahirkan anak. Jennie mahu Hariz kembali bahagia dengan Hariz dan mendapatkan keluarganyakembali.

Hariz dan keluarganya pergi melawat Keluarga Kayra di kampung. kayra yang kebetulan baru pulang terkejut bekas keluarga mertuanya datang ke rumah. Namun terdapat riak wajah yang kurang senang di wajah ibu dan ayah Kayra. Hariz membawa hadiah untuk anak yang bakal dilahirkan.Tapi Kayra menolak dan menyuruh Hariz memberikan nya pada Jennie. Ibu hariz memberitahu yang anak Jennie sudah meninggal. Kayra bersimpati dengan Hariz dan meminta izin untuk masuk ke dalam bilik.



Kayra sudah hampir melahirkan anak.Hariz datang menemani Kayra . Dia ingin bercakap dengan Kayra. Kayra meminta maaf kepada Hariz dan berpesan pada Hariz yang jika sesuatu berlaku padanya , Hariz perlu menjaga anak mereka. Hariz mengatakan yang tidak akan berlaku apa-apa pada Kayra dan dia sangat sayangkan Kayra.

Hariz menunggu di luar bilik bersalin sehingga Kayra selamat melahirkan anak. Ibu dan ayah kayra yang baru sampai tidak senang melihat kehadiran Hariz di dalam bilik Kayra. Ibu dan ayah Kayra langsung tak mempedulikan Hariz. Keluarga Hariz juga datang melawat Kayra. 

Keesokan harinya Kayra sudah boleh pulang ke rumah. ayah dan ibunya membawa Kayra disebuah rumah jauh dari pengetahuan Hariz. Mereka tak mahu Hariz datang ,engambil cucu mereka. Kayra memujuk dan meyakin kan mereka yang Hariz tak kan tergamak mengambil anak mereka.

Hariz yang tidak tahu kemana Kayra , terus pergi menemui ayah Kayra. Dia mahu tahu dimana Kayra berada. Ayah Kayra memberi amaran pada Hariz supaya jangan muncul di depan Kayra lagi. Jika diikutkan hati mahu sahaja dia melarikan seluruh keluarganya supaya hilang dari pandangan Hariz.

Hariz menangis dan merayu agar bekas mertuanya itu memberi peluang padanya untuk bertemu dengan Kayra dan anaknya.Hanya Khalif sahaja lah zuriat yang dia ada. Tapi ayah Kayra langsung tak mempedulikan rayuan Hariz.

Aiman melawat Kayra yang masih pantang. Dia sangat gembira melihat anak Kayra. Dia teringat sewaktu bekas isterinya hamil dahulu, dialah orang paling bahagia. Namun tidak disangka isterinya sanggup menggugurkan kandungan tersebut. Kayra mengharapkan agar Aiman bersabar dan satu hari nanti Aiman akan bertemu gadis yang sesuai.

Aiman memberitahu yang dia ingin Kayra menjadi penyeri dalam hidupnya. Kayra tidak mahu Aiman merumitkan lagi keadaan nya. Aiman mengakui Kayra adalah cinta pertamanya dan selamanya. Kayra mula tidak senang dengan pengakuan Aiman. Aiman tahu Kayra belum bersedia dan dia sudi menunggu masa yang tepat untuk Kayra menerimanya.




Sebaik habis pantang, Kayra membawa Khalif pulang ke Kuala Lumpur. Hariz menghubungi Kayra tapi Kayra masih melayan Hariz dengan acuh tak acuh. Hariz mengakui dia rindu. Dia rindukan anaknya, Khalif. Dia meminta izin untuk berjumpa dengan Khalif. Kayra keliru dan tak tahu apa yang harus dilakukan. Hariz menangis dan itu membuatkan Kayra ingin berjumpa dengan Hariz di rumah Anita.

Hariz bersyukur dan sempat memberitahu yang dia cintakan Kayra.Peluang dapat berjumpa dengan anaknya membuatkan Hariz gembira. Senyuman nya tak lekang di bibirnya. 


Melihatkan Kayra langsung tak mempedulikan Hariz , Anita sengaja memancing dengan bertanyakan Khalif mengikut muka Kayra ataupun Hariz. Kayra cepat2 memberitahu yang Khalif megikut wajahnya. Kayra memberitahu yang Hariz boleh mendapatkan anak yang lain dengan Jennie.

Baru sahaja Hariz ingiun menjelaskan hubungan dengan Jennie terus Kayra mengambil Khalif dari Hariz dan meminta Hariz pulang. Hariz meminta Kayra memberikan sedikit masa lagi untuknya bersama Khalif. Kayra bersetuju asalkan hariz jangan sesekali menyebut tentang jennie dihadapan nya.

Secara tidak sengaja Kayra melihat sosial media Jennie dan mendapati Jennie sedang hamil. Kayra sangat kecewa. Dia berasa tertipu dengan Hariz yang asyik mengatakan cinta dan rindu padanya. Kayra terus menghubungi Aiman dan menerima lamaran Aiman. 

Jennie datang bertemu dengan Kayra sebaik mendapat tahu yang Kayra ingin berkahwin dengan Aiman. Jennie memberi tahu yang anak dalam kandungan nya kini adalah anak Arron. Jennie juga memberitahu yang kes khalwat di Jb juga adalah angkara Jennie. Dia sengaja memerangkap Hariz. Hariz berkahwin dengan nya bukan kerana cinta tapi untuk menyelamatkan Jennie yang hamil disebabkan Jennie diperkosa.

Kayra terkejut dengan pendedahan Jennie. Selama ini Kayra telah sangka sangka dengan Hariz. Jennie juga sempat memberikan salah satu luahan hati Hariz kepada kayra. Kayra membaca nya dan sangat tersentuh dengan cinta Hariz padanya yang tak pernah pudar walau berbagai perkara dilakukan Kayra untuk menyakitkan hati Hariz.

Pada hari pernikahan Kayra, Hariz menuju ke Kampung Kayra. Dia ingin melihat sendiri Kayra berkahwin. Tiba waktu untuk diakad nikah , hati Kayra mula berbelah bahagi .Dalam hatinya masih ada cinta Untuk Hariz. Tapi Bagimana dengan Janjinya pada Aiman?

Perubhaan sikap Kayra disedari oleh kedua ibu bapa kayra. Dengan teragak-agak Kayra berterus terang yang dia tak mahu berkahwin dengan Aiman. Kayra meminta maaf pada Aiman. Hariz diluar masih menanti Kayra . Hariz menangis. Kayra muncul di belakang nya. Hariz mengucapkan Tahniah pada Kayra . Kayra bertany mengapa Hariz lakukan semua ini. Mengapa Hariz tak menghalangnya dan pertahan kan cinta nya.?



Hariz menjawab , dia redha. ini adalah takdirnya. Kayra mengakui yang dia masih sayang dan cintakan Hariz. Aiman yang hanya berdiir datang pada Hariz dan memberitahu yang Kayra adalah milik Hariz. Bukan milik Aiman. Kayra menyentuh wajah Hariz dan mengatakan yang dia sangat cintakan Hariz. 

Tamat.




Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebag- Hariz

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju


Haqiem Rusli - Tergantung Sepi

Tonton Bidadari Salju Episod 28 Akhir

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)