Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 27

BIDADARI SALJU EPISOD 27 Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don.


Sinopsis Bidadari Salju Episod 27

Hariz mengunjungi bekas ibu dan ayah mertuanya di kampung tapi layanan dingin yang diterima oleh mereka. Ibu Kayra bertanya mengapa Hariz datang. Hariz menjawab yang dia datang untuk bertanya kabar mereka. Tapi ibu Kayra mengatakan yang Hariz langsung tak datang melawat mereka sejak Kayra hilang. Malah tergmak Hariz berkahwin dengan wanita lain.

Ibnu Kayra menangis kerana terlalu kecewa dengan sikap hariz malah dia menghalau Hariz supaya pulang. Hariz merayu pada nekas mertuanya untuk kembali memperisterikan kayra. Ibu Kayra menghalang dan menghalau Hariz pulang.Ayah Kayra turut mengherdik hariz supaya pergi dan jangan datang lagi berjumpa mereka.

Hariz masih tetap mengikut Kayra malah dia menunggu Kayra di hadapan butik Kayra. Dia melihat Kayra pengsan di depan butik. DIa mengangkat Kayra dan membawa Kayra ke hospital. Kayra sedar dari pengsan dan melihat Hariz ada bersamanya. Dia bertanya bagaimana dia boleh berada di hospital. Hariz menjelaskan apa yang berlaku pada Kayra.

Hariz memberitahu yang Kayra sedang hamil. Kayra menyangkakan yang hariz bergurau dengan nya. Kayra teringat yang dia pernah bersama Hariz sewaktu berjumpa Hariz sebelum mereka bercerai. kayra meminta yang Hariz pergi dan jangan pedulikan nya kerana dia sendiri akan menjaga anaknya. Kayra tidak mahu ada apa-apa kaitan lagi dengan Hariz. Kayra menyuruh Hariz pergi kepada isterinya yang sarat hamil .



Ibu dan ayah Kayra datang melawat Kayra di hospital.Kayra teragak-agak memberitahu yang dia sedang mengandung. Hariz terus memberitahu yang Kayra sedang hamilkan anak mereka. Ibu dan ayah Kayra terkejut dan tak tahu bagimana perkara tersebut boleh berlaku.


Hariz berdoa semoga segala kesulitan yang dihadapinya sekarang segera berakhir. Jennie yang melihat Hariz seperti gusar datang menghampiri Hariz. Dia seperti tahu ada sesuatu yang mengganggu Hariz.

Hariz datang ke butik Kayra dan bertanya pada staf disitu dimana Kayra. Staf memberitahu yang Kayra masih di hospital. Hariz menyangkal dan mengatakan Kayra tidak ada di Hospital.

Kayra sebenarnya berada dikampung dan menjaga kandungan nya. Dia menetap di sebuah chalet selama hampir 3 bulan. Ayahnya tidak mahu Hariz mengganggu Kayra kerana itu lah dia menempah Chalet khas untuk Kayra . Anita menghubungi Kayra dan memujuk Kayra agar kembali pada Hariz demi anak dalam kandungan nya itu. Kayra tidak dapat menerima kata-kata Anita. Dia tahu tindakan nya betul dan dia tidak akan sesekali bermadu dengan jennie.

Tuan Azman menyedari perubahan sikap Hariz yang sering bersedih di pejabat. Tuan Azman berbincang tentang perkara tersebut dengan isterinya. Isterinya mahu mereka menumpukan perhatian pada Jennie yang bakal melahirkan cahaya mata tak lama lagi. Mereka juga sangat risaukan kesihatan Hariz. Tuan Azman mengajak Hariz berbincang . dia mahu mengetahui bagaimana keadaan Kayra. Hariz memberitahu yang Kayra sedang hamilkan anaknya. Tuan Az,an dan isterinya sangat gembira dengan berita tersebut.

Walaupun ibu dan ayah Kayra menghalang hariz bertemu dengan Kayra tapi Hariz tetap memantau keadaan Kayra dari jauh. Dia tahu dimana Kayra berada dan selalu memerhatikan Kayra. Tapi dia tidak mahu muncul di depan Kayra kerana dia takut Kayra akan menghilang lebih jauh darinya. 


Kayra menerima sebuah hadiah dari Hariz. Wang berjumlah rm50k untuk Kayra dan anaknya. Tapi Kayra tidak mahu kerana dia tak boleh dibeli dengan duit. Ayah dan ibu mertua Kayra berusaha untuk mendapatkan hak mereka kerana anak dalam kandungan Kayra adalah cucu mereka juga. Tuan Azman ingin pergi berbincang dengan bekas besan nya itu.



Jennie melihat Hariz termenung. Dia bertanya pada Hariz tentang lukisan gambar Kayra didalam bilik Hariz. Hariz meminta Jennie faham yang Kayra masih didalam hatinya. Jennie mengatakan yang dia faham kerana Kayra sudah tidak ada lgi didunia ini. .

Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Pembantu rumah membuka pintu dan muncul Kayra dimuka pintu. Kayra meminta pembantu rumah untuk dia sendiri naik keatas berjumpa Hariz. Katuika itu Hariz sedang bercakap-cakap dengan baby di dalam kandungan Jennie. Kayra hanya memerhatikan mereka tanpa mereka sedar.

Kayra memanggil mereka dan Jennie sangat terkejut melihat Kayra dihadapan nya. Dia tidak sangka Kayra masih hidup. Kayra hanya tersenyum memandang mereka. Jennie bertanya mengapoa Kayra berada di sini? Hariz ingin memberi penejlasan pada Jennie. Tapi Kayra menghalang dan dia tak mahu Hariz menjelaskan apa-apa kerana kehadiran nya untuk memulangkan kembali cek yang diberikan oleh Hariz untuknya dan anak didalamkandungan nya

Jennie mula naik marah mendengar apa yang didengar dari mulut Kayra. Hariz meminta Jennie bersabar. Hariz merayu pada Kayra agar jangan mudah membuangnya yang masih menyayangi Kayra. Anak dalam kandungan tersebut adalah tanda kasih sayang nya dan Kayra. Hariz meminta agar diberikan peluang padanya.

Jennie yang hanya memandang mual berasa tidak puas hati melihat Hariz sanggup melutut dan merayu pada Kayra. Jennie bertanya mengapa Hariz tergamak menyembunyikan perkara tersebut darinya. Hariz memberitahu yang keadaan Jennie membuatkan dia tak sanggup memberitahu perkara sebenar pada jennie. Jennie menyuruh Hariz membuat pilihan dama ada memilih dirinya atau pun Kayra.


Hariz sangat sedih dengan apa yang berlaku dan berdoa agar dia diberikan kekuatan menghadapi semua ini. Hariz menangis kesedihan.





Jennie memberitahu pada ibu dan ayah mertuanya yang dia sudah tahu apa yang berlaku . Dia betul-betul kecewa dengan Hariz. Dia fikir Hariz benar-benar cintakan nya rupanya Hariz masih menyintai Kayra.

bersambung...

Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebag- Hariz

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju


Haqiem Rusli - Tergantung Sepi

Tonton Bidadari Salju Episod 27

Catat Komen

0 Ulasan