Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 26

 BIDADARI SALJU EPISOD 26Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don.


Sinopsis Bidadari Salju Episod 26

Ketika mengetahui dirinya mengandung anak luar nikah, Jennie pernah cuba utuk membunuh dirinya. Waktu itu Hariz memujuk Jennie agar jangan sesekali buat kesilapan lagi dalam hidupnya. Hariz berjanji akan menjaga Jennie dan bayi dalam kandungan nya.Demi menjaga nama baik Jennie yang dirogol ayah tirinya Hariz berkahwin dengan Jennie.

Hariz telah sah bercerai dengan Kayra. Tapi Hariz sempat berpesan jika satu hari nanti ada peluang untuknya dia mahu rujuk kembali dengan Kayra. 

Kayra sudah memulakan hidup baru. Dia kini menjadi seorang pereka . Diana sangat bangga dengan kejayaan Kayra. Dari kedai yang kecil kini dia berjaya menaikkan perniagaan nya. Kejayaan kayra juga disokong oleh ibu dan ayahnya walaupun berulang kali ibu Kayra meminta agar Kayra menetap bersamanya dikampung. Demi perniagaan nya kayra tak dapat memenuhi keinginan ibunya itu.

Kumpulan penjahat masih mengintip Kayra. Mereka mahu pastikan rancangan mereka untuk menghancurkan Kayra berjaya. 

Aiman datang melawat Kayra di kedainya. Kayra terkejut kerana sudah lama dia tidak berjumpa Aiman. Aiman memerlukan stok kain untuk pakaian seragam staf syarikatnya. Kayra gembira dapat bertemu kawan baiknya. Rupanya Aiman juga sudah berpisah dengan isterinya.



Aiman mengajak Kayra keluar makan bersama tapi Kayra menolak kerana mempunyai urusan lain. Kayra seolah-olah mengelak untuk makan dengan Aiman selepas mengetahui status Aiman. Dia 

Hariz dan Jennie ingin membeli belah barang keperluan bayi. Sewaktu keluar dari kereta Hariz ternampak sebuah van.Didalam van tersebut dia melihat seseorang yang seakan-akan dia kenali. Hariz mula risau kerana lelaki yang dia lihat tak ubah seperti lelaki yang menculik Kayra dahulu. 


Hariz menghubungi Polis dan kumpulan penjahat yang sedang mengintip Kayra sudah dikepung oleh pihak polis. Kumpulan tersebut berjaya di tangkap. Kayra yang berada di kedai menjenguk keluar dan melihat kejadian tersebut. 

Tiba-tiba Hariz muncul disebalik cermin kaca kedai Kayra. Kayra berlari ke kaunter dan bersembunyi. Hariz masuk ke dalam kedai dan memanggil Kayra. Hariz memberitahu ingin mencari kain untuk ibu nya. Kayra menyuruh Hariz mencari sendiri kerana dia tidak tahu citarasa bekas ibu mertuanya itu.

Hariz bertanya kabar Kayra dan Kayra bertanya dimana Jennie.Hariz memberitahu yang Jennie sedang membeli barangan untuk bayi. Kayra bertanya Hariz apa yang dimahukan oleh Hariz. Hariz menjawab yang dia mahukan Kayra. Kayra malas hendak melayan karenah Harriz dan meminta  staf nya untuk melyan hariz. 

Hariz masih berada di luar butik Kayra. Dia risau sesuatu berlaku pada Kayra selepas kejadian siang tadi. Selama ini dia tidak pernah lepas memerhatikan Kayra dan memastikan keselematan Kayra terjamin. 

Sebaik Kayra menutup kedai, Hariz pergi berjumpa Kayra. Kayra sangat terkejut. Hariz mengakui yang dia bertemu Kayra kerana rindukan Kayra. Kayra mengatakan Hariz gila dan menyuruh Hariz pergi kepada isterinya Jennie. Hariz mengatakan yang dia risau dengan keselamatan Kayra. Kayra terus masuk ke dalam kereta.

Hariz menunjuk kan berita tentang penangkapan kumpulan penjahat tadi kepada Kayra. Dia mahu Kayra tahu yang kumpulan penjahat yang ditangkap siang tadi adalah mereka yang pernah menculiknya. Kayra mengucapkan terima kasih kepada Hariz dan meminta Hariz melupakan nya dan jangan ganggu dia lagi. 

Kayra terus menghiduopkan enjin kereta dan beredar dari situ. Hariz memandang dengan kehampaan.




Tuan Azman sudah pulang dari menunaikan umrah. Hariz bertemu dengan ayahnya di pejabat. Tuan Azman bertanya tentang keadaan Jennie. Hariz memberitahu yang Jennie sihat cuma dia kerap bermimpi buruk tentang apa yang berlaku padanya dulu.

Hariz juga menceritakan tentang kumpulan penjahat dan wang tebusan juga sudah ditemui semula.



Anita datang ke kedai Kayra. Dia bertanya sama ada Kayra tahu tentang berita penangkapan kumpulan penjahat. Kayra memberitahu yang Hariz yang membuat laporan polis. Apa yang pemtimg Kayra selamat dan mereka bersyukur. Mujurlah Hariz ada disitu. Anita bertanya sama ada Kayra ingin rujuk semula dengan Hariz. Kayra menolak kerana hariz sudah beristeri.

Anita measih mengharaokan Kayra dan Hariz kembali bersama kerana dia tahu sepanjang Kayra bersama Harioz, Kayra gembira dan Hariz sangat menyayanginya.

Hariz memberitahu Tuan Azman tentang Kayra yang sudah kembali dan bercerai. Tuan Azman bertanya tentang perancangan Hariz. Hariz tidak mahu memberitahu tentang kembalinya Kayra. Dia tak mahu keadaan menjadi lebih kusut. Ibunya juga tidak perlu tahu.

Tuan Azman menyuruh Hariz memujuk kayra dan kembali rujuk dengan Kayra. Tapi Hariz tahu ianya bukan lah mudah. Kayra sudah hilang perasaan cinta padanya selagi Jennie dan Hariz masih bersama.






Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebag- Hariz

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju


Haqiem Rusli - Tergantung Sepi

Tonton Bidadari Salju Episod 26 



Catat Komen

4 Ulasan

  1. kakak ipar saya memang tak tinggal cerita ni

    BalasPadam
  2. Uwhh tu dok pikir sape yang rogol. Dah nak habis cite ni. Kayra pon mcm mengandung je

    BalasPadam
  3. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau adakah anda memerlukan pinjaman ekuiti untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah anda telah ditolak oleh bank dan agensi kewangan lain? Adakah anda memerlukan penggabungan pinjaman atau gadai janji? Jangan cari lagi kerana kami berada di sini untuk menjadikan semua masalah kewangan anda menjadi perkara masa lalu. Hubungi kami melalui e-mel:

    oceanfmortgages@gmail.com
    oceanfmortgages@gmail.com

    Ini adalah Gadai janji Kewangan Lautan. Kami menawarkan pinjaman kepada mereka yang berminat dengan kadar faedah yang berpatutan sebanyak 2%. Julatnya berkisar antara 5,000,00 Euro hingga maksimum 100,000,000,00 Euro.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)