Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 25

BIDADARI SALJU EPISOD 25Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don.


Sinopsis Bidadari Salju Episod 25

Haris berkali-kali merayu pada Kayra agar jangan tinggalkan dirinya. Kayra tetap berkeras untuk bercerai. Haris menahan Kayra dari pergi meninggalkannya. Kayra merayu supaya Hariz melepaskan nya pergi. Hariz mengambil kunci kereta Kayra.Kayra menolak Hariz dan masuk ke dalam kereta. hariz berdiri didepan kereta Kayra dan mencabar Kayra untuk melanggar nya jika benar sudah tidak cintakan nya.

Kayra keluar dari kereta dan menangis sambil memukul Hariz tanpa henti. Ibu dan ayah Kayra yang risau Kayra bertidak sesuka hati menuju ke kuala Lumpur.Mereka sampai ketika kayra sedang memukul Hariz.

Mereka menahan Kayra dari memukul Hariz. Ibu Kayra merayu agar Hariz lepaskan Kayra.Ayah Kayra juga sudah tidak mahu berlembut dengan Hariz lagi. Dia hanya mahukan kebahagian anaknya sahaja. Mereka terus membawa Kayra pulang ke kampung.



Kumpulan perompak yang menculik Kayra masih belum puas untuk membalas dendam pada Kayra. Mereka mengintip ke rumah dantempat kerja Kayra. Mereka ingin pastikan yang Kayra betul-betul telah lenyap dari dunia ni.

Jennie dirumah menunggu Hariz pulang ke rumah. Dia mencari-cari Hariz yang hilang sejak semalam. Pembantu rumahnya juga tidka mengetahui kemana Hariz pergi.

Kayra menunggu Hariz di Mahkamah untuk menyelesaikan penceraian mereka. Tapi hariz tak muncul. Kayra menuju ke rumah Hariz dan masuk ke rumah Hariz. Dia melihat Hariz sedang tidur. Kayra memaksa Hariz bangun dan bersiap. Hariz bangun perlahan-lahan seperti tidak berdaya. Kayra memeriksa keadaan Hariz dan mendapati Hariz demam panas. 


Kayra menyuruh Hariz berbaring dan berehat. Dia meletak kan tuala basah di dahi Hariz. Kayra juga menyiapkan bubur untuk Hariz. 

Jennie dirumah masih menunggu kepulangan Hariz. dia menerima panggilan telefon dari bekas teman lelakinya di London dulu. Arron menghubungi Jennie untuk meminta maaf pada Jennie kerana hubungan mereka yang tidak menjadi sebelum ini. Jennie menjemput Arron menghadiri majlis kenduri dirumahnya nanti. Arron berjanji akan datang ke majlis tersebut.

Kayra yang masih berada dirumah Hariz berasa sedih dengan keadaan Hariz. Dia menangis dihadapan hariz dan meminta maaf pada Hariz keran dia menjadi isteri yang derhaka kerana berkasar dengan hariz Semalam. Hariz meminta Kayra agar jangan rasa bersalah kerana ini semua adalah salah dirinya yang sering tidak mengendahkan perasaan Kayra.Dia tahu sepatutnya dari dulu lagi dia melepaskan Kayra demi kebahagian kayra. Hariz meminta Maaf pada kayra.

Ketika dirumah Hariz , Kayra dan Hariz sempat solat berjemaah. Selepas solat Hariz berdoa sambil menangis teresak-esak. Kayra memandang Hariz tanpa perasaan. Dia sendiri tidak tahu perasaannya ketika itu. Selepas bersalam dengan hariz Kayra meminta izin untuk pulang ke rumah. Hariz hanya mendengar dengan perasaan sayu.




Haris bertanya pada kyara mengapa rumahtangga mereka jadi seperti ini. Hariz mengakui kayra adalah isteri yang paling sempurna. Kayra membalas yang jodh mereka hanya sampai disni sahaja. Dia berharap selepas ini dia dan hariz boleh menjadi kawan biasa.

Hariz meminta Kayra berfikir sekali lagi.Dia masih belum bersedia untuk melepaskan Kayra pergi. Hariz memegang tangan Kayra . Hariz meminta Kayra mengingatai semula akad yang dhariz lafazkan dulu.Janji-janji yang mereka akan sehidup semati. Hariz meminta Kayra memberikannya satu lagi peluang.

Ibu Kayra yang mendapat berita tentang Hariz yang sakit menuduh Hariz sengaja berpura-pura sakit untuk melengah-lengah kan prose penceraian nya denganKayra.

Pagi itu Hariz mendapat panggilan telefon dari  Jennie. Hariz menjawab telefon jauh dari Kayra. Dia risau jika Kayra akan salah faham jika mendengar perbualan nya dengan Jeninie.Tapi Hariz tidak sedar Kayra mencuri dengar perbualan Hariz dan Jennie. Kayra jelas mendengar Hariz bercakap dengan penuh mesra dengan Jennie. 

Kayra terus menuju ke arah Hariz. Hariz segera mematikan panggilan telefon dan mengucapkan selamat pagi pada kayra. Kayra membalas dengan memanggil Hariz penipu kerana dia tahu Hariz sayangkan Jennie. Kayra menyuruh Hariz pulang kepada Jennie.Kayra meminta Hariz jangan berpura-pura baik didepannya. Hariz pura-pura hairan mengapa Mood Kayra berubah.

Kayra meminta Hariz menelefon Jennie dan beritahu pada Jennie yang Hariz akan menceraikan nya. Kayra tidak mahu hidup bermadu seperti ini. Hariz perlu memilih antara dirinya dan Jennie. Hariz meminta Kayra untuk fahami keadaan nya sekarang.Kayra tahu yang Hariz tak kan menceraikan Jennie. Jadi Kayra dengan rela hati mahu mengundurkan diri dari Hariz dan jennie. Kerana dia tak boleh berkongsi kasih dengan wanita lain.


Kayra menetapkan agar Hariz datang ke pejabat agama esok. Dalam keadaan marah Hariz mengajak Kayra pergi ke pejabat agama sekarang jugak.

Tanpa Hariz dan Kayra sedari mereka sedang diperhatikan oleh kumpulan perompak yang masih mahu membalas dendam pada Kayra.

Kayra dan Haris keluar menuju ke Pejabat agama.Tapi Hariz mebawa kayra ke satu tempat. kayra hairan mengapa Hariz tidak terus ke pejabat agama seperti yang dipersetujui sejak awal tadi.Hariz keluar dari kereta dan menyuruh Kayra pandang ke arah laut. Hariz meminta Kayra ingat kembali apa yang pernah dikatanya dulu sewaktu mereka baru berkahwin.



Disitu lah kayra mengatakan yang dia cintakan Hariz dan berjanji tak kan meninggalkan nya. Kayra meminta agar hariz hidup bahagia dengan Hariz. Dia juga akan memulangkan semula saham yang diberikan oleh tuan Azman. dia betul-betul mahu putuskan hubungan dengan hariz dan keluarganya.

bersambung..



Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebag- Hariz

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju


Haqiem Rusli - Tergantung Sepi

Tonton Bidadari Salju Episod 25




Catat Komen

3 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)