Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 24

BIDADARI SALJU EPISOD 24Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don.


Sinopsis Bidadari Salju Episod 24

Hariz yang sedang mengeluarkan barang-barang dari dalam kereta melihat sebiji kereta melintas dihadapan rumahnya. Dia seakan-akan mengenali kereta tersebut. Kereta ayah kayra. Hariz mula terfikir adakah kereta tersebut milik bapa mertuanya.

Kayra menangis dan mengurung diri didalam bilik. Dia sangat sedih kerana Hariz tergamak menduakan dirinya. Ibu dan ayah Kayra berulang kali memanggil Kayra keluar dari bilik tapi Kayra enggan. Ibu Kyra merasa sangat sakit hati dengan sikap Hariz. Tambahan lagi wanita yang dikahwini Hariz sudah mengandung  lebih dari sebulan melihatkan keadaan perut wanita tersebut, membuatkan bertambah sakit hati ibu Kayra.

Ibu kayra mula menyalahkan ayah Kayra kerana menjodohkan Kayra dengan Hariz. Dia rela Kayra tak berkahwin sampai bila-bila jika dia tahu begini sikap Hariz yang sebenarnya. Ayah Kayra ingin menghubungi Tuan Azman untuk bertanyakan hal sebenar tapi ibu kayra melarang kerana dia tak mahu ada apa-apa kaitan dengan keluarga tuan Azman lagi. Baginya baik mereka tumpukan pada Kayra sahaja.

Anita dan Diana juga beberapa kali menghubungi Kayra tapi Kayra enggan menjawab panggilan telefon mereka. Mereka fikir tentu Kayra ingin menghabiskan masa dengan Hariz.



Hariz dan Jennie masih belum tahu tentang Kayra . Mereka melalui hari-hari tanpa Kayra. Tapi dalam hati hariz masih ada Kayra. Dia tak pernah melupakan Kayra. Tapi dia yakin jika Kayra masih hidup Kayra pasti akan datang mencari nya. Tapi semuanya mustahil bagi Hariz. Kayra tak akan kembali lagi.

Ayah Kayra memaksa Kayra makan. Sudah berapa hari Kayra mengurung diri didalam bilik hinga dia sendiri risau dengan anak kesayangan nya itu. Ayah Kayra terpaksa menyuap makanan pada Kayra. Dia menasihatkan Kyra, Walau apa pun musibah hidup perlu diteruskan. Kayra mengucapkan terima kasih pada ayahnya kerana sangat memahami perasaan nya waktu ini.

Diana menghubungi ibu Kayra dan bertanya mengapa Kayra tidak datang menemuinya semalam. Ibu Kayra teragak-agak untuk menceritakan apa yang berlaku pada Kayra dan Hariz. Biarlah Kayra sendiri yang menceritakan hal tersebut pada Diana.




Ibu Kayra masih belum puas hati dengan apa yang berlaku pada anaknya. Ibu Kayra menceritakan pada suaminya yang dia tahu wanita yang dikahwini Hariz adalah sepupunya yang dulu selalu membuatkan Hariz dan kayra bergaduh

Selepas ayah Kayra menasihati Kayra, Kayra nekad tak mahu lagi menyiksa dirinya sendiri. Cukup lah selama ini dia tersiksa kerana Hariz. Dia mahu melupakan Hariz. 

Melihatkan kemesraan Hariz dan jennie membuatkan airmatanya tak mampu ditahan.Hatinya bertambah sakit. Dia hanya mampu memandang Hariz dari jauh.  Kayra meluahkan perasaan nya pada Diana. Kayra menceritakan semuanya pada Diana. Selama ini Hariz bermati-matian mengatakan Jennie hanyalah adiknya tapi bagaimana Hariz tergamak mengahwini Jennie jika betul perasaan nya pada Jennie hanyalah sekadar adik dan abang.



Diana juga sangat terkejut dengan apa yang dilakukan Hariz. Diana sangat sedih dengan apa yang menimpa Kayra. Diana mahu Kayra pergi bertemu Hariz dan carilah jalan penyelesaian bersama Hariz. Walau apa pun terjadi Kayra masih isteri Hariz. Dia tak mahu Kayra menanggung beban ini seorang diri.

Ketika Hariz baru sampai ke rumah dia menyedari seorang berdiir diluar pintu pagarnya. Hariz keluar dan melihat Kayra berdiri dihadapan nya. Hariz terus menangis dan memeluk Kayra. Kayra bertanya sama ada Hariz ingin menjemputnya masuk. Tapi Hariz mengelak dan ingin membawa Kayra pulang ke rumah mereka. Hariz risau jika Kayra melihat Jennie di dalam rumah. Haria meminta kayra menunggu diluar kerana dia ingin mengambil barang. 

Kayra hanya mengangguk. Hariz masuk ke dalam rumah. Wajah Kayra berubah, Kayra mula merancang sesuatu untuk membalas dendam pada Hariz. Diana mengadu pada Naufal tentang apa pertemuan nya dengan kyara. Diana seakan tahu yang Kayra merancang sesuatu tanpa pengetahuan nya. Naufal yang mendengar mula berasa risau kerana dia takut rancangan Kayra akan memakan dirinya sendiri.




Kayra menceritakan segalanya pada Hariz, apa yang berlaku sepanjang kehilangan nya, Hariz mengucapkan syukur kerana kayra selamat. Cuma 1 sahaja yang merisaukan Kayra. Dia risau kerana kumpulan perompak tersebut masih terlepas. Walaupun mereka sudah mendapat wang tebusan tapi dendam mereka masih belum terbalas jika mereka tahu Kayra masih hidup.

Hariz meminta kayra menunggu didalam kereta kerana dia mahu memastikan rumahnya kemas sebelum Kayra masuk. Padahal Kayra tahu Hariz tak mahu Kayra tahu yang dia sudah berkahwin lain.

Kayra masuk ke dalam rumah dan dia melihat sekeliling.Dia memberitahu Hariz yang dia mahu berbincang sesuatu dengan Hariz. Dia menangis dan kemudian nya memberitahu yang selama dia hilang, dia hanya fikirkan Hariz. Dia sangat rindukan Hariz. Waktu itulah dia baru sedar  betapa kuatnya cintanya pada Hariz.
Tapi sebaik sahaja dia keluar dan datang berjumpa Hariz dia dia mendapat tahu yang Hariz sudah berkahwin dengan Jennie.

Hariz terkejut kerana Kayra sudah tahu yang dia sudah berkahwin dengan Jennie. Hariz hilang kata-kata. DIa mendekati Kayra dan mahu berterus terang dengan Kayra tentang apa sebenarnya yang berlaku. Kayra tak mahu mendengar apa-apa penjelasan dari Hariz. Kayra tak mahu lagi mendengar segala sandiwara dari Hariz. 



Hariz menjelaskan dia tak pernah tipu Kayra. Dia sangat menyayangi Kayra selama ini. Selama kehilangan Kayra hidupnya tak terurus. Kayra terus mengeluarkan sepucuk sampul surat . Dia memberikan sampul tersebut pada Hariz. Sebaik membuka sampul surat tersebut Hariz terkejut dan Kayra menitiskan airmata...

..bersambung... 






Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebag- Hariz

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju


Haqiem Rusli - Tergantung Sepi

Tonton Bidadari Salju Episod 24


Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)