Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 23

BIDADARI SALJU EPISOD 23Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don.


Sinopsis Bidadari Salju Episod 23

Hariz mengurungkan diri didalam bilik dan menangis. Dia menyesal kerana selalu mengabaikan perasaan Kayra. Ibu dan ayah Hariz sangat risau dengan keadaan anak mereka.

Keluarga Kayra juga mengadakan baacan yassin di rumah mereka kerana kehilangan Kayra. Entah bagaimana nasib Kayra tanpa kabar berita. Ibu Kayra tak henti-henti menangis. Ibu nya mula risau dan curiga dengan Hariz.Baginya sejak bertemu Hariz hidup Kayra dah tak seperti dulu. Anita memujuk ibu Kayra dan mengatakan yang Hariz sudah berubah dan tidak mempunyai niat buruk terhadap Kayra. 

Ayah Kayra juga meminta ibu Kayra agar tidak berburuk sangka dan mendoakan Kayra.

Keadaan Hariz merisaukan ibu dan ayahnya.Aiman juga menghubungi tuan Azman untuk mengetahui keadaan Hariz. Aiman memberitahu diakan uruskan projek yang mereka jalankan bersama tanpa Hariz. Tuan Azman menghargai bantuan Aiman dan mengucapkan terima kasih kerana memahami keadaan keluarga mereka.

Kayra yang hilang rupanya ditemui oleh orang ali di hutan. Dia diselamatkan dan pasangan suami isteri yang sangat baik. Kayra tidak tahu sudah berapa lama dia disitu. 

Ibu dan ayah Kayra tak putus-putus usaha mencari Kayra.Ibu kayra merasa terkilan kerana Kayra berkahwin tanpa kebahagian dan pernah keguguran. Dia sangat menyesal kerana menjodohkan Kayra dengan Hariz. Ayah Kayra meminta ibu Kayra banyak kan bersabar dan jangan menyalahkan takdir.


Tuan Azman menghubungi ayah Kayra untuk bertanya kabar. Dia tidak mahu hubungan keluarga mereka menjadi renggang. Kayra sudah dianggap seperti anak nya sendiri. Ibu Hariz pulak risau sikap Hariz akan membuatkan dia jatuh sakit. Dia mempertikaikan sikap Hariz yang terlalu taksub dengan Kayra. Dia mahu menghantar semula Hariz ke London. Dia mahu Hariz melupakan segalanya yang berlaku sekarang. Lagipun dia mahu menjodohkan Hariz dengan Jennie.

Sebulan kemudian..

Sudah beberapa bulan Kayra tinggal dengan pasangan suami isteri orang asli yang menyelamatkan nya. Dia mula rindukan keluarganya dan ingin pulang ke rumah. Kayra meminta pertolongan pasangan tersebut untuk membawanya pulang ke rumah keluarganya.


Pasangan tersebut membawa Kayra keluar dari hutan. Kayra bersyukur kerana dia akan bertemu semula keluarganya. Kayra mengucapkan terima kasih pada pasangan suami isteri tersebut. Kayra sudah tidak sbar untuk bertemu dengan Hariz. Beberapa bulan tidak bertemu Hariz baru dia sedar yang dia sanagt menyayangi Hariz.

Kepulangan Kayra kerumah amat memeranjatkan ayah dan ibu Kayra. Kayra berdiri di hadapan pintu dan mereka seolah-oleh tak percaya dengan kembalinya Kayra ke rumah. Kayra dan ibunya berpelukan sambil menangis . 

Malam itu kayra makan dengan berselera. sudah lama dia tak merasa masakan ibunya. Ibu Kayra merasa bersyukur . Setiap hari mereka berdoa dan membuat solat hajat. Alhamdulillah Allah memakbulkan doa mereka.Kayra merasa seperti mimpi dapat kembali bersama ibu dan ayahnya.

Keesokan nya Kayra cuba menghubungi Hariz tapi panggilan nya tidak berjawab. Kayra hairan dan cuba menghubungi bapa mertuanya tapi panggilan nya juga tidak berjawab. Kayra memutuskan untuk menghubungi pejabatnya. Kayra mendapat tahu yang ibu dan ayah mertuanya menunaikan umrah di mekah dan Hariz pula berada di London dan akan pulang pada malam harinya.

Kayra tidak sabar untuk bercakap dengan Hariz. Kayra meminta izin pada ayah dan ibunya untuk pergi ke Kuala Lumpur. Kayra ingin pergi berjumpa dengan Hariz kerana dia sangat rindukan suaminya.Ayah Kayra memutuskan untuk membawa Kayra ke Kuala Lumpur keesokan harinya. Kayra sangat gembira.


Kayra juga menghubungi Diana. Awalnya Diana tidak mengenali suara Kayra. Dia fikir ibu Kayra yang menghubunginya. Dia kemudian nya menangis kerana dia tahu suara tersebut adalah suara Kayra. Diana sangat terkejut. dia masih tidak percaya dia bercakap dengan Kayra. Kayra berjanji akan berjumpa dengan Diana dan akan menceritakan semuanya pada Diana. Diana sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan Kayra.

Kayra pulang kerumah nya dengan Hariz. Tapi Hariz tidak ada dirumah. Kayra meminta ayahnya menghantarnya kerumah ibu dan ayah mertuanya. Sampai di rumah Tuan Azman Kayra melihat Hariz dan Jennie dalam keadaan yang mencurigakan. Sebenarnya Hariz dan jennie sudah berkahwin. Ayah Kayra terus mengarahkan Kayra masuk ke dalam kereta. 

Kayra menangis kerana sedih. Sampai hati Hariz berkahwin dengan Jennie..

Bersambung..




 

Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebag- Hariz

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju


Haqiem Rusli - Tergantung Sepi

Tonton Bidadari Salju Episod 23

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)