Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 22

BIDADARI SALJU EPISOD 22Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don.



Sinopsis Bidadari Salju Episod 22

Hariz menuduh Kayra curang dengan nya kerana masih bertemu dengan Aiman. Kayra memberitahu yang Aiman sekarang adalah majikan nya. Hariz sangat marah dan menuduh Kayra sengaja mencari peluang untuk bertemu Aiman. Hariz menarik tangan Kayra dan membawa Kayra pulang.

Di rumah Hariz dan Kayra bergaduh besar. Kayra mengatakan Hariz cemburu buta. Hariz ingin Kayra duduk dirumah dan tidak perlu buat apa2. Kayra ingin bekerja dan mencari wang hasil titik peluh dari usahanya sendiri demi ibu bapanya. Hariz memberitahu yang dia akan menghantar wang kepada ibu dan ayah kayra setiap bulan.

Kayra tak mahu Hariz mengawal hidupnya. Dia tak mahu hidup dengan Hariz yang mengongkong dan cemburu buta. Kayra tak mahukan hubungan yang penuh racun seperti ini. Dia mahukan hubungan ikhlas dan saling percaya dalam rumahtangga.

Sejak bergaduh besar dengan Hariz Kayra hanya duduk dirumah dan tidak bekerja. Dia sangat bosan tapi terpaksa menurut segala kata-kata Hariz kerana dia tak mahu menjadi isteri derhaka. Diana mengajak Kayra keluar tapi Kayra menolak kerana dia tahu Hariz pasti tidak mengizinkan nya keluar.

Tuan Azman menghubungi Kayra. Dia ingin tahu keadaan menantunya. Tuan Azman mahu Kayra kembali bekerja, Tapi Kayra menolak dan meminta maaf kerana dia tahu Hariz pasti tidak akan mengizinkan dia bekerja di luar. Tuan Azman memujuk dan masih berharap Kayra bekerja disyarikatnya kerana dia tahu satu hari nanti syarikatnya itu akan diuruskan oleh Hariz dan Kayra.

Kumpulan perompak yang pernah merancang merompak Hariz dahulu sebenarnya masih berdendam dengan Kayra. Mereka merancang sesuatu untuk membalas dendam pada Kayra dan Hariz. 


Kayra memberitahu Hariz yang ayahnya menjemput mereka untuk makan bersama . Ayahnya sangat rindukan masakan Kayra. Hariz bersetuju untuk pergi kerumah ayahnya bersama Kayra. Hariz bertanya sama ada Kayra ingin bekerja di syarikat ayahnya. Kayra menolak kerana dia tidak mahu bergaduh dengan hariz.

Kayra memberitahu Hariz yang dia sekarang hanya mahu menjadi isteri yang baik seperti yang hariz mahu. Hariz merasa terpukul dengan kata-kata Kayra. Dia mula rasa bersalah kerana mengongkong Kayra. Dia berasa seolah-olah Kayra berusaha membahagiakan nya tapi dia tidak membahagiakan Kayra.

Hariz meminta maaf kerana selama ini dia tidak memikirkan perasaan Kayra. Kayrahanya mendengar kerana itu bukan lah pertama kali meminta maaf kerana mengabaikan perasaan nya.


Hariz memberitahu yang projekrumah anak yatim yang pernah diuruskan Kayra dulu sudah siap. Kayra sangat gembira dan bersyukur. Dia yakin anak-anak yatim akan gembira dengan rumah baru mereka. Kayra tersenyum gembira. Hariz yang melihat Kayra tersenyum  mula merasa rindu kerana telah lama dia tidak melihat senyuman di wajah Kayra.

Kayra menghubungi Hariz di pejabat untuk memberitahu yang dia ingin keluar membeli barang dapur untuk dimasak sempana makan malam dengan tuan azman malam nanti. Malangnya Hariz tidak menjawab panggilan telefon nya, Kayra keluar ke pasaraya untuk membeli barang dapur tanpa pengetahuan Hariz. Tanpa Kayra sedar kumpulan perompak memerhatikan Kayra dari jauh. Mereka akan memulakan rancangan menculik Kayra.

Sewaktu hampir ke kereta . Kayra menyedari ada lelaki yang mencurigakan dibelakangnya. Tapi dia tidak sempat berbuat apa-apa. Kumpulan perompak tersebut menekup mulut Kayra dan Kayra terus pengsan. Mereka menolak Kayra masuk ke dalam kereta.

Dipejabat, Hariz terus menghubungi Kayra tapi gagal. Hariz menyuruh orangnya untuk mengesan dimana Kayra. Hariz mula risau bercampur curiga. Dia bimbangkan keselamatan Kayra.

Haris terus pulang kerumah dan mencari Kayra. Tapi Kayra tiada dirumah. Dia semakin risau. Dia mencari Kayra disekitar rumah tapi Kayra tiada. Hariz menghubungi Ibunya. Tapi ibunya langsung tak membantu dan hanya menyalahkan Kayra kerana keluar tanpa memberitahu.

Hariz dihubungi olehorang upahan nya. dia memberitahu yang Kayra diculik dan gagal dikesan. Hariz mengarahkan dia segera mencari Kayra. 



Kayra sedar dari pengsan dan menyedari yang dia sudah berada didalam bahaya. dia menjadi tawanan pada kumpulan penjahat yang pernah merompak nya dan haris dahulu. Ketua penjahat tersebut mengugut Kayra. Kayra mula rasa takut. 

Hariz dan tuan Azman sangat risau dengan apa yang berlaku pada Kayra. Hariz ingin membayar wang tebusan untuk menyelamatkan Kayra. Ketua penjahat menghubungi Hariz  dan meminta wang tebusan sebanyak rm1 juta. Hariz merayu agar mereka jangan mengapa-apakan Kayra.

Tuan Azman dan isterinya mencadangkan agar Hariz membuat laporan polis. Tuan Azman risau dengan keselamatan Kayra dan Hariz. Tapi kata-kata ibu hariz meluka kan perasaan Hariz. Baginya nyawa Kayra langsung tak berharga. Hariz meminta maaf pada ibunya jika Kayra pernah melukan hati ibunya sehingga ibu nya tergamak menyuruh Haris memikirkan keselamatan nya sendiri dan membiarkan Kayra.

Hariz pergi berjumap dengan ketua penjahat dengan membawa wang tebusan. Tapi malangnya ketika berurusan dengan penjahat, Haris di pukul dari belakang. Penjahat melarikan Kayra dan wang tebusan. Polis sampai dan mengejar penjahat yang melarikan Kayra. Kayra melawan dan kemudian nya terjun dari van penjahat.

Polis mencari Kayra tapi gagal. Kayra hilang tanpa dapat di kesan.Hariz sangat sedih dengan berita kehilangan Kayra. Dia menangis dan tak mampu mengawal perasaan nya.

bersambung.....



Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebag- Hariz

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju


Haqiem Rusli - Tergantung Sepi

Tonton Bidadari Salju Episod 22   


Catat Komen

2 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)