Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 21

 BIDADARI SALJU EPISOD 21 | Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don.




Sinopsis Bidadari Salju Episod 21

Hariz ingin mencederakan dirinya. Kayra menahan Hariz dia meminta Hariz jangan menghukum dirinya. Dia meminta Hariz memberinya masa untuk sihat dan tenangkan fikiran nya. Hariz bersetuju tapi dia merayu agar Kayra jangan tinggalkan dirinya. Kayra hanya menyerahkan segalanya kepada tuhan. Biar lah masa yang menentukan segalanya.

Kayra menghubungi Anita dan mengadu pada Anita. Anita tak mahu Kayra menjadi isteri yang berdosa tanpa Kayra sedar. Kayra sudah mencuba untuk menjadi isteri yang baik. Tapi dia mahu tahu apa perasaan Anita jika dia ditempat Anita. Dia tak boleh terima yang hariz curang bersama Jennie.

Anita mahu Kayra berfikir sebaik-baiknya dan menyiasat perkara tersebut sebelum bertindak terburu-buru. Anita mahu Kayra berjumpa Jennie dan hariz dan kemudian mendengar kenyataan mereka berdua. kemudian Kayra perlu bandingkan cerita mereka. adakah betul atau pun hanya penipuan.

Tuan Azman gembira Hariz pergi berjumpa Kayra. Dia mahu Hariz menjadi lebih bertanggungjawab.Tapi ibu Hariz tak bersetuju kerana dia tak mahu keluarga Kayra mengambil kesempatan diatas anak nya. 

Jennie memutuskan untuk pulang ke london. Tuan Azman yang melihat Jennie ingin pulang bertanyakan tentang ayah tiri Jenni, Richard. Jennie kelihatan tidak suka ketika nama Richard disebut oleh Tuan Azman. Jennie tidak suka kerana Richard kerap pulang dalam keadaan mabuk dan bapa tirinya juga suka mengganggunya. Richerd juga pernah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya pada Jennie. Sebab itulah Jennie tidak suka kepada bapa tirinya.


Di dalam kereta , menuju ke lapangan terbang jennie sempat lagi menghasut ibu saudaranya untuk membenci Kayra. Jennie memberitahu ibu saudaranya itu yang Hariz terlalu obses dengan Kayra dan sasyik mengikut cakap Kayra. Jennie juga terkejut kerana ibu saudaranya memberitahu yang Tuan Azman memberikan share syarikat sebanyak 20 % kepada Kayra. 

Sepanjang berada di kampung, Hariz melayan Kayra dengan sangat baik. Dia mbertanya sama ada Kayra ingin mengikutnya pulang ke Kuala Lumpur. Tapi Kayra menolak dan mengatakan ibunya tidak izinkan nya. Hariz ingin memujuk ibu mertuanya untuk mengizinkan nya membawa pulang Kayra.

Kayra resah kerana dalam hatinya dia memang sudah tak boleh mencintai Hariz. Tapi Hariz masih menaruh harapan padanya.

Ketika sedang makan bersama ibu mertuanya Hariz meminta izin untuk membawa pulang Kayra. Ibu mertuanya meminta jika mereka mempunyai Masalah, selesaikan lah masalah secepat mungkin supaya dia tak mahu Kayra menjadi beban pada Hariz. Hariz mengatakan dia tak pernah merasa terbeban dengan Kayra. Ibu mertuanya mengatakan yang dia tidak mahu masuk campur urusan rumahtangga hariz dan Kayra tapi Hariz perlu tahu yang hanya Kayra sahaja lah anak mereka. Hariz memahami perasaan ibu mertuanya itu.

Hariz melihat Kayra masih belum berkemas untuk pulang. Kayra memberitahu yang dia tidak mahu mengikut Hariz pulang. Dia juga terus terang mahu hidup bebas dan tak mahu menjadi isteri derhaka. Hariz yang mendengar terus bangun dan mengankat Kayra. Dia mahu mandikan kayra dan bersiap2 membawa kayra pulang ke Kuala Lumpur. Kayra meminta Hariz menurunkan nya. Hariz menolak. Hariz menetapkan syarat jika Kayra mahu turun, dia mahu kayra berjanji untuk mengikutnya ke Kuala Lumpur.


Kayra terpaksa mengikut Hariz pulang ke Kuala Lumpur. Didalam kereta Kayra memikirkan bagaimana cara nya untuk dia meninggalkan Hariz. Hariz bertanya apa mengapa Kayra diam sahaja. Kayra terus meminta Hariz menceraikannya. Hariz yang marah terus memandu dengan laju. Kayra sangat takut dan menangis sambil meminta maaf pada Hariz. Kayra juga berjanji tidak akan eminta cerai pada Hariz. Hariz lega mendengar Kata-kata Kayra.

Hariz terus membawa Kayra ke rumah baru mereka. Kayra berpura-pura suka dengan kejutan dari hariz untuknya. Hariz menarik langsir dan dihadapan mereka terbentang alam semulajadi yang sangat cantik.. Kayra sangat terkejut dan kali ini dia benar-benar suka kan pemandangan dari atas rumah baru mereka. 

Hariz membawa Kayra masuk ke dalam bilik mereka. Kayra juga nampak suka dengan kejutan yang diberikan Hariz. Hariz memberitahu yang ini semua untuk kehidupan baru mereka. Kayra memberitahu yang walaupun Hariz buat semua ini dia tetap tidak akan melupakan semua yang sudah berlaku. 



Kayra ingin tidur di bilik tetamu. Kayra tak mahu tidur dengan Hariz dan meminta Hariz jangan bermimpi untuk anak yang baru kerana dia langsung tak mempunyai rancangan tersebut. Hariz meminta Kayra terus gunakan bilik tersebut kerana dia sendiri akan keluar dan tidur di bilik tetamu.

Bangun pagi Kayra melihat Hariz sudah menyiapkan sarapan pagi untuknya. Hariz juga menyuapkan makanan untuknya. Kayra mengambil peluang tersebut meminta izin untuk berhenti kerja. Kayra tidak mahu nanti orang akan kata yang dia menumpang kekayaan kelurga Hariz. Hariz menawarkan saham miliknya untuk Kayra. Kayra berterus terang yang dia tidak mahukan saham milik hariz. Dia hanya mahu mencari kerja lain.

Hariz meminta agar Kayra tidak bercakap soal kerja lagi. Dalam terpaksa kayra  hanya diam dan makan makanan yang disuapkan Hariz.

Kayra sudah mula masuk kerja. Kayra terkejut kerana pengarah Syarikat tersebut adalah Aiman. Kayra tidak sangka bertemu Aiman di situ. Aiman bertanya mengapa Kayra ingin meminta kerja di Syarikatnya sedangkan jawatan nya di Azman Holdings sangat besar. Aiman berterus terang yang syarikatnya adalah syarikat kecil . Tapi Kayra mengakui dia tidak kisah bekerja disitu kerana yang penting dia dapat mencurahkan pengalaman dan ideanya disyarikat tersebut.Aiman menerima Kyara bekerja disitu.

Hariz sebenarnya mengupah penyiasat untuk mengekori Kayra . Hariz risau dengan keselamatan Kayra. Hariz seperti menyembunyikan sesuatu pada kayra. Dia seolah-olah tahu Kayra sebenarnya berdepan dengan bahaya. Kerana itulah selama ini dia sangat mengawal ketat pergerakan Kayra. 

Kayra memberitahu Hariz yang dia sudah mendapat kerja baru. Hariz terkejut dan dia risau kerana Kayra tidak berada di depan matanya. Kayra meminta Hariz jangan risau dan jangan cemburu buta. Hariz hairan dan mula mengesyaki sesuatu. Hariz menasihatkan supaya kayra berhenti kerja jika bos barunya melakukan sesuatu padanya.

Hariz bertanya pada Kayra adalah Kayra percaya pada cinta. Kayra memberitahu yang dia seakaan-akan tidak yakin dengan cinta. Kayra menjelaskan yang dia dapat rasakan Hariz akan lebih bahagia dengan wanita lain kerana dia bukan lah isteri yang sempurna. Hariz berjanji akan mengikut segala kata-kata Kayra . Kayra hanya mendengar dan dia memagng janji Hariz walaupun dalam hatinya dia sedikit pun tidak mempercayai Hariz lagi.

Di pejabat , Aiman meminta Kayra mengikutnya untuk satu mesyuarat dengan sayrikat besar. Kayra bersetuju . Ketika sedang menunggu pemnadu sampai, Kayra bertanyakan tentang isteri Aiman. Aiman nampak kurang berminat untuk bercakap tentang isterinya. 

Dari Jauh Hariz memerhatikan Kayra dan Aiman.Dia sangat cemburu melihat Kayra bersama Aiman. Dia baru tahu yang rupanya Kayra bekerja di syarikat Aiman.

Tanpa Kayra sedari dia sebenarnya sedang diperhatikan oleh seseorang yang mempunyai niat buruk padanya. 

bersambung...




Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebag- Hariz

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju


Haqiem Rusli - Tergantung Sepi

Tonton Bidadari Salju Episod 21

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)