Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 20

BIDADARI SALJU EPISOD 20Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don.


Sinopsis Bidadari Salju Episod 20

Kayra sangat sedih dengan apa yang dilakukan Hariz dan Jennie. Dia menangis sepuas hati dan beristigfar , Kayra memohon pada Allah agar menguatkan hatinya. Kayra memikirkan nasib anaknya. 

Hariz pulang dari kerja dan Jennie mengadu yang laptopnya rosak. Kayra mendengar suara manja Jennie menaggil-manggil Hariz. Kayra keluar dari bilik dan menuju ke bilik Jennie. Melihat Kayra keluar dari bilik, Jennie pura-pura jatuh diatas Hariz dan mereka terjatuh diatas katil.

Kayra yang melihat kejadian tersebut mula naik angin. Hariz bersumpah yang dia tidak ada niat untuk berkelakuan sumbang dengan Jennie. Kayra mahu pergi jauh dari Hariz. Jeniie berpura-pura yang diataidak mempunyai niat buruk terhadap Kayra dan Hariz. Kayra tidak mempercayai Jennie dan Hariz. 

Tuan Azman yang sedang menenti Hariz dipejabat hairan mengapa Hariz masih belum sampi ke pejebat. Tuan Azman menghubungi isterinya dan bertanya mengapa Hariz belum sampai tapi isterinya masih diluar rumah.

Dirumah Kayra meberitahu yang dia tahu apa yang berlaku dengan Jennie di JB. Hariz terkejut. Kayrameluahkan rasa marahnya terhadap Jennie dan Hariz . Dia tidak mampu lagi menyimpan semuanya didalam hati dan terus menampar pipi Jennie. 

Hariz meminta agar Kayra menghormatinya sebagai suaminya. Tapi kayra merasakan Hariz tidak layak menjadi suaminya.kerana terlalu marah dia menampar Kayra. Jennie pura-pura mengejar kayra. Tiba-tiba dia masuk semula ke dalam bilik dan memebritahu sesuatu berlaku pada Kayra.


Hariz berlari keluar dan melihat Kayra sudah tersungkur di bawah tangga. 

Tuan Azman berasa risau dengan keadaan Kayra. Hariz juga merasa kesal dengan apa yang berlaku. Kayra mengalami keguguran . Hariz terkejut apabila mengetahui Kayra mengandung, Dia merasa sangt bersalah.Dia mula menyalahkan dirnya yang melayan Kayra dengan teruk . Hariz menyesal dan mencium tangan Kayra yang masih bekum sedar.

Tuan Azman meminta Hariz menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Hariz memberitahu yang dia terlalu marah kerana Kayra menuduhnya melakukan perkara yang tidak dia lakukan. Ibu hariz membela Hariz dan Jennie. Tuan Azman meminta isterinya bayangkan jika dia berada didalam bilik dengan perempuan lain. Adakah isterinya tidak akan marah. Ibu hariz terdiam mendengar kata-kata suaminya.

Tuan Azman meminta Hariz agar melepaskan Kayra jika Hariz sudah tidak mempunyai perasaan pada Kayra dan meminta Hariz mengahwini Jenni. Hariz membantah dan tidak sesekali akan eminggalkan Kayra.


Kayra sudah sedar dan dia meminta  untuk berjumpa doktor untuk mengetahui keadaan anak didalam kandungan nya. Ibu Kayra memberitahu yang dia keguguran.Kayra sangat sedih. Ayah Kayra meminta Kayra agar redha dengan apa yang berlaku. Hariz yang berada di dalam bilik merasa sedih melihat keadaan Kayra .Kayra pula langsung tidak mengendahkan Hariz. 

Diana dan Naufal datang melawat Kayra di hospital . Diana yang risau dengan keadaan Kayra bertanya apa sebenarnya yang berlaku. Kayra menceritakan kejadian pada hari tersebut. Diana dan Naufal meminta Kayra bersabar dan kuatkan semangat. 

Ibu Hariz tak habis-habis membela Hariz dan Jennie. Baginya Kayra yang sepatutnya memberi peluang kepada Hariz dan mempercayai Hariz. Dia merasakan Kayra mempunyai pemikiran yang kolot. Tuan Azman tidak bersetuju dengan isterinya. Baginya Hariz tetap salah kerana mengasari Kayra dan tidak menjaga batas pergaulan dengan Jennie.



Ibu Kayra yang berada di wad meminta izin pada Hariz untuk membawa Kayra pulang ke kampung. Hariz berat untuk melepaskan Kayra pulang ke kampung. Dia tak mahu Kayra jauh dari nya.Ibu Kayra bertegas untuk membawa kayra pulang kerana dia mahu Hariz dan Kayra berfikir apa yang terbaik untuk mereka berdua selepas ini.

Selepas Kayra pulang ke kampung Hariz selelu teringatkan keadaan isterinya. dia tertanya-tanya bagaimana keadaan isterinya di kampung.

Tuan Azman yang menyedari perubahan sikap Hariz menasihatkan Hariz agar jangan terlalu memikirkan Kayra hingga hilang fokus pada kerja. Dia mahu Haria belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam rumahtangganya. Hariz terlalu merindukan Kayra. Dia berjanji akan cuba menjadi suami yang terbaik untuk Kayra.

Dikampung Kayra dijaga ibunya dengan sangat baik. Dia berpantang dengan sebaiknya . Hariz pulang ke kampung menjenguk Kayra. Kayra langsung tidak mahu memandang wajah Hariz. Dia masih marahkan Hariz dengan apa yang berlaku. Di hadapan Hariz mahu menjelaskan apa yang sebenatnya berlaku di Jb dan dirumah pada hari kejadian Kayra jatuh tangga.

Hariz meminta maaf pada ibu mertuanya dengan apa yang berlaku dan dan kernaa dia berkasar dengan Kayra. Hariz berjaji tak kan rapat lagi dengan Jennie. Hariz bersumpa didepan Ibu mertuanya. Diua tak sanggup hidup tanpa Kayra,. Hariz menangis dan merayu pada Kayra.

Ibu dan ayah Kayra berbincang tentang anak menantu mereka. Ayah kayra risau jika masalah rumahtangga anak nya belum selesai . Dia takut Kayra menjadi isteri derhaka.


Kayra memberitahu yang dia boleh memaafkan Hariz dengan syarat dia mahu Hariz menceraikan nya. Dia sudah tidak mempunyai apa-apa perasan apada Hariz. Cukup lah selama ini Hariz mendera hati dan perasaan nya. Kayra tak dapat lagi menerima Hariz.

Hariz memarahi dirinya sendiri. Dia menampar dirinya sendiri. Dia marah kerana dirinya sendiri dia kehilangan anaknya, isterinya dan rumahtangganya bergolak. Haris ingin mencederakan dirnya sendiri tapi dihalang oleh kayra..


Bersambung...

 



Tonton Bidadari Salju Episod 20

Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebag- Hariz

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju


Haqiem Rusli - Tergantung Sepi

Tonton Bidadari Salju Episod 20

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)