Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 19

BIDADARI SALJU EPISOD 19Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don.


Sinopsis Bidadari Salju Episod 19

Kayra meluahkan perasaan tak puas hati dengan sikap Hariz yang cemburu buta. Kayra memberitahu hariz yang kalau bukan kerana Anita dia langsung tak buka pintu hatinya untuk Haris. Hariz memberitahu yang dia buat semua ini untuk keselamatan dan kesenangan Kayra. Dari zaman sekolah lagi dia mahu bersam Kayra. Dia tak mahu mensia-sia kan Kayra. Dia dah penat bergaduh dengan Kayra. Danaseperti biasa Kaya terpaksa mengalah dengan Hariz.

Hariz akan ke Jb bersama Jennie. Kayra tak ikut kerana letih. Jennie tertanya2 mengapa Kayra tak mahu mengikut Hariz ke Jb. Jennie fikir Kayra tak mahu ikut kerana tk suka kan dia. Tapi Hariz mengatakan sebenarnya Kayra letih dan mahu berehat.

Kayra bangun dari tidur dan ingin membantu kerja-kerja di rumah Tapi dihalang oleh pembantu rumah dan ibu mertuanya. Ibu mertuanya menegur Kayra kerana tidak mahu mengikut Hariz. Ibu mertuanya mahu Kayra melibatkan diri dalam segala hal syarikat. Pengalaman ditipu orang yang dipercayai membuatkan keluarganya berhati-hati. Ibu mertua Kayra juga mengungkit soal saham 20 % yang diberikan oleh suaminya pada menantunya itu.

TuanAzman baru pulang dari Ipoh atas urusan kerja. Dia bertanya sama ada Hariz ada menghubungi Kayra. Kayra memberitahu yang Hariz ada menghubunginya 2,3 kali. Ayah mertuanya risau jika Kayra berasa bosan tinggal dirumah sendirian. Tapi Kayra memberitahu yang dia tidak kisah dan tak berasa bosan duduk dirumah.

Anita menghubungi Kayra dan mengucapkan terima kasih kerana menghantar hadiah sempena pertunangan Anita. Kayra meminta maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis Anita. Anita berharap Kayra akan datang di majlis perkahwinan nya nanti .



Kayra menghubungi suaminya , Hariz. Kayra memanggil sayang pada suaminya. Mendengar perkataan sayang Hariz tersenyum kegembiraan. Dia rasa ingin terbang balik berjumpa dengan Kayra.Kayra meminta izin untuk keluar membeli belah. Patut lah Kayra memanggil suaminya sayang,rupanya dia ingin keluar . Hariz memberi beberapa syarat untuk Kayra sebelum Kayra keluar. 

Kayra keluar bersama Diana. Diana pelik bagaimana Kayra berjaya membuatkan Hariz mengizinkan nya keluar sedangkan selama ini Hariz sangat mengawal pergerakan isterinya itu.

Kayra menghubungi suaminya, kebetulan ketika itu Jennie berada di dalam bilik hariz. Hariz berada didalam bilik air. Jennie mengangkat panggilan telefon tersebut dan Kayra terkejut kerana Jennie berada didalam bilik bersama Hariiz. Jennie bermati matian mengatakan dia dan Hariz tidak melakukan apa-apa walaupun Kayra menasihatkan Jennie supaya tidak berada berdua-duaan di dalam bilik kerana mereka bukan muhrim.

Hariz yang mendengar Jennie bercakap di telefon bertanya dengan siapa jennie sedang berbual Jennie memberitahu yang dia bercakap dengan kayra.Hariz terkejut dan mula merasa risau kerana dia tahu Kayra pasti akan salah sangka dengan apa yang dia dengar.




Tiba-tiba pintu bilik diketuk dan beberapa orang masjid sudah berdiri dihadapan pintu bilik mereka. Hariz dan jennie dibawa ke balai polis. Hariz menghubungi ayahnya dan memberitahu yang dia ditangkap basah dengan jennie. Ayah nya terkejut dan Hariz memberitahu yang dia tidak melakukan apa-pa dengan jennie.Hariz juga meminta ayahnya merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan Kayra dan ibunya.Jennie dan Hariz pelik siapakah yang membuat laporan tentang mereka berdua.

Kayra tertanya-tanya apayang ayah mertuanya rahsiakan darinya sejak semalam. Hariz juga tidak menghubunginya sejak malam tadi. Kayra bertanya Atira mengenai waktu kerja di tapak tersebut untuk mengetahui sama ada Hariz benar-benar sibuk dengan projek yang diuruskannya.

Tuan Azman terpaksa pergi ke Jb untuk menguruskan hal Hariz dan Jennie. Tuan Azan menegur sikap Hariz dan Jennie . Hariz menceritakan apa sebenarnya yang berlaku dan dia sendiri tidak tahu Jennie berada dalam biliknya. Tuan Azman tak mahu mendengar semua alasan Hariz dan ianya akan memalukan dan boleh menjatuhkan reputsi syarikat.



Jennie dan hariz meminta maaf pada tuan Azman dan berjanji perkara ini tidak akan berlaku lagi.Tuan Azman menasihatkan Hariz agar memikirkan perasaan Kayra. Tuan Azman meminta Hariz agar membuktikan yang dia seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap Kayra.

Ibu Hariz bertanya mengapa suaminya tergesa-gesa ke JB . Dia terkejut apabila tuan Azman memberitahu yang dia menjemput Hariz dan Jennie di balai polis. Tuan Azman menceritakan segalanya kepada isterinya itu. Tuan Azman meminta agar isteri  jangan beri muka sangat terhadap hariz dan Jennie. Mereka risau jika Kayra tahu tentu Kayra akan pergi meninggalkan Hariz dan kembali pada ibu bapanya di kampung. Ianya akan memalukan nama baik mereka.


Kayra pulang dari pejabat dan melihat suaminya sedang tidur. Tiba-tiba Hariz bangun dan memegang tangan nya. Hariz menjelskan pada Kayra tentang Jennie berada dibiliknya. Kayra hanya mendengar kata-kata suaminya itu. Dia mengakui terpaksa berdepan dengan perangai Jennie dan Hariz.Cuma jika sesuatu yang buruk berlaku dia tak kan beri peluang untuk hariz. 

Hariz mendengar dengan penuh rasa risau. Dia risau jika Kayra tahu kejadian dia ditangkap basah di JB.

Kayra menemui doktor dan dia mengetahui yang dia sudah hamil.Kayra sangat gembira dan dia yakin Hariz juga pasti akan gembira mendengar berita tersebut.

Hariz yang sedang keluar untuk satu mesyuarat , tertinggal telefon nya dipejabat. kayra menjumpai telefon tersebut dan menyimpan nya. Tentu Hariz tak dapat menghubungi nya nanti.

Ketika dirumah , telefon haris berbunyi dan kayra melihat mesej di dlam telefonHariz. Waktu itu Kayra terkejut kerana dia mendapat tahu rupanya Hariz dan jennie di tangkap Khalwat ketika di Jb..

Bersambung...






Tonton Bidadari Salju Episod 19

Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebag- Hariz

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju


Catat Komen

0 Ulasan