Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 18

BIDADARI SALJU EPISOD 18Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don.




Sinopsis Bidadari Salju Episod 18

Kayra yang ingin memujuk Hariz dengan menjadi seksi gagal membuatkan hati Hariz lembut. Kayra ingin menebus kesalahan nya. Kayra berjanji tidak akan mengulangai lagi kesalahan nya. Kayra terus memujuk rayu hariz. Hariz akhirnya memafkan Kayra dan meminta Kayra menukar pakaian nya semula. Bagi Hariz gaya Kayra tu tak seksi tapi seksa.

Diana mula risau kerana masih belum dapat menghubungi Kayra. Dia risau kerana masalah rumahtangga yang dihadapi Kayra dan Hariz gara-gara Marissa.Naufal memujuk Diana agar bertenang dan yakin hubungan Hariz dan Kayra baik-baik sahaja.

Disebabkan teguran hariz terhadap gaya Kayra yang seksi untuk memujuknya, Kayra rasa sedih dan menangis. Hariz kemudian nya datang emmujuk Kayra dan mengatakan yang kayra tetap cantik walau apa pun gaya yang dikenakan Kayra.

Hariz berjanji akan tetap menyayangi Kayra dan meminta agar Kayra jangan menangis lagi. Hariz terus mendukung Kayra dan Kayra sangat terkejut.Dia tak mampu lagi mengelak dari Hariz. Hariz bangun pagi itu dengan penuh rasa syukur. Dia mencari kayra disebelah tapi Kayra tiada. Dia yakin Kayra tentu berada didapur.



Rupanya yang berada didapur adalah bibik.Bibik memberitahu yang Kayra sudah berangkat pergi ke pejabat. Tuan Azman bertanya pada Hariz sama ada Kayra sudah sihat. Tuan Azman yakin hubungan Kayra dan Azman sudah kembali baik.Tapi isteri nya mula risau jika Kayra mengambil kesempatan diatas kebaikan anaknya Hariz.

Tuan Azman juga memberitahu isterinya yang dia sudah memberikan sebahagian share syarikan kepada Kayra. Isteri nya tidak bersetuju dan risau kerana baginya Kayra adalah orang luar.



Anita menghubungi Kayra dan Kayra memberitahu yang dia penat dan baru bangun tidur. Anita mula menyindir Kayra dan mengatakan Kayra penat kerana digigit nyamuk.

Kayra sebenarnya keluar rumah ketika Hariz tidur malam tadi. Dia tidur dirumah Anita tanpa pengetahuan suaminya. Kayra melihat di cermin dan mendapati terdapt kesan merah dilehernya. Dia sangat terkejut.

Anita yang risau jika Hariz mencari Kayra, menghubungi Hariz dan memberitahu yang Kayra berada dirumahnya. Hariz terus menuju ke rumah Anita. Kayra terkejut sebaik melihat Hariz muncul di depan pintu rumah Anita.Dia malu untuk bertemu dengan Hariz. Dia terus mengelak untuk bersua muka dengan Hariz. Tapi Hariz berkeras untuk berjumpa Kayra dan Kayra tak mampu mengelak dari Haria.

Hariz membawakan sarapan untuk Kayra. Hariz memberitahu Kayra apa yang berlaku malam tadi sangat bermaknanya untuknya. Tapi Kayra tak tahu bagaimana untuk menjawab kata-kata suaminya. Dia sebenarnya sangat malu dengan Hariz. Sebab itu lah dia lari keluar dan tidur dirumah Anita. 

Hariz menjelaskan yang dia dan Kayra sudah menjadi suami isteri dan Kayra tidak perlu berasa malu dengan nya. Kayra juga memberitahu yang dia ada bermimpi tentang Hariz dan Marissa yang merancang untuk mengenakan kan Kyara. Haris berjanji pada Kayra yang dia tak kan pernah menganiaya Kayra. Hariz bertanya sama ada Kayra yang mempunyai niat sebegitu .



Kayra berbincang tentang projek baru dengan Tuan Azman. Projek untuk kompleks anak-anak yatim. Kayra tidak tahu sebenarnya projek tersebut adalah kerja sama dengan Wan Hakimi, pemilik rumah anak yatim yang dia kenali.Tuan Azman dan Kayra menuju ke rumah anak yatim. Sebaik tiba Kayra terkejut kerana bertemu dengan Wan hakimi.

Hariz menghubungi Jenny dan berjanji untuk membawa jenny shopping dan makan-makan. Jenny yang berada dirumah dengan ibu Hariz mula berbual tentang Kayra. Ibu hariz memberitahu Jenny yang dia tak suka ada orang luar yang masuk ke dalam keluarga dan mengambil kesempatan. Entah mengapa Ibu Hariz mula bersangka buruk dengan Kayra

Ketika Kayra dan tuan Azman berbincang bersama Wan Hakimi , Hariz menghubungi kayra dan bercakap dengan tuan Azman.Hariz mendapat tahu yang projek tersebut melibatkan Wan Hakimi. Hariz mula cemburu dan ingin mengambil alih projek tersebut. Dia tidak mahu Kayra terlibat dengan Wan Hakimi. Tuan Azman tidak bersetuju dan dia mahu Kayra juga terlibat dengan kerja-kerja diluar pejabat. Dia tak mahu Kayra bosan hanya berada di pejabat sahaja.




Kayra pulang ke rumah dan mendapati Hariz sudah berada dirumah, Hariz memberitahu yang dia tidak mahu Kayra terlibat dengan kerja projek amal dan dia mahu menguruskan projek tersebut. Hariz mula mempertikaikan pakaian Kayra ketika bertemu dengan Wan Hakimi. 

Kayra mula naik marah dan mempertikaikan sikap Hariz yang keluar dengan Jenny yang seksi dan berkepit tak kira masa. Hariz tetap dengan keputusannya untuk mengambil alih projek amal tersebut. Tuan Azman yang mendapat tahu terus mengarahkan Hariz agar membiarkan Kayra meneruskan projek tersebut. Tuan Azman hairan dengan sikap cemburu Hariz. Tuan Azman bersetuju untuk menyerahkan projek tersebut pada Hariz tapi untuk kali ini saja.

Sejak Hariz mengambil alih projek tersebut , Hariz gagal menguruskan masanya dengan baik kerana terlalu banyak yang perlu diuruskan. Kayra pula sudah mula letih dengan sikap Hariz yang selalu lewat. Hariz pula tidak mahu Kayra memandu sendiri.  Mereka kerap bergaduh dan Kayra meminta agar dia dapat memandu sendiri ke tempat kerja agar Hariz dapat menguruskan masanya dengan baik. Hariz berjanji akan menguruskan masa dengan baik dan tidak akan bergaduh lagi dengan Kayra.

Kayra meminta izin agar dia dapat ke rumah Anita sehari sebelum Anita bertunang. Hariz melarang dan tak mengizinkan Kayra pergi. Kayra mula naik angin dan fikir Hariz sudah melampau dan terlalu mengongkong nya.



Tonton Bidadari Salju Episod 18


Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebag- Hariz

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju

Haqiem Rusli - Mimpi 

Catat Komen

0 Ulasan