BIDADARI SALJU EPISOD 17 | Pasangan kekasih, Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan Fimie Don
Sinopsis Bidadari Salju Episod 17
Di pejabat Hariz selalgu menunjuk kan sikap mesra nya pada kyara. Kayra merisa risau kerana Kayra tidak suka sikap tidak profesional Hariz di pejabat.
Kayra mendapat panggilan telefon dari Marissa. Marissa nampaknya masih belum puas hati . Dia cuba memburuk-buruk kan hariz di depan Kayra. Marissa memberitahu yang Hariz mempunyai gambar Kayra semasa sekolah. Kayra yang percaya dengan kata-kata Marissa mula berasa tak sedap hati . Marissa meminta kayra merahsiakan apa yang diberitahu nya tadi.
Ketika sedang makan bersama Hariz dan jenny, riak wajah Kayra langsung tak menunjuk kan dia gembira, Kayra masih marah dengan apa yang dia dengar dari mulut Marissa.
Kayra bertanya kepada jenny mengapa Jenny tinggal dirumah Hariz. Jenny memberitahu yang dia dengan Hariz sangat rapat. Jenny harap Kayra dapat mengisi kekosongan hati Hariz dan setia dengan Hariz.Kayra berasa bertambah marah dan sakit hati mendengar kata-kata Jenny yang lagaknya bagai seorang bekas kekasih Hariz.
Kayra terus pulang kerumah dan memberi alasan yang badan nya tidak sihat tanpa menunggu Hariz. Kayra mula merasa benci dengan hariz . Dia pulang kerumah dan mengemas semua pakaian nya. Kayra ingin keluar dari rumah tersebut. Tiba-tiba hariz pulang ke rumah. Kayra pura-pura sakit dan baring ddikatil.
Hariz bertanya sama ada Kayra marah kepadanya. Kayra tak mahu Hariz mendekatinya dan mengatakan Hariz buruk.Hariz nampak bag yang dikeluarkan Kayra. Hariz bertanya mengapa Kayra mengeluarkan bag. Tapi Kayra meminta Hariz tidak menyentuh barang-barangnya. Gagal lah rancangan kayra untuk keluar meninggalkan Hariz.
Didalam bilik Hariz membawakan makanan kepada Kayra. Tapi Kayra berasa takut untuk makan kerana dia rasa tentu Hariz meletak kan sesuatu didalam makanan tersebut. Tiba-tiba Kayra mendapat panggilan telefon dari Aiman. Kayra meminta agar Aiman jangan menghubungi nya tambahan pula di lewat malam.
Sikap cemburu Hariz membuatkan Ayah dan ibunya risau. Hariz terlalu sensitif lagi-lagi perkara yang berkaitan Kayra.Mereka berharap Hariz dapt berubah secara perlahan-lahan.
Hariz melihat Kayra yang sedang tidur. Dia merenung wajah Kayra dan tidur disebelah Kayra. Dia sangat sayang kan Kayra. Kayra pula masih membara marah dan dendam terhadap Hariz.
ketika sedang tidur Kayra diam-diam bangun dari katil dan mengambil bagnya. Tiba-tiba Hariz membuka lampu. Kayra mengakui yang dia memang nak tinggalkan Hariz. Hariz terkejut dan merayu memujuk Kayra.Hariz ingin mengetahui mengapa Kayra ingin keluar. Kayra menceritakan apa yang dia dengar dari Marissa. Tapi Hariz tidak mengakui nya dan bersumpah pa da Kayra.
Kayra tidak percaya dengan Hariz dan memarahi Hariz. Hariz menyintai Kayra dengan ikhlas.
Hariz menghubungi Marissa menggunakantelefon Kayra. Hariz meminta penjelasan Marisa dan mengugut Marissa untuk bercakap benar.Marissa yang takut dipenjarakan terus mengakui yang dia sengaja mereka-reka cerita tentang hariz.
Kayra terkejut dengan pengakuan Marissa dan mula rasa bersalah kerana membenci Hariz seharian. Hariz meminta Kayra memutuskan sendiri sama ada mahu percayakan nya lagi atau pun tidak. Hariz keluar dari bilik dan meninggalkan Kayra sendirian.Kayra sangat sedih dn menangis.
Hariz masih merajuk kerana Kayra masih belum meminta maaf padanya. kayra hanya meminta maaf melalui mesej di telefon. Jenny ingin bersemuka dengan Kayra untuk memastikan Kayra tahu apa yang patut dilakukan tapi Hariz menghalang kerana itu adalah maslah rumahtangganya.
Kayra sebenarnya takut untuk berdepan dengan hariz.
Pelakon Bidadari Salju:
Sweet Qismina -Kayra
Adam Lee sebag- Hariz
Nazrief Nazri -Wan Hakimi
Zaki Azeman -Aiman
Syazuwan Hassan -Raqib
Fimie Don -Naufal
Chacha Maembong -Dania
Jaja Iliyes -Anita
Aqil Taqeeuddin -Hafizan
Siti Khadijah -Marissa
Nizam Kama -Asyraf
Puteri A'teeqah -Athira
Damia Qaissarah -Yaya
Soundtrack Drama Bidadari Salju
Memoir Rindu - Asmidar
3 Ulasan
terbaik ulasan DI seronok kak baca
BalasPadamnampak gambar diorg bersanding kt IG smlm tp x tau drama apa...rupanya drama ni
BalasPadamUlasan yang ringkas tapi padat... Suka baca blog ni
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)