Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 16

BIDADARI SALJU EPISOD 16 | Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don


Sinopsis Bidadari Salju Episod 16

Kayra mempelawa Aiman untuk menunjuk kan Proposal syarikatnya. Kayra mendengar penerangan Aiman dan berpuas hati dengan cadangan Aiman. Selepas berbincang tentang kerja Aiman mnerima satu pesanan video. Dalam video tersebut kelihatan isteri Aiman yang berjalan dengan seorang lelaki.

Aiman menceritakan maslah rumahtangga nya Kepada Kayra. Dia menjelaskan sebenarnya perkahwinan nya dan isteri di rancang oleh pihak keluarga. 

Aiman sempat mempelawa Kayra keluar.Aiman menyatakan kekesalan nya melayan Kayra dengan buruk dahulu. kayra meminta Aiman agar melupakan semuanya.

Hariz cuba berulang kali menghubungi Kayra tapi gagal. Hariz mula naik angin.Jenny memujuk Hariz agar  bertenang. Hariz menghubungi pejabat Kayra dan Athira memberitahu Hariz yang Kayra sedang mesyuarat dengan seseorang yang mereka tidak kenali.

Selepas berjaya menghubungi Kayra, Hariz bertanya Kayra dimana. Kayra memberitahu yang dia dirumah Anita kerana Anita tidak sihat.Hariz meminta untuk bercakap dengan Anita untuk memastikan yang Kayra bercakap benar. Hariz sempat berpesan pada Kayra agar cepat pulang ke rumah.


Sikap cemburu Hariz mula membuatkan Kayra rimas.Anita merasakan sikap haris itu sangat romantis. Tapi Kayra sebenarnya tidak mempunyai perasaan pada Hariz. Anita memberi nasihat gar kayra jangan merendah kan suaminya kerana ianya satu dosa. Dia meminta agar Kayra membuka pintu hatinya untuk Hariz. 

Walaupun Kayra seorang yang keras kepala dia mula berubah melayan Hariz  dengan baik selepas mendengar nasihat dari Anita. Kayra sudah mula mahu bergurau dengan Hariz.Dia tidak mahu jadi isteri yang derhaka dan dimurkai. Tapi keadaan tersebut membuatkan Jenny tidak senang melihatnya. 

Ayah Hariz bertanya bagaimana mesyuarat Kayra dengan Aiman. Hariz yang mendengar solaan ayahnya bertanya tentang Aiman yang dimaksudkan oleh ayahnya. Hariz mula marah bila mengetahui Kayra bekerjasama dengan Aiman. Hariz tahu Aiman masih mempunyai perasaan pada Kayra. Kayra terus naik ke dalam biliknya dan menghubungi Diana.

Dia meminta Kayra segera meninggalkan Hariz yang langsung tak menghormatinya. Tapi Kayra tak mahu kerana Hariz sudah menjadi suaminya.

Tuan Azman dan isterinya mula risau bila Hariz kelihatan terlalu cemburu dengan Kayra dan Aiman.


Hariz sebenarnya risau jika Aiman memikat isterinya. Kayra menjelaskan pada Hariz yang Aiman tak kan sesekali jatuh hati pada nya. Hariz menyangkal dan menceritakan yang Aiman pernah memberitahunya yang dia masih suka kan Kayra. Kayra meminta Hariz agar percayakan dia. Kayra meminta maaf pada Hariz dan hariz juga meminta maaf pada kayra.

Hariz masuk ke dalam bilik Kayra dan melihat Kayra sedang sibuk bekerja. Hariz tak jadi nak mengajak Kayra makan bersama. Kayra meminta Hariz membelikan nya makan tengahari.Hariz meminta agar Kayra bersedia untuk mencuba baju majlis persandingan mereka nanti. 

Jenny yang datang ke pejabat  terus merangkul lengan Hariz dan mengajak Hariz keluar. Athira yang melihat terus masuk ke dalam bilik Kayra untuk memberitahu Kayra apa yang dilihat. Kayra memberitahu yang perempuan tersebut adalah adik Hariz. Athira kemudian nya keluar selepas puas hati dengan jawapan kayra.

Selepas majlis persandingan Kayra dan Hariz dibelah keluarga hariz, ibu dan ayah kayra dan hariz mula berangan untuk menimang cucu. Masing-masing tidak sabar untuk melihat Kayra dan Hariz menimang cahaya mata.




Azaman memuji menantu nya itu sebagi menantu Yang baik. Hariz juga bersyukur kerana dapat memperisterikan Kayra. Ibu dan ayah Kayra lega mendengar kata-kata Hariz dan Ayahnya.

malam itu , Disebab kan ibu dan ayah kayra ada di rumah Hariz , Kayra terpaksa tidur di dalam bilik Hariz. Kayra berasa lega kerana malam itu Hariz akan menonton bolasepak. Jadi dapatlah dia tidur dengan nyenyak tanpa gangguan Hariz.

Paginya Hariz mencari-cari Kayra. Dia bertanya kenapa Kayra tidak mengejutkan nya hingga tertidur ketika menonton bolasepak. Hariz risau jika Kayra marah kerana membiarkan kayra tidur sendirian. Tapi Kayra tak kisah dalam hatinya dia berasa lega kerana hariz tidak tidur bersamanya.

Hariz yang baru sahaja hendak bermesara dengan Kayra tiba-tiba sahaja jenny muncul di pintu bilik mereka dan meluru masuk memanggil Hariz. Hariz dan Kayra terkejut dan Hariz . Jenny juga menyentuh hariz tanpa rasa malu. Jenny mahu tunggu hariz didalam bilik sementara Hariz sedang mandi.

Jenny juga mengikut Hariz dan Kayra keluar shopping. Jenny asyik berkepit dengan hariz hingga Hariz lupa perasaan Kayra yang semakin rimas dengan gelagat gedik Jenny terhadap Hariz.

Hariz yang sangat cemburu dengan hubungan kerja Kayra dan Aiman menghubungi Aiman. Hariz meminta Aiman agar menghubunginya terus jika mempunyai apa-apaurusan kerja dengan kayra.

 


Tonton Bidadari Salju Episod 16

Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebagai - Hariz

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju


Memoir Rindu - Asmidar

Catat Komen

3 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)