Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 15

BIDADARI SALJU EPISOD 15Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don



Sinopsis Bidadari Salju Episod 15

Kayra duduk termenung di tepi sungai. Dia menangis  sepuas hatinya . Dia teringat sepanjang majlis persandingan nya bekas rakan-rakan sekolah yang datang tak habis-habis mengungkit kisah lama sewaktu Hariz membulinya dulu. Kayra mula terfikir dan meragui keikhlasan Hariz. 

Kayra sakit hati mengenangkan kata rakan-rakan nya kerana ramai yang menyangka kan Kayra yang tergila-gilakan Hariz dan memikat Hariz sedangkan Hariz lah yang memaksa hubungan tersebut .Itu lah yang membuatkan Kayra bertambah marah dan sakit hati.

Kayra menjerit sekuat hati. Aiman yang melihat Kayra menangis datang dan memujuk Kayra. Kayra tak mahu pulang ke rumah. Dia tak mahu mengakui perkahwinan nya dengan Hariz. Aiman terus memujuk Kayra agar menyerah dengan takdir yang sudah tertulis. Kayra perlu menerima Hariz sebagi suaminya. 

Ketika Aiman sedang memujuk Kayra, Hariz datang dan menyuruh Kayra pulang kerumah. Hariz mula mempertikaikan mengapa Aiman berada di situ.Hariz mengugut Aiman supaya jangan muncul lagi didepan Kayra. Kayra tetap berkeras yang dia tak mahu berkahwin dengan Hariz. Hariz sedih mendengar kata-kata Kayra. Dia beterus etrang dengan Kayra yang dia sangat cintakan Kayra.Kayra pengsan selepas mendengar kata-kata Hariz.



Di hospital Hariz tetap melayan Kayra dengan baik walaupun Kayra bersikap dingin dengannya. Kayra langsung tidak mahu melihat wajah hariz. Hariz meminta agar Kayra berterus terang dengan nya jika Kayra mempunyai apa-apa masalah.

 


Kayra sedar yang dia sudah menjadi isteri Hariz. Dia perlu mengikut kata-kata suaminya. Dia perlu melayan dan menghormati Hariz walaupun hati nya tidak menerima Hariz sepenuhnya.

Walaupun Kayra merasakan Hariz tidak ikhlas tapi Hariz sangat menyayangi Kayra. Dia tekad menerima segala kekurangan Kayra.

Kejadian Kayra pengsan di sungai merisaukan ayah dan ibu Kayra . mereka risau jika Kayra masih belum menerima perkahwinan nya dengan hariz. Ayah Kayra mahu hidup Kayra bahagia dengan Hariz. Dia Yakin dengan keputusan nya dan tahu Hariz mampu membahagiakan Kayra.

Kayra sudahsihat dan keluar dari hospital. Kayra dan Hariz masih di kampung Kayra. Hariz melayan Kayra dengan baik dan tak membenarkan Kayra membuat kerja-kerja rumah. Dia mahu Kayra berehat. Kayra tidak suka Hariz mendekatinya. Kayra meminta izin untuk keluar bersendirna. Kayra mahu menenagkan fikiran. Hariz mengizinkan Kayra keluar dengan syarat kayra perlu memberitahu dengan siapa Kayra keluar dan tak boleh pulang lewat.

Sebaik Kayra pulang kerumah dia melihat Hariz sedang menunaikan solat. Di dalam bilik Hariz bertanya Kayra pergi ke mana. Kayra menjelaskan yang dia pergi ke ipoh dan membeli belah sehingga terluopa memeriksa panggilan telefon. Hariz mengajak Kayra makan bersama tapi Kayra menolak.

Hariz mengajak Kayra tidur tapi Kayra menolak dan menyuruh Hariz tidur dahulu. Kayra tak mampu memberi alasan lagi. Dia perlahan-lahan menhampiri Hariz. Sebaik Haruiz menyentuhnya, Kayra terkejut dan memberitahu yang dia tidak bersedia untuk buat apa-apa dengan Hariz. Kayra ingin tidur di bawah sahaja dan membiarkan Hariz tidur diatas katil.

Hariz berjanji dia tidak akan mengapa-apakn kayra dan Kayra boleh tidur diatas katil.


Ibu Kayra menasihatkan Kayra agar rajin-rajin memasak kerana Kayra sudah menjadi seorang isteri. Hariz meminta agar Kayra mengemaskan barang-barang sebelum pulang. Kayra meminta Haris pulang sendirian tanpanya tapi ibu Kayra melarang kerana tempat isteri adalah disisi suaminya. Kayra terpaksa mengalah ditambah pula kyara dan Haierlu membuat persiapan untuk majlis persandingan disebelah keluarga Hariz.

Sebelum pulang ayah Kayra memberitahu yang dia sayangkan Kayra. Walaupun ayaahnya tegas tapi Kayra tahu yang ayahnya sangat sayangkan dia.

Didlam kereta Kayra dan hariz berbincang tentang masa depan rumahtangga mereka. Kayra menjelaskan yang dia akan menjalan kan tugas sebagai isteri kecuali melahirkan anak untuk Hariz. Haris menolak cadangan Kayra kerana dia mahu zuriat bersam Kayra. Kayra mengatakan yang dia belum bersedia ke arah itu.



Sebaik sampai ke kuala Lumpur , Jenny menyambut Hariz dengan mesra dan terlupa tentang Kayra. Kayra hanya bersabar dengan sikap Jenny dan Hariz . Dia  benci melihat tingkah laku jenny dan Hariz . Tapi sebenarnya dia tidak kisah pun. Kayra masuk ke dalam rumah dan meminta orng gaji menyiapkan bilik tetamu untuk nya. dia mahu tidur di dalam bilik tetamu. 

Sebaik masuk ke dalam bilik Kayra terus baring dan berehat.



Tonton Bidadari Salju Episod 15

Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebagai - Hariz

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju


Memoir Rindu - Asmidar

Catat Komen

2 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)