Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 14

BIDADARI SALJU EPISOD 14Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don


Sinopsis Bidadari Salju Episod 14

Hariz sangat marah dengan Kayra. Dia menuduh Kayra mempunyai hubungan dengan Wan Hakimi. Kayra sangat marah dengan tuduhan Hariz dan melempar cincin tunang di depan Hariz. Kayra mengambil peluang ini untuk lebih menyakitkan hati Hariz. Hariz terkejut dengan tindakan Kayra . Dia kemudian berjalan untuk mengambil cincin yang dibuang Kayra. Tiba-tiba Kayra melihat sebuah Kayra menuju ke arah Hariz. Kayra terus menerpa ke arah Hariz dan menarik Tangan Hariz. 

Kayra terkejut dengan tindakan Hariz dan Hariz menerangkan yang cincin tersebut sangat penting baginya. Kayra mula sedikit demi sedikit menerima hariz dalam hatinya. Hariz sangat gembira dengan perubahan sikap Kayra selepas kejadian tersebut.

Hariz masuk ke pejabat dan terkejut melihat Darlina ada di dalam biliknya. Dia agak kurang selesa dengan kehadiran Darlina . Darlina memberitahu yang dia akan datang kerumah Hariz untuk makan malam atas jemputan ibu Hariz sendiri. Hariz terkejut dan mula risau jika Kayra berfikir yang bukan-bukan tentang kehadiran Darlina dirumah mereka.



Hariz kemudian nya bertemu dengan Kayra dan mengingatkan Kayra tentang makan malam di rumahnya . 

Kayra yang mengenakan gaun putih sudah bersedia untuk ke rumah Hariz. Kayra terpaksa menolak pelawaan yaya untuk makan malam dengan nya demi menghadiri makan malam dirumah Hariz. 

Sampai dirumah Haris Kayra diperkenalkan dengan keluarga Darlina dan Jenny,. Sepupu Hariz. 

selepas makan malam, Kayra keluar mengambil angin. Jenny dan Darlina datang kepada Kayra dan mula bercakap seolah-olah ingin menyakitkan hati Kayra. Jenny dan Darlina menuduh Kayra berkahwin dengan Hariz semata-mata kerana harta. Kayra bersetuju dengan kata-kata Jenny. Dia mengakui tidak sabar untuk berkahwin dengan Hariz dan mengikis harta Hariz. Jenny yang mendengar kata-kata Kayra sangat marah dan terus masuk ke dalam rumah. 


Hariz yang melihat Jenny berjalan sambil marah tertanya-tanya mengapa Jenny nampak marah . Hariz bertanya pada Kayra dan Kayra menyuruh Hariz bertanya sendiri pada Darlina yang berada disebelahnya. Darlina mula mengungkit-ungkit kisah ketika dia dan Hariz belajar di London dahulu. Hariz menyangkal segala kata-kata Darlina yang jelas sengaja berniat menyakitkan hati Kayra.  Jenny tiba-tiba datang semula memanggil Hariz masuk ke dalam bersamanya. 

Hariz yang ditarik secara paksa oleh Jenny terpaksa mengikut jenny dan meninggalkan Kayra sendirian di luar. 

Hariz menghantar kayra pulang ke rumah. Di hadapan rumah Kayra ,Yaya dan ayahnya menunggu Kayra . Hariz kurang senang dengan apa yang dilihat lagi-lagi apabila Yaya memanggil Kayra sebagai ibu. Hariz mula cemburu tapi apabila Kayra bercakap tentang Darlina dan Jenny yang berkepit dengan nya, membuatkan Hariz terdiam . Hariz sekali lagi meyakin kan Kayra yang hanya Kayra berada di hatinya.

Haris sedar sikap Kayra begitu terhadap nya kerana perbuatan nya sendiri. Dia Mahu menebus segala kekecewaan Kayra dengan membuatkan Kayra bahagia bersamanya.

Sampai dipejabat, Kayra bertemu dengan Hariz. Sebaik melihat Kayra, Hariz memanggil Kayra 'sayang' tapi Kayra melarang Hariz memanggil nya sayang di pejabat. Hariz hanya menurut kata kayra. Selepas habis perbincangan mengenai kerja, haris terus mengajak Kayra mencari baju pengantin. Tapi Kayra menolak kerana waktu bekerja dia tidak mahu mencampurkan urusan peribadi dengan urusan kerja.



Sampai dibutik pengantin Kayra masih rasa tidak percaya yang dia terpaksa berkahwin dengan Hariz, lelaki yang dia sangat benci satu ketika dahulu. Lelaki yang mengahncurkan zaman persekolahan nya.

Dihari pernikahan Kayra dan Hariz, Kayra menangis sedih dengan apa yang dilalui nya. Ibu Kayra yang memahami perasaan Kayra , meminta maaf kerana terpaksa melakukan semua itu . Ibu Kayra tahu yang Hariz mampu membahagiakan Kayra. Ibunya tahu satu hari nanti Kayra akan berterima kasih atas tindakan mereka menjodohkan Kayra dengan hariz.

Majlis perkahwinan Hariz dan Kayra berlangsung dengan lancar. Selepas majlis persandingan Kayra berjalan sambil menangis menuju ke sungai. Kayra duduk menangis mengenangkan apa yang terjadi. Dia sebenarnya masih belum sepenuh hati menerima Hariz. 

Hariz mencari-cari kemana Kayra manghilang. Sebaik masuk ke dalam bilik Haris melihat pesanan yang ditulis oleh Kayra agar jangan mencarinya. Hariz terkejut dan terduduk diatas katil.

Bersambung...




Tonton Bidadari Salju Episod 14

Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebagai - Hariz

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju


Memoir Rindu - Asmidar

Catat Komen

0 Ulasan