Gambar ini mungkin nampak biasa saja pada sesiapa yang melihatnya. Ianya cuma pemandangan 2 orang jurutera yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan yang rutin diatas sebuah kincir angin. Walaupun gambar ini kelihatan biasa, apa yang berlaku selepas ini cukup mengejutkan
Seperti hari-hari biasa, pada Oktober 2013, dua jurutera muda, berusia 19 dan 21 tahun, menaiki kincir angin setinggi 80 meter untuk melakukan beberapa kerja penyelenggaraan. Namun, apa yang mereka sangka menjadi pekerjaan rutin bagi mereka sebenarnya berubah menjadi malapetaka.
Menurut saksi , semasa mereka melakukan kerja-kerja diatas kincir angin, enjin turbin angin mengalimi litar pintas dan menyebabkan nyalaan api.
Api menyala dengan sangat cepat dan membakar struktur bahagian belakang kincir angin dalam hanya beberapa minit. Mereka berdua mula panik. Sama ada mati terbakar atau melompat ke ketinggian yang luar biasa dan mati.
Anggota bomba berusaha memadamkan api tetapi kerana terlalu tinggi menyebabkan mereka gagal melakukannya. Paling menyedihkan, melalui rakaman gambar ,mereka dilihat berpelukan satu sama lain dan hanya mampu menunggu ....
1 Ulasan
alaaa kesiannyaaa
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)