Di China seorang lelaki dan ibu bapanya telah bersetuju untuk berpindah keluar dari hospital Beijing setelah tinggal di hospital tersebut selama enam tahun, kerana pertikaian mengenai bil hospital dengan institusi perubatan tersebut.
Tak ada sesiapa yang suka ditahan di wad berhari-hati. Tapi berbeza dengan keluarga ini yang memilih untuk menetap di wad yang menempatkan anaknya . Bukan seminggu bukan dua minggu tapi selama 6 tahun 3 beranak ini tinggal di wad hospital malah menjadikan wad tersebut seperti rumah mereka sendiri.
Pada tahun 2014, Tian dimasukkan ke sebuah hospital besar di Beijing dengan gejala mual, muntah dan keadaan kaki yang tidak stabil. Dia sepatutnya ditahan di wad hanya beberapa hari setelah menjalani prosedur perubatan. Tetapi setelah berlaku perselisihan faham mengenai bil perubatannya, dia akhirnya memutuskan untuk tidak mahu keluar dari ward tersebut. Dia tinggal di sana selama enam tahun, bersama dengan orang tuanya.
Awalnya , Tian datang ke hospital dan mengeluh kerana mengalami mual dan muntah selama dua bulan, dan kaki yang tiba-tiba tidak stabil selama 9 hari. Ibu bapanya menemaninya dan tinggal bersamanya sepanjang tempoh dia mendapat rawatan kerana masalah kesihatannya. Tetapi ketika tiba waktunya dia dibenarkan keluar, Tian mengetahui bahawa dia harus membayar kos tempoh dia menetap di hospital tersebut. Dia menuduh pihak hospital sengaja menahannya lama di hospital dan mengenakan bil yang tinggi. Dia kemudian nya memutuskan untuk tidak keluar dari hospital tersebut.
Pihak hospital sudah beberapa kali membawa hal tersebut hingga ke mahkamah dan pada tahun 2019 mereka mengetepikan tuntutan untuk kos perubatan 1.26 juta yuan ($ 195,000) untuk membuat keluarga tersebut pergi.
Mereka memberikan bukti bahawa Tian tidak memerlukan perhatian perubatan lagi dan patut dikeluarkan dari wad hospital dengan alasan dia menggunakan sumber hospital yang dapat digunakan untuk merawat pesakit yang sepatutnya. Namun, tahun lalu Tian menentang dengan mendakwa pihak hospital melakukan kecuaian perubatan, dan kisahnya berlanjutan.
Minggu lalu, Hakim Luo Shengli dari Mahkamah Rakyat Daerah Xicheng Beijing memutuskan bahawa Tian dan ibu bapanya perlu meninggalkan wad hospital yang mereka duduki selama enam tahun dan mereka juga akan mendapat pampasan dari hospital.
Keluarga itu menerima 480,000 yuan ($ 73,000) dan bersetuju untuk keluar dari wad. Mereka dibawa pulang dengan ambulans hospital.
9 Ulasan
Gila lama... 6 tahun baru nak amik tindakan
BalasPadamini memang orang yang tak ada 'kemaluan'
BalasPadammak aihh ada juga org macam ni ya. haha.. Jemput join GA saya untuk menang wallet free original brand F.timber & Nichi :) http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html
BalasPadamada jgk orang macm ni yer..haha
BalasPadamAwak nak masuk hospital pun gerun...Inikan nak duduk lama2....
BalasPadamewah ewahhhh byk kekadak kau yaaa... nk benda free le tuuuu... siannnn perangai mcm ni baik mati je laaa
BalasPadampelik2 la warga dia ni
BalasPadamBila baca tajuk manusia perangai pelik macam ni....terbayang negara C..
BalasPadamJemput join GA saya
https://naimyart.blogspot.com/2021/01/giveaway-minyak-herba-asmak-by-kak-ecah.html
senang betul hidup mereka ni. buat macam rumah sendiri pulak siap angkut barang barang sekali. Dah suruh keluar dapat pampasan baru nak keluar.
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)