Advertisement

ads

10 TIPS TIPU BINI

10 TIPS TIPU BINI | Filem pertama terbitan penyanyi rock Awie kini ditayangkan di Astro First 480. Filem ini dibintangi oleh Awie, Khir Rahman, Joey Daud, Ropie, Elizabeth Tan, Vicha  dan ramai lagi.

Filem ini ditayangkan bermula 7 Januari 2021. 


Sinopsis 10 Tips Tipu Bini

Raffi terjaga dari tidurnya. Isterinya  terus-terusan membebal kerana dia bangun lewat. Raffi terkejut kerana jam tak berbunyi. Solat subuh pun tidak.Isterinya mengatakan yang Raffi tidur seperti terkena virus dan sudah tentu dialah yang terpaksa menghantar anak ke sekolah. Raffi bergegas bangun untuk bersiap ke tempat kerja. 

Isterinya yang sedang arobik hanya melihat Raffi bersiap penuh gaya untuk ke tempat kerja. Tanpa sepatah kata Raffi keluar menunggang motosikal berkuasa tinggi nya ke tempat kerja. Dalam perjalan dia melihat susuk tubuh menggoda berjalan sambil menutup muka yang terkena matahari . Raffi menegur 

"Hai dik Tunjuk la muka sikit.."

Lantas tuan punya susuk tubuh menoleh pada Raffi sambil menjawab

"apasal.?? Dah gersang sangat?"

suara garaunya memeranjatkan Raffi. Rupanya lelaki..

Raffi terdiam malu.


Datang seorang lelaki yang menunggang motosikal berhenti disebelah raffi. Lelaki tersebut bertanya pada Raffi sama ada dia seorang melayu dan beragama islam. Raffi mengangguk dan mengiyakan.

Lelaki tersebut lantas berkata."Kalau bikers mesti gambar binatang..kan? Letak la gambar senonoh sikit.Tak islamik langsung"

Raffi sekali lagi terpukul. Dia terdiam malu dan riak wajahnya seakan tidak puas hati dengan teguran kasar lelaki tersebut.Raffi meneruskan perjalanan nya ke tempat kerja.

Raffi menuju terus ke kedai makan dimana kawan-kawan sekerjanya sudah menunggu. Jepp dan Kay menegur Raffi yang datang lewat. Jepp mengatakan yang Raffi seorang yang liat. Tapi makrifatnya tinggi hingga tak bangun solat subuh.

Raffi yang terasa dengan sindiran Jepp meminta kedua sahabatnya itu makan daging tetel ketiak nya daripada mereka menfitnahnya.Kay bertanya mengapa Raffi lambat pagi itu . Tak seperti selalu. Raffi memeberitahu yang isterinya asyik membebel dari tengah malam sehingga masuk waktu imsak kerana marahkan Raffi yang ride bersama kawan-kawan nya.



Jepp hairan mengapa isteri Raffi marah sedangkan mereka pulang awal ke rumah.Raffi bertanya apakah isteri kedua sahabatnya itu tidak marah?

Kay membalas " Bini gua tak berani nak bising-bising. Kalau dia bising , sekali aku jegil.."

Hakikatnya..Kay sering dimarahi oleh isterinya yang sangat garang. Isteri Kaya memang tak suka Kay keluar dengan motorsikalnya bersama kawan-kawan sehingga mengabaikan tanggungjawab.

Kay beriya-iya menceritakan keberanian nya pada jepp dan Raffi. 

Jepp pulak bercerita perihal dirinya yang tak perlu tumbuk menumbuk untuk buat isterinya mendengar katanya.

Hakikat sebenarnya , Jepp sering menggunakan alasan untuk pergi menjalankan kerja-kerja amal ibadat untuk meyakin kan isterinya setiap kali dia keluar menunggang motorsikal bersama kawan-kawan. 

Kay dan Raffi betul-betul kagum dengan jepp dan meminta agar jepp berkongsi tips-tips yang dilakukan oleh Jepp. Kay mengakui dia mempunyai guru untuk mengajarnya bagaimana cara membuatkan isterinya percaya kepadanya.

Baru sahaja 3 sahabat ini hendak mula bergerak masuk ke pejabat tiba-tiba sebuah kereta melintas dihadapan mereka dan hampir-hampir melanggar mereka. Jepp terkejut dan menjerita bertanya" Bawak kereta pakai niat ke?"

Pintu kereta dibuka dan keluarlah 3 orang gadis cantik yang membuatkan mulut 3 sahabt itu berbuih,. Salah seorang dari gadis tersebut meminta maaf pada mereka bertiga.Terpegun dengan kecantikan 3 gadis itu, Raffi memaafkan mereka tidak kisah jika mereka masuk ICU akibat dilanggar.

Jepp mengakui dia tak boleh tengok perempuan yang berwajah seperti Raja Azura. salah seorang dari gadis tersebut meminta maaf kerana rakan nya yang memandu kereta itu baru sahaja mendapat lesen. Mereka bertiga juga baru hari pertama masuk kerja.

Dipejabat semasa mesyuarat ..


Pelakon

Awie

Ropie

Khir Rahman

Joey Daud

Vicha Saywo

Elizabeth Tan


Catat Komen

3 Ulasan

  1. kalau memang si Lizzy yang menggoda memang 100 tips pun orang akan cari hahahaha

    BalasPadam
  2. dalam watchlist ni, tunggu tenang2 sikit

    BalasPadam
  3. Wah tajuk.. mesti menarik ni sebab Tengok pelakonnya pun memang padai melucu.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)