Advertisement

ads

WANITA BELI LINGERIES TAPI SEGALANYA SUDAH TERLEWAT : SAYA SELEKEH DAN TAK PANDAI LAYAN SUAMI

WANITA  BELI LINGERIES TAPI SEGALANYA SUDAH TERLEWAT : SAYA SELEKEH DAN TAK PANDAI LAYAN SUAMI  | Besar tanggungjawab yang menanti kita bila kita dah berkahwin. Berkahwin bukan nya mudah. Berkahwin bukan untuk gembirakan diri sendiri dan bukan sekadar untuk mengubah status diri dari bujang kepada berkahwin. Tapi ianya penuh dengan rasa tanggungjawab dan tak semua orang mampu menggalas tanggungjawab tersebut. Ianya perlukan pengorbanan yang sangat besar.



Tanpa pengorbanan, karam lah bahtera rumahtangga yang dibina. Kena ada kerjasama dari dua-dua belah pihak iaitu suami dan isteri. Kedua-duanya kena memberi dan menerima.

Suami isteri juga perlu ada komunikasi yang baik. Tak perlu malu-malu atau pendam dalam hati dan mengharapkan pasangan sendiri tahu apa nak diberi kepada kita. Kita sendiri kena bagitau dia supaya dia faham.

Saya nak kongsikan satu kisah yang saya baca di twitter baru-baru ni. Seorang wanita membeli lingeries. Mungkin dia nak pakai semasa bersama dengan suaminya. 







Pesanan barang tersebut sudah dibayar dan pelanggan wanita tu memaklum kan pada seller supaya menunda  kiriman barang tersebut.

Selepas sebulan wanita tersebut sekali lagi menghubungi seller dan meminta agar seller tu membatalkan pesanan. Dia juga tak minta wang dikembalikan,

Nak tahu kenapa ? Ini jawapan nya yang sangat mengejutkan..



Wanita ini merasa menyesal kerana terlewat menyedari kekurangan dirinya yang tidak bertindak dari awal. Pengakhiran nya mereka terpaksa berpisah kerana orang ke tiga.



Mungkin bagi wanita soal melayan suami dianggap remeh apalagi jika suami tidak pernah merungut . Tapi bagi lelaki ianya memberi kesan besar dan boleh mempengaruhi mood rumahtangga mereka. kerana itu ada lelaki yang hanya diam dan bertindak mencari keseronokan di luar. 

Kenapa suami tersebut tidak berterus terang dan meminta isterinya berubah?

Ini kerana lelaki tersebut menganggap isterinya tidak berminat. Ini lah kesilapan paling besar dalam rumahtangga yang banyak pasangan buat. Mereka memilih untuk diam dan meneka. 

Mereka mungkin masih bersama jika masing-masing duduk berbincang diawal masalah ini berlaku lagi. Tapi segalanya sudah terlewat..



Catat Komen

4 Ulasan

  1. disebabkan x kawen lagi.. xnak komen lebih2.. tapi saya rasa ada betulnya kena jaga juga penampilan dan wangi2 selalu. tapi untuk dia diceraikan sbb tu sngt x adil.. hurm..

    BalasPadam
  2. takutnya cerita macam ni...

    BalasPadam
  3. saling menjaga keharmonian rumahtangga bersabar akan kekurangan masing2

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)