Advertisement

ads

WANITA BELGIUM MENGAKU SEBENARNYA DIA ADALAH AYAM

WANITA BELGIUM MENGAKU SEBENARNYA DIA ADALAH AYAM |  Doktor di KU Leuven University di Belgium baru-baru ini melaporkan kes pelik seorang wanita berusia 54 tahun yang yakin bahawa dia adalah seekor ayam dan buat sementara waktu dia berkelakuan seperti haiwan tersebut

Identiti wanita tersebut dirahsiakan. Dia sudah berkahwin dan dilaporkan memiliki pekerjaan yang stabil di farmasi dan tidak mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah atau alkohol sebelum mengalami perkara aneh itu. 



Suatu hari, abangnya datang ke rumah dan mendapati dia berkokok, dan beraksi seperti ayam jantan. Tidak tahu apa yang harus dilakukan, abang wanita itu membawanya ke hospital berdekatan, di mana wanita berusia 54 tahun itu memberitahu doktor bahawa dia merasakan dirinya adalah seekor ayam dan menggambarkan perasaan sensasi dibahagian kakinya.


Namun perkara tersebut berakhir apabila wanita tersebut mengalami sawan. Dia kembali kelihatan seperti dirinya yang asal. Namun dia tidak ingat akan masa sewaktu dia bertindak seperti ayam. Wanita tersebut merasa sangat  malu ketika keluarganya memberitahunya apa yang telah terjadi dan mengapa dia berada di hospital.

Keadaan ini dikenali sebagai zoanthropy  iaitu gangguan mental di mana seseorang merasakan dirinya adalah seekor haiwan atau keyakinan telah berubah menjadi binatang, adalah khayalan yang jarang berlaku.  Khayalan ini boleh berlaku dengan gangguan psikiatri tetapi juga boleh menjadi sekunder kepada gangguan struktur atau fungsi otak.

Dalam kes ini, satu-satunya kaitan yang mungkin berlaku adalah kemurungan yang dialami wanita itu berikutan kehilangan ahli keluarga yang disayangi.


Menurut kajian kes yang diterbitkan dalam jurnal Tijdschrift voor Psychiatrie , hanya terdapat 56 deskripsi kes zoanthropy dalam perubatan dan sejarah antara tahun 1850 dan 2012. Penyelidikan mengenai subjek ini menunjuk kan pesakit yakin  mereka adalah anjing , singa, harimau, dubuk, jerung, buaya, katak, lembu, kucing, angsa, badak, arnab, kuda, ular, burung, babi hutan, gerbil dan lebah.

Gejala zoanthropy dilaporkan boleh berlaku dari satu jam hingga beberapa tahun dan kes lebih banyak berlaku di kawasan luar bandar.

Catat Komen

4 Ulasan

  1. Biasa kalau macam ni jadi orang lain. Tapi yang ini menjadi ayam. Macam-macam boleh berlaku.

    BalasPadam
  2. hahahaah ya Allah kak Diana, sakit perut saya ketawa!

    BalasPadam
  3. ooh kene tnye dr zoo little nih., ;p

    BalasPadam
  4. Hahahaa..udah jadi ayam pula ^^^

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)