Advertisement

ads

UPIN IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL ASTRO FIRST

UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL FULL MOVIE | Filem animasi terbitan Les' Copaque ini dihasilkan dengan bajet rm5 juta dan merupakan filem termahal yang pernah dibuat. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 23 March 2019. selepas hampir setahun lebih tayangan nya di pawagam kini Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal boleh di tonton di saluran Astro First (480) bermula 3 Disember 2020 yang lalu.



Filem ini juga turut di tayangkan di pawagam luar negara seperti di Indonesia, China, Vietnam , Uzbekistan dan juga India. Malah filem animasi ini pernah tersenarai diantara 32 calon Filem animasi untuk anuugerah Oscar 2020.


Sinopsis Penuh Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal.

Atuk mengajak Upin dan Ipin mengemas di dalam stor milik nya. Mereka melihat banyak barangan lama didalam stor tersebut. Salah satu yang menarik ialah Keris yang bernama Keris Siamang Tunggal pemberian seorang tua kepada atuk Dalang. 

Sebaik sahaja Atuk keluar, Mail, Jarjit , Fizi , Mei Mei, Ehsan dan Susanti masuk ke dalam stor dan turut sama membantu mengemas stor Atuk Dalang. Tiba-tiba Ipin yang sedang beraksi seolah-oleh sedang memegang keris, berasa kotak yang dipijak seperti ada sesuatu di dalam nya.


Mereka kemudian nya membuka kotak tersebut dan menemui sebilah keris kecil.Mail cuba mengangkat keris tersebut tapi gagal. Upin dan ipin sama-sama cuba mengeluarkan keris dari kotak dan berjaya . Ehsan yang sedang asyik mengambil gambar keris tersebut terkejut kerana tiba-tiba muncul satu tulisan jawi pada hulu keris.

Upin membaca apa yang tertulis pada keris tersebut.

Dua Sinar sebagai petanda. Hilang Gelap datang cahaya.

Tiba-tiba keris tersebut meluncur dan berterbangan serta menghasilkan cahaya yang besar. Mereka semua seolah-oleh ditarik ke dalam cahaya tersebut. mereka terdampar di satu kawasan yang sangat asing dan penuh dengan pokok-pokok dan haiwan yang besar.



Angin bertiup dengan kencang dan mereka berterbangan di tiup angin. Apabila angin berhenti mereka melihat sebuah batu besar. Mereka mencari dimana Ipin,Susanti , Mail dan Fizi.

______________________________

Ipin, Mail fizi dan Susanti berusaha mencari jalan keluar.Sedang mereka berjalan mereka ternampak hulu keris tertanam di satu kawasan . Tiba-tiba muncul reriang yang banyak menyerang mereka. Mujur lah ketika itu datang seorang kanak-kanak lelaki membantu mereka menyelamatkan diri. Namanya Belalang.

Kumpulan reriang tersebut rupanya jelmaan dua lelaki yang kelihatan sangat marah dan ganas.Mereka ialah orang suruhan Raja Bersiong.

Belalang kemudian nya membawa Mail, ipin, fizi dan susanti kerumahnya


___________________________________

Didalam Istana Raja bersiong dapat merasakan Keris Siamang Tunggal kini kembali.  Raja Bersiong mengarahkan ahli nujum Inderaloka iaitu Nujum Pak Belalang, untuk mencari dimana keris yang boleh membahayakan nyawanya itu. 

Pak Belalang lari pulang kerumah kerana dia tahu nyawanya dalam bahaya jika dia tidak dapat mencari keris tersebut. Sampai dirumah dia melihat hulu keris ada pada Ipin. Tapi bilah kerisnya tiada. Dia juga terkejut kerana Ipin boleh mengangkat bilah keris itu. Sedangkan setahu Pak Belalang tidak ada sesiapa yang mampu mengangkat Bilah keris tersebut.

Pak Belalang dapat merasakan ada sesuatu yang sedang memerhatikan mereka. Dia menyembunyikan mereka di dalam bilik bawah tanah dan sempat mengingatkan Belalang agar menjaga Upin dan ipin serta berhati-hati jika bertemu dengan lelaki yang mempunyai kesan terbakar ditelinga nya.


____________________

Upin, Ehsan, jarjit dan Mei Mei bertemu dengan Abang Jenin. Abang Jenin lah yang menyelamatkan mereka keluar dari hutan yang pelik dan menakutkan. Abang Jenin behasrat untuk menjual sarung keris yang dibawa oleh Upin. Tapi Upin melarang dan tidak membenarkan ianya dijual.

Di pekan mereka bertemu dengan Mak Deruma dan ketua lanun. Mak Deruma suka memandang patung batu yang tersergam di tengah laut. Menurut abang Jenin, patung itu adalah anak mak Deruma, Si Tanggang yang disumpah kerana derhaka.

Upin bertanya pada Mak Deruma adakah dia sudah memaafkan Tanggang. Mak Deruma dengan sedih menjerit memanggil Tanggang. Mak Deruma memaafkan Tanggang. Sebaik sahaja Mak Deruma memaafkan Tanggang, kapal dan patung batu tersebut tenggelam ke dalam laut. 


Tiba-tiba awan menjadi gelap. Ketua lanun segera mengarahkan orang ramai pertahankan pantai . Mereka mula membuat tebing dengan batang pisang. Ikan todak akan menyerang pantai. Mak Deruma mengarahkan Upin dan kawan-kawan nya segera melarikan diri.

Raja bersiong kini sudah tahu yang keris Siamang tunggal ada pada Upin dan Ipin. Dia mengarahkan orang-orang suruhan nya untuk menangkap Upin dan Ipin.


Pelakon Upin Ipin Keris Siamang tunggal:

Asyiela Putri - Upin /Ipin

Ahmad Mawardi Abdul Rahman - Raja Bersiong

Ahmad Razuri Roseli - Pak Belalang

Mohd Amir Asyraf Mohd Noor Rashid - Mat Jenin

Fakhrul Razi - Nakhoda Ragam

Tang Ying Sowk - Mei Mei

Irfan Fahim - Belalang

Ernie Zakri - Bawang Merah/ Bawang Putih

Andhika Astari - Susanti

Muhammad Fareez Daniel - Ehsan

Tang Ying Sowk - Mei Mei

Muhammad Hafiz Hassan - Jarjit

Burhanuddin Md Radzi - Atuk

Rufaidah Mohamed Fadzil - Fizi

Siti Hasmah Taiban - Mak Deruma

Muhammad Musyrif Azzat - Mail

Catat Komen

4 Ulasan

  1. Kalau tak silap ada Ernie Zakri kan dalam movie ni. Excited lah nak tengok hihi

    BalasPadam
  2. Lama cerita ni nak keluar kat astro first.

    BalasPadam
  3. Anak-anak suka tengok ni upin ipin. Ngam cuti sekolah dah nak mula.

    BalasPadam
  4. Nak tengok movie ni. Nak kena cari online sebab xde astro. huhu

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)