Advertisement

ads

TIDUR DENGAN RAMBUT BASAH BOLEH MENGUNDANG PENYAKIT

TIDUR DENGAN RAMBUT BASAH BOLEH MENGUNDANG PENYAKIT |  Mencuci rambut memang digalak kan terutama jika rambut terlalu kerap terdedah dengan asap dan habuk. Kebanyakan dari kita lebih suka mencuci rambut di waktu malam atau pun sebelum tidur. Kerana waktu ini kita mempunyai masa terluang dan rasa lebih segar selepas mencuci rambut apatah lagi seharian bekerja di luar. Tidur juga menjadi lebih nyenyak selepas mencuci rambut.Betul tak?



Tapi adalah lebih baik jika selepas mencuci rambut, kita keringkan rambut dahulu sebelum kita tidur. Ini kerana tidur dengan rambut yang basah boleh mengundang masalah kesihatan.

1. Selsema

Kulit kepala yang basah akibat rambut basah akan menjadikan pertahanan tubuh menjadi lemah. Apatah lagi dengan cuaca yang sejuk pasti mudah untuk kita mendapat selsema.

2. Sakit kepala

Pening atau sakit kepala juga boleh berlaku akibat tidur dengan rambut basah. Ini disebabkan perubahan suhu mendadak pada kulit kepala dan kelembapan selama beberapa jam. Ini akan mempengaruhi sikurlasi darah di kepala dan menyebabkan rasa sakit kepala


3. Kulat

Kulat pada kulit kepala juga boleh berlaku apabila kita tidur dengan rambut yang basah. Ini disebabkan oleh bantal yang akan menjadi tempat sempurna bagi kulat dan bakteri yang akan muncul di kulit kepala.

Selain kulat, kelemumur jugak akan muncul. 

4. Rambut patah dan gugur

Bukan satu penyakit, tapi rambut patah dan gugur juga adalah satu masalah yang besar. Rambut akan kelihatan menipis dan kita akan nampak lebih tua.

Rambut basah berada pada keadaan dimana helaian rambit menjadi rapuh. Ketika kita tidur dengan rambut yang basah, akan berlaku geseran antara rambut dan bantal, yang membuatkan rambut mudah patah.

5. Sakit sendi atau myalgia

Rasa sakit pada sendi ketika sejuk yang terjadi akibat oleh perubahan suhu di sekitar kepala yang terjadi dalam jangka panjang. Oleh sebab itu, pastikan untuk tidak tidur dalam keadaan rambut basah.

Sumber:shape magazine

Catat Komen

6 Ulasan

  1. kawan say akene strik sebelah badan sebab tido dengan rambut basah

    BalasPadam
  2. ada pernah dengar jugak fakta ni

    BalasPadam
  3. bru tau.. mgkin sbb tu cik en sakit kepala teruk ritu.. skrg dh potong rambut pendek.. bru ok, cepat kering

    BalasPadam
  4. No wonder lah lately selalu sakit kepala. Dulu jarang tidur dengan rambut basah. Sejak busy ni kadang tak sedar dah tertidur huhu

    BalasPadam
  5. Baru tahu pasal ni. Thanks for the sharing kak diana!!

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)