Advertisement

ads

TERCIPTA SATU IKATAN EPISOD 1

TERCIPTA SATU IKATAN EPISOD 1 | Bermula 29 Disember 2020 Astro Ria menayangkan Drama Tercipta Satu Ikatan untuk slot Megadrama menggantikan drama Biar Merek cemburu yang baru saja berakhir. Drama ini menampilkan Hannah Delisha bersama Aeril Zafrel sebagai watak utama. Drama 20 episod ini adalah terbitan suhan Movies. Drama ini juga diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama karya Laydee Amarfee


 Sinopsis Tercipta Satu Ikatan Episod 1

Leanna berlari kecil tanpa sedar dia sedang diperhatikan. Sambil dijaga 2 pengawal peribadinya dia terus dengan aktivitnya pagi itu.Daniyal terus mengintip Leanna dari jauh.. Sudah 2 bulan dia memerhatikan Leanna dari jauh.

Daniyal mempunyai niat untuk menjatuhkan Dato Jefri dan J&I, syarikat milik bapa Leanna. Perancangan yang sangat rapi dilakukan oleh Daniyal. Mereka memandang rendah dengan kebolehan Leanna. Bagi Rissa , Leanna hanya gadis yang manja dan tidak berkebolehan menguruskan syarikat ayahnya.



Tapi Daniyal mengangkal kenyataan tersebut. Leanna mungkin nampak biasa tapi sebenarnya dia luar biasa. Sirhan hanya mendengar perbincangan Daniyal dan Rissa. Terus terang dia tidak mahu terlibat dengan rancangan  mereka. Dia takut jika Jefri melakukan sesuatu padanya.

Sirhan seorang Dj radio di Pop Fm. Dia menghubungi Rissa yang berada diluar negara. Sirhan menaruh perasaan pada Rissa. Tapi Rissa sebenarnya menyimpan perasaan pada Daniyal. Sirhan, Rissa dan Daniyal sudah berkawan baik sejak mereka kecil lagi.

Leanna melihat semua hadiah diatas mejanya. Bunga dan coklat yang dihadiahkan oleh ayahnya Jefri. Tapi hari itu dia mendapat bunga dan hadiah yang luar biasa. Dia sangka kan itu dari ayahnya tapi sebaik dibuka ianya adalah seekor cicak yang telah mati. Leanna menjerit ketakutan. Ternyata itu bukan hadiah dari ayahnya.

Jefri sangat risau dengan hadiah yang diterima Leanna. Dia memang menjaga Leanna dengan sebaik mungkin. Dia tak mahu anaknya mempunyai hubungan dengan orang yang dia tidak kenali. Leanna pulak anak yang ingin berdikari dan ingin kan kehidupan yang sama dengan orang lain. Dia ingin bebas kemana-mana dan membuat keputusan sendiri.

Jefri terkenangkan isterinya. Dia sudah berjanji akan menjaga Leanna sebaik mungkin. Selaga tiada sesiapa yang boleh menjaga Leanna , selagi itulah dia akan memegang tanggungjawab tersebut. Jefri meminta Leanna berjanji yang Leanna akan mendengar katanya.

Daniyal dan Rissa merancang sesuatu. Tapi Daniyal tidak mahu Rissa ikut campur dengan rancangan mereka. Daniyal tak mahu Rissa merosak kan perancangan mereka.



Leanna menerima tetamu hari itu, San , rakan baiknya yang sudah lama di tidak temui disebabkan ketegasan Jefri mengawal Leanna. San dan Leanna merancangan untuk kmenghabiskan masa bersama hari itu.. Kak Nida yang ditugaskan menjaga Leanna tidak mengizinkan Leanna dan San bertemu. Tapi setelah Leanna dan San memujuk Kak Nida, mereka dapat berbual bersama dengan syarat San mesti pulang sebelum ayah Leanna pulang.

San sangat memahami keadaan Leanna. Dia tahu yang ayah Leanna sangat tegas dan terlalu melindungi Leanna. Dia hanya mampu memujuk Leanna dan dalam masa yang sama dia mahu Leanna menjadi seperti gadis-gadis yang lain. Dia mahu Leanna terbang bebas memilih jalan hidup sendiri. Apa yang ayah Leanna lakukan adalah salah dan hidup Leanna tak ubah seperti patung yang dikawal.

Leanna seperti hanya menyerah dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. dia tak pernah mengeluh dengan keadaan nya kerana ayahnya sangat menjaganya dengan baik.

Kejadian Leanna mendapat hadiah tempoh hari membuatkan Dato Jefri sangat marah. Dia menyalahkan pengawal peribadi yang diupah kerana terlepas pandang dengan perkara tersebut. 

Daniyal bertemu Dato Jefri di pejabat. Dia ingin terlibat dalam salah satu projek Dato Jefri.Dia cuba meyakinkan Dato Jefri tentang kebolehan nya. Dia meyakin nya yang projek tersebut memberi keuntungan kepada Dato Jefri untuk jangka masa panjang.


Dato Jefri nampaknya berminat untuk bekerjasama dengan Daniyal. Daniyal mencadangkan satu penempatan untuk memulakan projek. Tapi malangnya beberapa penduduk menolak untuk bekerjasama. Penduduk meminta untuk didirikan masjid sebagai tanda penghargaan. Daniyal bertanya jika Dato Jefri mempunyai solusi lain untuk menyekat kemahuan penduduk. Tapi Dato Jefri mengarahkan agar Daniyal menurut sahaja kehendak penduduk kerana dia sudah cuci tangan dari melakukan penganiyaan untuk mendapatkan tapak projek.

Daniyal hanya memandang sinis pada Dato Jefri. dia tidak menyangka itu jawapan Dato Jefri. Lelaki yang dikenalinya dengan sikap tamak dan saggup melakukan apa saja. Daniyal bertanya jika Dato mahu dia mengupah Gangster. Tapi Dato Jefri menolak dan menganggap pembinaan masjid sebagai saham akhirat.

Daniyal tertanya-tanya kenapa Jefri sudah berubah. Dia semakin benci dan marah dengan Dato Jefri. Sirhan mengucapkan tahniah atas kejayaan Daniyal masuk ke dalam J&I. Tapi Daniyal berharap yang Sirhan tidak memberitahu Rissa kerana dia tahu Rissa akan memusnahkan impian dan dendam nya. Sirhan hairan kerana perancangan awal adalah anatar mereka bertiga. mengapa kali ini Daniyal hanya mahu melakukan nya sendiri.

Dato Jefri menceritakan tentang Daniyal kepada Leanna. Dia yakin dan kagum dengan Daniyal. Leanna menasihatkan ayahnya agar jangan terlalu percayakan sesiapa. Dato Jefri suka dengan semangat Daniyal dan  dia mempelawa Daniyal untuk makan malam dengan nya. Dia memperkenalkan Daniyal pada Leanna. 



Pertama Kali melihat  Daniyal, Leanna sudah jatuh hati pada Daniyal. Dia senang dengan kehadiran Daniyal menceriakan hidup ayahnya. Daniyal juga menunjuk kan minat terhadap Leanna. Ianya disedari Dato Jefri.

Selepas makan malam, Leanna meminta diri untuk mengambil angin diluar. Tiba-tiba Daniyal muncul di belakangnya dan mula berbual dengan Leanna. Leanna bertanya apa niat Daniyal untuk rapat dengan Ayahnya. Daniyal menjawab " You". Leanna tersenyum malu. dalam masa sama dia kagum kerana Daniyal sangat berani berterus terang . 

Daniyal mengatakan yang dia tak mahu lepaskan peluang ini. Dia takut jika peluang ini akan terlepas jika dia tidak bertindak cepat.Tapi Leanna menjelaskan dia tidak mengenali Daniyal. Daniyal menjawab yang mereka akan saing mengenali. Daniyal bersikap romantis dan melindungi Leanna. Membuatkan Leanna semakin senang dengan Daniyal.

Daniyal mengingatkan Rissa dan Sirhan bahawa matlamat mereka adalah Jefri. Bukan Leanna. dia juga menjelaskan pada mereka Jefri hanya menganggap Leanna sebagai aset dan bukan nya pewaris.Leanna tidak tahu kedudukan dirinya yang sebenar.

Untuk memperkuatkan rancangan mereka muncul Zhafran...

Bersambung..

Tonton Tercipta Satu Ikatan Episod 1

Pelakon Tercipta Satu Ikatan 

Aeril Zafrel - Daniyal
Hannah Delisha - Leanna
Sophia Barakbah - Risa
Nadhir Nasar - Sirhan
Fyda - Qish


Soundtrack Drama Tercipta Satu Ikatan 

Kesempatan Bagi Mu - Adira suhaimi


Lirik Lagu Kesempatan Bagimu - Adira Suhaimi

Artist: Adira Suhaimi
Song : Kesempatan Bagimu
Penulis lirik: Ikhwan Fatanna & Arisz Ab Rahman (Nova Music (M) SDN BHD)
Komposer: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh (Nova Music (M) SDN BHD


Apakah cinta bagimu
Hanyalah satu permainan
Airmata mengalir lesu
Hanya dendam yg tertanam

Usah coba ungkapkan cinta
Walaupun kini telah kau sedar

Chorus : 
Masihkah ada kesempatan utk kita berdua
Kembali bersama menuju bahagia....
Masihkah perlu ada ruang d hati buat dirimu
Yg dulu pernah menyakiti cinta ini

Tersimpan di lubuk hati
Semua kata yang kau dustakan
Kecewa dirundung sepi
Tidak tertanggung bebanan

Usah coba ungkapkan cinta
Walaupun kini telah kau sedar

*Chorus

Jika cinta ini tlah direstui
Ku harap ia cinta sejati oh~
Hanya pada tuhan kuserahkan jiwa
Dialah penentu arahnya cinta kita

*Chorus ....

Hoo~

Apakah cinta bagimu
Hanyalah satu permainan
Airmata mengalir lesu
Hanya dendam yang tertanam


Catat Komen

0 Ulasan