Advertisement

ads

TAHUKAH ANDA PEMBUNUH BERSIRI TERMUDA DI DUNIA HANYA BERUSIA 8 TAHUN

TAHUKAH ANDA PEMBUNUH BERSIRI TERMUDA DI DUNIA HANYA BERUSIA 8 TAHUN | Saya selalu mengingatkan ramai ibu bapa agar jangan pandang ringan jika melihat anak atau orang terdekat mereka yang masih kecil tapi bertingkah ganas dan kasar terhadap orang lain. Boleh jadi juga anak kecil yang suka mengasari haiwan. Jika tidak dibendung ini akan membuatkan anak kecil itu kekal dengan sifat ganas dan kasar nya. 

Semoga kisah pembunuh bersiri paling muda didunia ini menjadi iktibar untuk semua ibu bapa.



Kanak-kanak yang kelihatan polos ini dikenali sebagai Amarjeet Sada. Dia dilahirkan pada tahun 1998 di daerah Begusarai di Bihar, India. Kemudian keluarganya berpindah ke kampung Mushahari. Keluarga nya sangat miskin. Bapa Amarjeet ialah seorang petani pendapatan tetap dan sering ketiadaan wang.

Tahun 2007: Telefon di balai polis Bhagavanpur di Bihar terus berdering. Anggota polis yang bertugas pada hari itu tentu tidak menyangka mereka akan berdepan dengan satu kes yang mengerikan. Panggilan telefon tersebut datang dari sebuah dusun kecil di Bihar. 


Penduduk kampung memberitahu polis bahawa mereka telah menangkap seorang pembunuh yang kejam. Mereka meminta polis datang ke kampung untuk menangkap pembunuhnya. Polis segera bergegas ke kampung itu. 

Ketika itulah dunia mengetahui tentang pembunuh bersiri termuda di dunia. Penduduk kampung telah menyerahkan seorang budak lelaki berusia 8 tahun bernama Amarjeet Sada sebagai pembunuh dan suspek utama kepada pihak polis. Ketika dibawa ke balai polis, anak kecil ini langsung tidak menunjuk kan rasa bersalah,takut, sedih atau marah.

Polis pada awalnya mempertikaikan tindakan penduduk kampung dan bertanya bagaimana seorang kanak-kanak dapat melakukan kejahatan sekeji itu. Mereka tidak percaya bahawa budak lelaki yang kelihatan tidak bersalah itu berada di sebalik  beberapa siri pembunuhan yang berlaku di kampung tersebut. 

Kanak-kanak itu langsung tidak terganggu atau takut ketika dia menjelaskan bagaimana dia melakukan semua pembunuhan itu. Anggota polis sendiri kelihatan bimbang dan terkejut mendengar Amarjeet mengaku melakukan kejahatannya.

Yang paling mengejutkan mereka adalah kenyataan bahawa mangsa Amrjeet adalah bayi perempuan berusia enam bulan. Seorang wanita bernama Chung Chung Devi telah menidurkan anaknya disebuah sekolah. Dia kemudian nya pulang ke rumah sebenatar untuk melakukan sesuatu

Ketika dia kembali semula ke sekolah, dia tidak menemui anak perempuannya, Khushboo.  Pada waktu itu Amarjeet sudah mencekik bayi berkenaan sehingga mati. Ketika penduduk menangkapnya dan menyoal tindakan nya, Amarjeet mengaku tanpa menunjukkan sedikit pun rasa penyesalan.


Itu bukanlah kali pertama dia melakukan pembunuhan. Dia mengaku bahawa dia sebelumnya telah membunuh dua lagi bayi berusia antara 6 bulan hingga setahun. Amarjeet baru berusia 7 tahun ketika dia membunuh buat kali pertama. Labih mengejutkan lagi Amarjeet mengaku membunuh adiknya sendiri yang baru berusia satu tahun. 

Watu itu Amarjeet membawa adiknya ke ladang yang sunyi dan pulang kerumah tanpa adiknya. Ketika keluarganya bertanya kepadanya di mana adiknya, dia membawa mereka ke ladang dan menunjukkan mayat yang ditutupi rumput dan daun kering. Selepas kejadian tersebut sepupunya juga dibunuh oleh Amarjeet.

Disebabkan tidak ada akta untuk menghukum penjenayah bawah umur seperti Amarjeet, dia hanya dihukum penjara selama 3 tahun. Kemudian nya dia dirawat disebuah hospital sakit jiwa. Dia kemudian nya dihantar kerumah perlindungan kanak-kanak.Sehingga sekarang ramai yang tidak tahu dimana dia berada. Ini menimbulkan kerisauan pada masyarakat setempat.


Catat Komen

5 Ulasan

  1. Seram pulak bila teringat budak-budak ganas yang zumal kenal 😱

    BalasPadam
  2. Pernah baca pasal kes ini, dan ada beberapa kes pembunuhan kanak-kanak... bila di tanya mereka sangat santai tanpa rasa bersalah

    BalasPadam
  3. Sekarang dia berusia 22 tahun. Ya Allah. Mengerikan.

    BalasPadam
  4. semacam muka dia..entah ape jd kat dia skg..

    BalasPadam
  5. Mesti dia ada masalah mental. Kesiannya kecik lagi.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)