SINOPSIS FILEM MIIMALAND LAKONAN FATAH AMIN | Miimaland ialah sebuah filem seram Malaysia 2020. Mimaland ialah taman tema air sebenar di Gombak, Kuala Lumpur yang dibuka dari 1974 hingga 1994. Dianggap tidak selamat lagi untuk pengunjung, taman ini terpaksa ditutup pada tahun 1994 dan dibiarkan terbengkalai. Filem ini diarahkan oleh Nevin Hiong dan boleh di tonton di saluran Astro First.
Sinopsis
Sebuah team produksi terlibat dalam kemalangan dan hanya seorang sahaja yang selamat dari kemalangan tersebut.
Ariel mengetuai sebuah projek taman tema terbiar. Dia bersama Jimmy bekerja sama untuk projek tersebut. Bagi Ariel ini lah projek paling besar yang pernah dilakukan. Elize, isteri Ariel juga turut sama dalam projek taman teman tersebut.
Untuk projek ini Jimmy menerangkan mereka akan melalui 5 check point. Setiap check point , mereka perlu melakukan beberapa tugasan untuk mendapatkan hadiah.
Untuk tugasan pertama 2 wanita korea dipilih untuk menaiki sampan dan berfoto. Sewaktu mengambil gambar muncul makhluk aneh dan menyeramkan dari atas sampan.
Untuk Check point ke dua mereka perlu selfie seperti orang kena gantung. Tugasan tersebut hampir meragut nyawa salah seorang dari mereka.Elize yang berasa seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku meminta agar mereka menghentikan projek tersebut tetapi Ariel tidak bersetuju.
Selepas kejadian tersebut bermula lah berbagai gangguan yang dilalui setiap dari mereka..
Rating Filem Miimaland: 4/10
Pelakon:
Fattah Amin
Sophia Albarakbah
Camelia Natasya kmn
Hazzy Alzeeq
Zalif Sidek
5 Ulasan
4/10??? Nangis sebelum tengok
BalasPadamrating 4/10 je.. boleh la setakat download untuk tengok. kalau nak beli tu rasa krik krik sangat
BalasPadammenyesal abe kie download n tonton... x faham jln ceritanya. plot mcm terlompat2 plak. ke sana ke sini.
BalasPadamIngat kan Fattah Amin dah tak berlakon lagi hehehe
BalasPadamLama sangat tak tengok lakonan Fattah Amin setelah dikatakan lakonannya kaku.
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)