SEPAHTU REUNION LIVE 2020 MINGGU 8 (JANGAN TINGGAL DAKU ) | Sepahtu Reunion kembali lagi dengan musim ke dua. Tajuk persembahan pada minggu ke 8 ialah Jangan Tinggal Daku . Sepahtu Reunion disiarkan setiap setiap Khamis jam 9.00 malam di Astro Warna (107). Untuk minggu ini artis undangan ialah Maya Karin dan penampilan istimewa Ruminah Sidek.
Sinopsis:
Aiman seorang bekas pilot yang diberhentikan kerja kerana mengidap kanser prostat tahap 4. Dia hanya bergantung kepada isterinya Zureen yang terpaksa keluar bekerja setiap hari. Zureen seorang yang tidak menghormati Aiman sebagai suami.
Aiman telah dibuang keluarga kerana berkahwin dengan Zureen..Sejak itu ayahnya, Hj Mokhtar tidak mahu ambil tahu tentang keadaan Aiman. Hanya farid, adiknya yang datang bertanya khabar.
Zureen kembali berhubung dengan bekas kekasihnya Zikri. Hj Makhtor dan Farid mengetahui hubungan Zureen dan Zikri . Mereka memarahi Zureen tapi Zureen langsung tak mahu berubah.
Zureen malah meminta cerai dari Aiman kerana inginkan kebebasan dan mengikut Zikri.
Watak:
Shuib -Aiman
Jepp - farid
Pak Ya - Hj Mokhtar
Rahim - Zikri
Maya Karin -Zureen
Ruminah Sidek - Tunang Zikri
6 Ulasan
Tak pernah tak tengok Sepahtu Reunion ni.. Sebab memang lawak + ada nasihat di dalamnya. Sometimes kalau serabut dengan kerja-kerja dapat jugak release tension tonton cite2 lawak macam ni
BalasPadamSuka tengok. Masing-masing ada daya tarikan sendiri-sendiri. Dalam santai banyak input positif diberikan.
BalasPadamAs usual jep banyak memberi. hehe
BalasPadamthank u for sharing!
BalasPadamsuka tengok sepahtu sebab Jep. kalau ada artis jemputan yang jenis spontan lagi best. cerita bertambah rancak ;)
BalasPadammujur masih ada lawak minggu ni. sedih sikit episod minggu ni.
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)