SEPAHTU REUNION LIVE 2020 MINGGU 10 ( HIPNOSIS CINTA) | Sepahtu Reunion kembali lagi dengan musim ke dua. Tajuk persembahan pada minggu ke 10 ialah Hipnosis Cinta. Sepahtu Reunion disiarkan setiap setiap Khamis jam 9.00 malam di Astro Warna (107). Untuk minggu ini artis undangan ialah Oktovia Manrose dan penampilan istimewa Muss May
Sinopsis
Haji Roy baru pulang dari menunaikan umrah. Dia suka merasa bangga diri disebabkan kerap ke mekah. Dia juga suka memandang rendah pada orang-orang seperti Ramli.
Ramli seorang lelaki yang dianggap tak siuman oleh orang kampung. Dia suka marayau di sekitar kampung. Tapi kata-katanya sangat jujur dan "makan dalam" .
Haji Roy sebenarnya menyimpan perasaan pada Aisyah, Anak Tok Musa. Dia sempat memberikan rantai pada Aisyah. Awalnya Aisyah takut-takut untuk menerima hadiah Hj Roy. Tapi selepas diyakini Hj Roy, Aisyah menerimanya.
Aisyah pula sebenarnya sukakan Amir. Aisyah memberitahu Amir yang Hj Roy ada memberikan nya rantai. Tapi hati Aisyah tiba-tiba berubah selepas memakai rantai yang diberikan oleh Hj Roy.
Watak:
Rahim - Haji Roy
Jep - Pak Ramli
Shuib - Amir
Pak Ya - Tok Musa
Oktovia Manrose - Aisyah
Mus May - Tok Kadi
4 Ulasan
memang banyak ide lawak mrk ni
BalasPadampelik macam mana diorang boleh sentiasa generate idea
BalasPadamCutenya tok kadi haha
BalasPadamMereka ni bila bercakap bersahaja tapi deep.
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)