Advertisement

ads

SAKA NAN SEPI FULL MOVIE

SAKA NAN SEPI FULL MOVIE | Filem seram komedi Saka Nan Sepi bersiaran di Astro First bermula 10 Disember 2020. Filem ini menampilkanSyafiq Kyle, Sherry Alhadad , Namron dan Mimi Lana sebagi teraju utama. 


Sinopsis Saka Nan Sepi

Saka Nan Sepi mengisahkan Othman yang berniat untuk memperbaiki hubungan Zaiton dan anak-anaknya dengan membawa keluarganya  pergi berkhemah di dalam hutan. Selepas kematian Isterinya , Othman berkahwin dengan Zaiton tapi anak-anak tidak menyukai Zaiton.

Othman yang sibuk mendirikan khemah manakala anak lelakinya nya Sufian hanya sibuk bermain games.

Isterinya Zaiton sudah membayangkan aktiviti perkhemahan yang menarik malangnya ia tidak lah seperti yang disangkakan malah Zaiton dan Sofian bertengkar seperti biasa berpunca dari sikap malas Sufian.


Rozi, anak perempuan Othman lebih suka menyendiri. Tanpa sedar rozi sedang diperhatikan oleh satu makhluk halus yang bersembunyi di sebalik pokok. makhluk halus itu sangat tertarik dengan Rozi.

Rozi sangat terkejut apabila makhluk halus itu muncul di hadapan nya. Di menjerit ketakutan. Makhluk halus yang panik terus masuk ke dalam tubuh Rozi. Othman dan Zaiton yang mendengar zuara Rozi menjerit terus bergegas mendapatkan Rozi yang sudah pengsan.


Selepas Rozi sedar dari pengsan, sikapnya terus berubah. Dia mudah tersenyum dan mengikut kata.

Risau bercampur takut dengan keadaan Rozi yang berubah, mereka membawa Rozy berjumpa dengan doktor. Tapi Doktor mengesahkan yang Rozy sihat dan tidak mempunyai apa-apa sakit. Doktor tersebut mencadangkan Keluarga Othman membawa Rozy berjumpa Tok kasim seorang pengamal perubatan tradisonal.

Selepas Tok Kasim berjaya menyembuhkan Rozi, keluarga Othman pun pulang ke rumah. Tapi Tok Kasim mengarahkan makhluk yang merasuk Rozy terus mengekori keluarga itu dan menghantui keluarga tersebut. Ini supaya keluarga tersebut kembali untuk berubat dengan nya.

Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton, Sufian dan Rozi mula nampak kelibat makhluk tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan. Sekaligus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti. 


Ketakutan mereka hilang apabila mereka tahu makhkluk halus itu adalah dari Jin yang baik. Mereka mula menerimanya tambahan pulak makhluk tersebut  takutkan kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu.

Makhluk halus itu kemudian nya diberi nama Girlboy. Melihatkan girlboy diterima baik dalam keluarga Othman, Tok Kassim kembali untuk mendapatkan Girlboy kembali.


pelakon

Syafiq Kyle

Mimi Lana

Sherry Al Hadad

Namron

Ayie Hushairi Husain

Han Zalini






Catat Komen

3 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)