PANGGUNG KAROOT 2020 EPISOD 4 ( HABUK PUN TAK DE & SIAPA SAMPAH ) | PANGGUNG KAROOT akan membawa konsep Dikir Barat , Sketsa dan Cerita-Cerita Malaysia dalam satu program yang akan dipenuhi gelak ketawa sepanjang rancangan bersiaran.
Rancangan Astro Warna kali ini, lain daripada lain kerana Panggung Karoot akan mempunyai 2 tukang karot, pelawak, penyanyi dan pelakon terkenal di dalam satu pentas yang sama. Program ini juga mengetengahkan pelakon lama dan pelakon baru dalam satu sketsa yang jarang-jarang kita tonton. Untuk minggu ke 4 ini Panggung Karoot akan membawa sketsa bertajuk Habuk Pun Tak De dan Siapa Sampah .
Minggu ini Sahabat Panggung Karoot menampilkan Roti Canai Terbang
Sinopsis Sketsa 1 - Habuk Pun Tak De
Ghani mempunyai 2 orang anak lelaki, Salim dan Zaki. Tapi kedua-dua anaknya tak mahu menjaga Ghani yang semakin tua. Ghani dianggap menyusahkan mereka .
Satu hari datang seorang peguam menemui Ghani. Menurut peguam tersebut ada wasiat yang ditinggalkan untuk Ghani. Anak dan menantu Ghani mula berlagak seolah-oleh mengambil berat tentang Ghani. mereka berebut untuk menjaga Ghani.
Segala kemahuan Ghani diturutkan anak dan menantunya. Semuanya demi harta yang bakal diwarisi Ghani.
Watak
Ebby Yus - Ghani
Sharifah Shahira - Sarah
Naim Daniel - Zaki
Azar Azmi - Aqiqah
Rosyam Nor - Salim
Atu - Peguam
Sinopsis Sketsa 2 -Siapa Sampah
Taha dan Saiful 2 pemuda yang bekerja sebagai pengumpul barang terbuang. Mereka berdua mempunyai perasaan pada anak gadis Pak Abu bernama Hani.
Pak Abu seorang lelaki kaya yang sombong. Disebabkan kekayaannya dia sangat suka memandang rendah pada Taha dan Saiful.
Dalam pada itu Pak Mansur juga menaruh hati pada Hani. Mansur seorang lelaki tua yang kaya dan mempunyai perniagaan roti. Bagi Pak Abu anak nya seorang yang sangat baik dan tidak sepadan dengan lelaki-lelaki dikampung itu.
Dibelakang Pak Abu Hani sebenarnya seorang gadis yang liar dan mempunyai teman lelaki. Taha dan Saiful yang mengetahui perkara tersebut terus ke rumah Pak Abu untuk mengadu tentang apa yang mereka lihat.
Pak Abu yang terkejut terus bergegas pulang ke rumah. Alangkah terkejutnya Pak Abu apabila mendapati anak gadisnya , Hani sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk.
Watak
Naim Daniel - Taha
Atu - Saiful
Sharifah Shahira - Mak Bedah
Rosyam Nor - Pak Abu
Ebby Yus - Pak Mansur
Azar Azmi - Hani
4 Ulasan
Baru tengok 2 episod, boleh lah..
BalasPadammenarik
BalasPadamlawak2 hepi tonton
BalasPadamWah bagus kayaknya nih, salam dari indonesia
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)