PANGGUNG KAROOT 2020 EPISOD 3 ( KENA GETAH & ADA APA DENGAN BUAH ) | PANGGUNG KAROOT akan membawa konsep Dikir Barat , Sketsa dan Cerita-Cerita Malaysia dalam satu program yang akan dipenuhi gelak ketawa sepanjang rancangan bersiaran.
Rancangan Astro Warna kali ini, lain daripada lain kerana Panggung Karoot akan mempunyai 2 tukang karot, pelawak, penyanyi dan pelakon terkenal di dalam satu pentas yang sama. Program ini juga mengetengahkan pelakon lama dan pelakon baru dalam satu sketsa yang jarang-jarang kita tonton. Untuk minggu ini Panggung Karoot akan membawa sketsa bertajuk Kena Getah dan Ada Apa Dengan Buah .
Minggu ini Sahabat Panggung Karoot menampilkan Nerf Sqwad, sebuah kumpulan akrobatic yang terdiri dari 5 orang anak muda.
Sinopsis Sketsa 1- Kena Getah
Suasana 6 bulan sebelum Merdeka - Nasir dan intan sepasang suami isteri yang baru berkahwin. Tapi hubungan intan dan ibu mertuanya, Munah, tidak berapa baik kerana Intan merasakan Munah melayan nya dengan buruk. Ketika Intan sedang mengadu kesedihaan nya kepada Nasir , Ajib terdengan apa yang Intan adukan.
Ajib yang memang bermulut tempayan pergi mengadu kepada Munah tentang apa yang dia dengar. Munah pun datang bersemuka dengan Intan dan memarahi Intan
Hamid , bapa kepada Intan tidak berpuas hati dengan apa yang Munah katakan seumpama menghina anaknya.
Munah mempunyai hubungan baik dengan Wahab seorang peraih getah. Wahab sebenarnya mempunyai hati pada Munah. Dia juga kerap melaga-lagakan Munah dan Hamid supaya hubungan Munah dan hamid bertambah buruk.
Watak
Naim Daniel - nasir
Nabila Razali - Intan
Joey Daud - Ajib
Ebby Yus - Hamid
Azar Azmi - Munah
Dato Rosyam Nor - Wahab
Sinopsis Sketsa 2-
Sahak dan Yazid dua pemuda kampung yang terlibat dengan aktiviti penagihan dadah. Mereka sering mendapat bekalan dadah dari Nizam yang bertindak sebagai pengedar.
Ketika mereka sedang berada di tempat mereka menagih, tiba-tiba seorang lelaki muncul. Lelaki tersebut mengenalkan diri sebagai Idris.
Pada awalnya Sahak dan Yazid mencurigai Idris. Mereka takut jika Idris seorang anggota polis yang menyamar. Akhirnya mereka mempercayai Idris.
Watak
Joey Daud - Yazid
Naim Daniel - Nizam
Ebby Yus - Sahak
Dato Rosyam Nor - Idris
Azar Azmi - Ros
Nabila Razali - Taukey ABC
2 Ulasan
Dana rasa panggung karoot kali ini macam agak kureng best ...
BalasPadamBelum sempat layan lagi..bosan-bosan boleh lah tengok.
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)