Advertisement

ads

PANGGUNG KAROOT 2020 EPISOD 2 ( ANAK AKU HEBAT & PESAKIT 69 )

PANGGUNG KAROOT 2020 EPISOD 2 ( ANAK AKU HEBAT & PESAKIT 69 )PANGGUNG KAROOT akan membawa konsep Dikir Barat , Sketsa dan Cerita-Cerita Malaysia dalam satu program yang akan dipenuhi gelak ketawa sepanjang rancangan bersiaran.



Rancangan Astro Warna kali ini, lain daripada lain kerana Panggung Karoot akan mempunyai 2 tukang karot, pelawak, penyanyi dan pelakon terkenal di dalam satu pentas yang sama. Program ini juga mengetengahkan pelakon lama dan pelakon baru dalam satu sketsa yang jarang-jarang kita tonton. Untuk minggu ini Panggung Karoot akan membawa sketsa bertajuk Anak Aku hebat dan Pesakit 69 .

Minggu ini Sahabat Panggung Karoot menampilkan Adik Pyu Arjuna Sukma, seorang Tok Dalang junior berusia 6 tahun.



Sinopsis sketsa 1 - Anak Aku hebat 

Bakar seorang lelaki yang mempunyai 3 orang anak. Sofian , Hana dan Hafiz. Sofian dan hana mempunyai pekerjaan yang baik tapi Hafiz terlibat dengan penagihan dadah. Dia sering dipandang rendah oleh Hana dan Sofian.


Bakar juga bukan lah seorang ayah yang sempurna. Dia terlibat dengan kes samun dan rompak sejak dulu lagi. Bakar mempunyai seorang kawan baik bernama Jani.

Satu hari sekali lagi Bakar di tangkap polis. Bakar meminta pertolongan Hana dan Sofian tapi demi tanggungjawab dan tugas Hana dan Sofian tak mampu untuk membantu Bakar yang di tahan polis.




Watak

Ebby Yus - Sofian

Azar Azami - Hana

Mat Over - Bakar

Dato Rosyam Nor - Hafiz

Naim Daniel - Jani


Sinopsis Sketsa 2 - Pesakit 69

Hajar dan isa sepasang semua isteri berjumpa doktor Lisa untuk mendapat kan rawatan . Ketika sedang menunggu untuk mengambil ubat, Isa berbual dengan Amran. Amran mengatakan mungkin Isa terkena buatan orang.

Amran mencadangkan isa bertemu seorang bomoh bernama Pak karim. Isa disarankan membawa rendang ayam dan pulut kuning. 

Malam itu Isa dan Hajar pun pergi lah berjumpa Bomoh karim. Pulang dari rumah bomoh karim mereka sangkakan sakit Isa akan berkurangan tapi sakitnya bertambah teruk. 



Watak

Wan Sharmila - Dr Lisa

Naim Daniel - Isa

Azar Azmi - Hajar

Dato Rosyam Nor - Amran

Ebby Yus- Bomoh Karim


Tonton Panggung Karoot 2020 Episod 2

Catat Komen

0 Ulasan