Advertisement

ads

NETIZEN KONSI PENCAPAIAN TERBAIK SEPANJANG 2020

NETIZEN KONSI PENCAPAIAN TERBAIK SEPANJANG 2020 | Hari terakhir kita di tahun 2020. Tahun yang ramai dari kita mahu ianya cepat berlalu. Kalau masa kita kecil dahulu, tahun 2020 adalah tahun yang paling ditunggu-tunggu. Tapi bila dah masuk 2020, ternyata ada banyak pahit manis yang kita semua lalui sepanjang 2020 ini berbanding tahun-tahun yang lalu.

Salah satu yang paling memberi kesan dalam hidup kita ialah pandemik covid 19 yang sehingga sekarang masih belum nampak dimana penghujung nya. Gaya hidup dah berubah.Balik kampung pun dah jarang-jarang, nak peluk cium orang pun kena hati-hati, balik kerja terus kena masuk bilik air, macam-macam lagi la.

Walaupun begitu pasti ada terselit sedikit kemanisan menjadi semangat dan kebanggaan untuk kita di tahun 2020.


Terima kasih pada semua rakan facebook yang sudi berkongsi pencapaian sepanjang 2020 yang mereka kecapi. Walau pun begitu ada juga yang mengharungi saat pedih luka kehilangan orang tersayang di tahun 2020.









Saya turut tumpang gembira dengan kejayaan kawan-kawan. Bagi yang kehilangan orang tersayang saya doakan korang terus cekal dan kuatkan semangat. 

Keluarga saya melalui penghujung 2019 dan tarikh yang sama dengan hari ini , dengan tangisan kehilangan ahli keluar yang kami sayang. Perkara tersebut membuatkan keluarga kami lebih kuat hubungan kasih sayang dan saling menghargai. 

Saya doakan semoga kasih sayang kita semua di Malaysia ni lebih kuat dan saling menyokong. Selamat Tahun Baru 2021. 



 

Catat Komen

1 Ulasan

  1. Dapat lebih paid review. Hahahahah. Sbb musim covid ni client lg suka review online. Tpi bg ena lebih bermakna sebab dapat baby 2020. Alhamdulillah tercapai nak target anak kedua

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)