Advertisement

ads

MISTERI MONA EPISOD 4

 MISTERI MONA EPISOD 4drama bersiri 'Misteri Mona' disiarkan menerusi slot Samarinda TV3. Menampilkan lakonan Janna Nick, Redza Rosli dan Ruzana Ibrahim. Drama genre psiko thriller arahan Amor Rizanini disiarkan bermula 10 Disember 2020, setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula 10 Disember 2020 pukul 10 malam di TV3


Sinopsis Misteri Mona Episod 4

Semperna hari ulang Tahun perkahwinan  Dr Nadeem dan Mona, Dr Nademm menyiapkan makan malam istimewa untuk Anom. Anom bertanya pada Dr Nadeem sama ada dia pernah mengandung atau pun tidak. Dr Nadeem mengelak untuk menjawab soalan Anom. Tiba-tiba Anom mengamuk dan tak dapat mengawal perasaan nya hinggakan dia merosak kan makan malam tersebut.

Tak lama kemudian Dr nadeem meminta meminta maaf pada Anom. Tapi Anom mengakui ianya adalah salahnya juga kerana dia cuma ingin tahu dimanakah anak nya berada. Dr Nadeem memberitahu Anom yang baby nya sudah meninggal ketika lahir.


Keesokan nya ketika Farah sampai di rumah Dr Nadeem, Farah dimarahi kerana membiarkan Anom menyelongkar barang-barang Dr Nadeem.

Anom menceritakan apa yang diceritakan Dr Nadeem tentang bayinya kepada Farah. Anom berasa sedih kerana dia tidak mempunyai apa-apa kenangan dengan anaknya. Anom mula membenci dirinya sendiri dan tertanya-tanya mengapa dia dia tidak layak hidup seperti orang lain yang tiada masalah mental.

Di hospital Dr Nadeem memberitahu kepada dr Uwais yang dia memberitahu Anom bahawa bayi tersebut sudah meninggal ketika lahir. Dr Uwais mencadangkan agar Anom dibawa berjumpa dengan nya kerana mungkin dengan berbual dengan orang lain adalah lebih baik untuk Anom.

Tapi Dr Nadeem membantah cadangan Dr Uwais dan tiba-tiba sahaja dia memarahi dr Uwais kerana mengungkit kisah silam Anom.

Farah mengucapkan terima kasih pada farah kerana kata-katanya dan nasihat farah menyedarkan dia untuk bersyukur. 

Anom teringat tentang zaman ketika dia hidup dengan ayah tirinya dahulu. Waktu itu ayah tirinya tiba-tiba memarahi Makcik Shima. Makcik Shima nekad untuk membantu Laila dan anak-anak untuk lari dari Razlan yang jahat.

Razlan masih tak henti-henti meminta wang dari Laila. Alasan nya untuk modal perniagaan sedangkan wang hasil jualan rumah Laila dulu kesemuanya diambil . satu sen pun tak diberikan pada Laila.

Anom dan adik nya menasihatkan Laila agar jangan memberi wang pada Razlan dan memberitahu tentang wanita yang dibawa pulang oleh Razlan kelmarin.

Laila akan membawa anak-anaknya ke tempat kerja jika hari cuti sekolah. Anom dan adiknya akan membantu Laila menyiapkan kerja-kerja di banglo  itu. 

Sewaktu mengemas adik Anom menjumpai satu buku lukisan milik anak kepada tuan rumah tersebut. Adik Anom seperti terkejut melihat lukisan di dalam buku tersebut.

Ketika Laila dan anak-anaknya baru hendak makan malam, Razlan balik kerumah dengan membawa hadiah untuk Laila dan anak-anaknya. Laila dan anak-anaknya hairan mengapa Razlan tiba-tiba berubah. Razlan juga memohon maaf dan mengakui dia banyak buat salah pada Laila. Razlan menyuruh Laila mencuba pakaian yang baru dibelikan nya.Laila berasa gembira dan fikir suaminya telah berubah menjadi baik.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang tidak dikenali di muka pintu dan memuji-muji Laila. Rupanya Razlan menjual Laila kepada lelaki tersebut untuk melangsaikan hutangnya. Anom dan adiknya menjerit dan menangis meminta ibunya dilepaskan tapi Razlan mengurung Anom dan adiknya di dalam bilik.

Dr Nadeem pulang awal ke rumah petang itu. Dia bertanya pada Farah apa yang diceritakan Anom pada farah. Farah memberitahu Anom menceritakan tentang kisah silamnya. Dr Nadeem menasihati farah supaya jangan percaya 100% apa yang diceritakan Anom pada nya.

Sewaktu Anom naik ke bilik dia terdengar seolah-olah bunyi rantai besi.Anom yang ketakutan naik kebilik untuk memeriksa bunyi tersebut. Farah yang sedang memasak di dapur diminta dr Nadeem agar memberi ubat kepada Anom lebih awal.

Anom naik ke bilik tingkas atas rumah, dia melihat bilik yang pintunya terbuka. Anom masuk kebilik yang gelap dan kosong itu.Tiba-tiba dibelakangnya kelihatan seorang wanita sedang dirantai. Wanita tersebut meminta tolong dan minta dilepaskan. Anom berlari keluar sambil berkata yang semuanya adalah mimpi .Apa yang dia lihat tadi adalah tidak benar.

Dr Nadeem meminta maaf kepada Dr Uwais kerana berkasar tadi. Dr Uwais menasihatkan Dr Nadeem agar jangan menyimpan apa-apa masalah kerana walaupun mereka adalah doktar psikitri tapi mereka tetap manusia biasa.

Farah menceritakan pada Ikmal yang dia dapat rasakan ubat yang diberikan oleh Dr Nadeem pada Anom sangat kuat kerana Anom akan tidur sebaik sahaja dia makan ubat tersebut. Ikmal mencadangkan agar farah mengambil ubat tersebut untuk dia dapatkan kepastian tentang ubat yang diberikan pada Anom.

Malam itu ketika sedang tidur , Anom bangun dan naik semula ke bilik tingkat atas rumahnya. Dia ingin memeriksa sekali lagi sama ada apa yang dilihat siang tadi betul ataupun hanya mimpi. Tapi dalam bilik tersebut tiada apa-apa. Anom semakin keliru.

Dr Nadeem mengikuti Anom naik atas. Dia bertanya mengapa Anom naik ketas bilik. Dr Nadeem meyakin kan Anom tiada sesiapa didalam bilik tersebut.


Pelakon

Janna Nick -Anom

Redza Rosli -Dr Nadeem

Ruzana -sebagai Mona

Elisha Sandha -Farah

Zarynn Min -Laila

Zizan Nin -Razlan

Ainin Batrisya - Anom

Duerra Mitilda -Mona

Syed Irfan -Fahmi

Alif Hadi - Shawn

Amir Rahim -Dr Uwais

Syafi Tee -Ikmal

Azhar Amir -Tuan Jamal 

Jeff Saly -Jali

Elly Suhail -Shima 

Badsham Harun -Malik.

Tonton Misteri Mona Full Episod 

Misteri Mona Episod 1

Misteri Mona Episod 2


Catat Komen

1 Ulasan

  1. tengok juga drama ni, memang follow sebab menarik lain dari yang lain

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)