Advertisement

ads

MISTERI MONA EPISOD 2 TV3

DRAMA MISTERI MONA EPISOD 2 TV3  | drama bersiri 'Misteri Mona' disiarkan melalui slot Samarinda TV3. Menampilkan lakonan Janna Nick, Redza Rosli dan Ruzana Ibrahim. Drama genre psiko thriller arahan Amor Rizanini disiarkkan bermula 10 Disember 2020, setiap hari Isnin hingga Khamis, 10 Disember 2020 pukul 10 malam di TV3 



Sinopsis Misteri Mona Episod 2

Ketika Dr Nadeem sedang membaca buku, Anom muncul dari belakang sambil menggunakan pisau. Dia menjerit ke arah Nadeem sambil bertanya "Kau siapa?" nampak-olah dia tidak mengenali Nadeem. Pada pandangan Anom, dia melihat seorang wanita berbaju merah, sementara yang sebenarnya itu adalah Dr. Nadeem.

Nadeem menjerit kearah Anom. untuk menyedarkan Anom dari halusinasi.Apabila tersedar, Anom menangis dan Dr. Nadeem mengangkat Isteri nya masuk kedalam bilik. 

Hari kedua bekerja, Farah datang ke rumah dr.Nadeem. Masuk sahaja ke dalam rumah, Dr. Nadeem bertanya pada Farah sama ada dia betul-betul pasti yang Anom makan ubat seperti yang diarahkan.

Farah menangis ketakutan kerana dimarahi. Dr.Nadeem mahu Farah kali ini betul-betul menggunakan yang Anom makan ubat yang diberikan. Dr.nademm tidak mahu perkara seperti malam tadi berulang kembali malah lebih buruk lagi Anom boleh mencederakan dirinya sendiri.



Anom yang mendengar Farah dimarahi suaminya, datang memujuk Anom. 


Sambil bersarapan Anom menceritakan tentang baran ayah tirinya, Razlan, waktu dia masih kecil. Ibu Anom, Laila pernah dianalisis oleh ayah tirinya. kemudian ayah tirinya akan menyesal dan memujuk ibu Anom. Dia akan berjanji tidak akan mengambil dadah dan meminta maaf berkali-kali. Perkara yang tetap berulang berulang.

Tuan kedai tempat Laila bekerja pernah menegur Laila agar jangan percaya dengan , Razlan. Kerana Razlan sudah lama tidak bekerja kerana di pecat akibat menghisap dadah di ladang tempat dia bekerja.

Razlan meminta agar Laila menjual rumah peninggalan bekas suami Laila. Setelah dipujuk  dan berjanji akan berubah, Laila bersetuju untuk menjual rumah dan mengikut Razlan berpindah ke Kuala lUmpur.

Di Kuala Lumpur Anom dan adiknya tidak bersekolah. Mereka kerap kelaparan malah Razlan jarang pulang kerumah. Laila mula mencari kerja untuk menampung belanja rumah.



Razlan masih belum berhenti mengambil dadah. Duit jualan rumah Laila juga habis dibelanjakan Razlan. Laila dan anak-anak semakin terabai. Dengan bantuan jiran nya , Laila dapat bekerja sebagai pembantu rumah di sebuah banglo.

Disebabkan Laila melawan ayahnya yang memukul ibu , Anom dipukul oleh ayah tirinya. Mengingatkan kejadian itu membuatkan Anom berasa trauma dan tidak mampu mengawal perasaan nya di depan Farah. Mujur lah Farah menyedari kelakuan aneh Anom dan cepat-cepat menyedarkan Anom.

Ketika Anom sedang  tidur, Farah duduk di kerusi memerhatikan Anom. Tiba-tiba dia terdengar seperti pintu bilik bawah tanah dibuka. Baru saja Farah hendak memeriksa pintu itu, Mona bangun dan mengingatkan Farah agar tidak sesekali membuka pintu tersebut seperti yang diarahkan oleh Dr. Nadeem.


Di rumah, Farah terjumpa sehelai kertas di dalam bag nya yang tertulis amaran " hati-hati, Bukan semua yang ada didepan kita itu benar" . Keesokan nya di rumah Dr.Nadeem Farah memeriksa tulisan Dr.Nadeem dengan Mota yang ditemuinya sama ada tulisan yang sama atau pun tidak. 

Farah tidak tahu siapakah yang menulis Nota tersebut kerana tulisan pada Nota tidak sama dengan tulisan Dr.Nadeem.



Farah memberikan buku dan pen kepada Anom. Dia sebenarnya ingin melihat tulisan Anom sama ada tulisan itu sama dengan tulisan pada nota yang dia temui.Tapi tulisan pada nota bukan tulisan Anom.

Bangun dari tido, Anom tergesa-gesa keluar dari bilik dan mencari kotak yang dilihat disembunyikan Dr.Nademm pada malam tadi. Didalam kotak tersebut ada gambar-gambar Anom bersama Dr.Nadeeem dan gambar ultrasound. 

Wanita yang bernama Mona muncul lagi di depan Anom.Kali ini dia memberitahu Anom yang Dr Nadeem tidak mahu Anom ingat yang dia pernah mengandung..

Bersambung..

Pelakon

Janna Nick -Anom

Redza Rosli -Dr Nadeem

Ruzana -sebagai Mona

Elisha Sandha -Farah

Zarynn Min -Laila

Zizan Nin -Razlan

Ainin Batrisya - Anom

Duerra Mitilda -Mona

Syed Irfan -Fahmi

Alif Hadi - Shawn

Amir Rahim -Dr Uwais

Syafi Tee -Ikmal

Azhar Amir -Tuan Jamal 

Jeff Saly -Jali

Elly Suhail -Shima 

Badsham Harun -Malik.

Tonton Misteri Mona Episod Penuh 

Misteri Mona Episod 1

Misteri Mona Episod 2

Catat Komen

1 Ulasan

  1. Belum sempat tengok lagi Drama Misteri Mona ni. Zizan Nin ke tu rambut panjang tu. Lain macam betul rupa dia.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)