Advertisement

ads

MIKROFON IMPIAN 2 MINGGU 1

MIKROFON IMPIAN 2 MINGGU 1| Bermula 27 Disember 2020 Astro Ria akan kembali menyiarkan rancangan Mikrofon Impian musim ke 2. Seperti Musim pertama rancangan ini berkonsep pertandingan nyanyian yang dengan hadiah wang tunai untuk insan yang mengalami masalah kewangan terutamanya masalah hutang.



Rancangan Mikrofon Impian Minggu 1 ini menampilkan 3 orang juri yang terdiri daripada Azmi Saat , Fauziah Latif dan Ameng Spring.

3 peserta untuk minggu pertama adalah Nor Aliff Bin Abdul Rahman, Mohd Aizudin  dan Nur Syafiqah. Kehebatan nyanyian mereka akan dinilai oleh juri mingguan. Mereka yang berjaya akan masuk ke pusingan mingguan. 


Kisah Nur Sayfiqah (Melaka) 

Berusia 30 tahun dan anak kedua dari tiga orang adik beradik.Nur Syafiqah menjaga ayahnya yang mengalami strok sejak tahun 2012. Walaupun mempunyai insurans namun kos rawatan ayahnya melebihi dari kos Insurans.

Syafiqah tidak bekerja dan mencuba nasib dalam mIkrofon Impian 2 agar dapat mengurangkan kos perubatan yang ditanggung keluarganya.

Syafiqah menyampaikan lagu Terlalu Istimewa nyanyian asal Adibah Nor.



Kisah Mohd Aizudin (Melaka)

Mohd Aizudin berasal dari Kulai johor dan sehingga kini masih menumpang dirumah mertuanya sejak 5 tahun lalu. Dia dan isterinya masih menunggu rumah impian mereka siap sepenuhnya.

Apabila rumah sudah siap dia melangkah masuk ke dalam rumah dan melihat keadaan rumahnya tidak seperti yang diharapkan. Mohd Aizudin hanya bergantung sepenuhnya dengan hasil dari nyanyian.

Demi keluarganya dan tak mahu meminta bantuan keluarga di Johor, dia mencuba nasib dalam Mikrofon Impian 2.

Mohd Aizudin menyampaikan lagu Sesungguhnya nyanyian Asal Raihan



Kisah Nor Aliff ( Johor)

Nor Aliff berusia 32 tahun dan pernah berumahtangga. Dia kini menetap bersama ibunya yang mengidap masalah jantung tersumbat. Ibu Nor Aliff bakal menghadapi pembedahan dengan risiko 50-50. Disebabkan ibunya yang mempunyai penyakit Nor Aliff mengambil keputusan menjaga ibunya.

Nor Aliff perna bekerja dan pernah ditawarkan menjadi DJ dipusat karaoke. Tapi keadaan kesihatan ibunya membuatkan dia tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya terhadap kerja yang dilakukan. 


Ibunya memang mengharapkan Aliff sepenuhnya dan kerana itu Aliff mencuba nasib dalam Mikrofon Impian dengan menyampaikan lagu Aku Sanggup nyanyian asal Sufi

Pemenang Mikrofon Impian 2 Minggu 1 dimenangi oleh Nor Aliff dan dia layak ke pusingan seterusnya yang memerlukan dia untuk menjawab solaan yang diberikan dengan tepat.

Nor Aliff Berjaya meneka dengan tepat dan berjaya membawa pulang rm20 ribu.

Tonton Mikrofon Impian 2 Minggu 1


Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)