Advertisement

ads

MENGAPA LEMBU-LEMBU INI MEMPUNYAI LUBANG DIPERUT



MENGAPA LEMBU-LEMBU INI MEMPUNYAI LUBANG DIPERUT | Terkejut saya bila lihat semua lembu-lembu dalam gambar ini ada lubang pada perut mereka. Mulanya saya fikirkan tentu lembu-lembu ini bakanya jenis yang memang ada lubang pada perut. Tapi selepas membaca petikan dari bbc.com baru lah saya tahu kenapa ada lubang pada perut lembu-lembu ini.




Selalunya petani di Amerika Syarikat dan New Zealand membuat lubang pada perut lembu. Kadang kala lembu akan memakan plastik dan sampah lain yang menyebabkannya sakit dan akhirnya mati.


Untuk mengelakkan kerugian dan mengelak kan lembu sakit akibat makan benda-benda asing, lubang dibuat dibahagian perut lembu. Ianya bertujuan untuk memudahkan petani membersihkan bahagian dalam perut lembu selepas lembu makan rumput.  Pada lubang juga di sediakan  penutup lubang untuk mudah dibuka dan ditutup. Pemilik lembu akan memakai sarung tangan dan menyeluk bahagian lubang untuk mengeluarkan sampah sarap yang dimakan oleh lembu.

Untuk membuat lubang pada perut lembu, pembedahan kecil dilakukan dengan menebuk lubang dibahagian yang disebut sebagai Fistula. Pembedahan ini tidak menyakitkan lembu kerana menggunakan ubat bius . Malah lubang yang dibuat juga tidak memendek kan jangka hayat lembu.











Selain untuk mudah dibersihkan  lubang  tersebut juga adalah untuk mengumpulkan gas metana secara langsung dari perut lembu. 


Di Malaysia ada buat macam ni jugak ke?

Catat Komen

3 Ulasan

  1. Fuh, first time tengok lembu ditebuk lubang kat perut.

    BalasPadam
  2. Pernah tgk kt rancangan psl lembu2 ni.. tp rasa ngeri btl... mcm tak tergamak pulak... tp yelah dunia perubatan makin moden

    BalasPadam
  3. sian lembu tu kemajuan minda penternak menyebankan perut mrk berlubang pulak

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)