Advertisement

ads

MENGAPA KETIKA HAID KITA BERASA HENDAK MAKAN MAKANAN MANIS

MENGAPA KETIKA HAID KITA BERASA HENDAK MAKAN MAKANAN MANIS | Sempat saya bertanya pada kawan-kawan di facebook apakah maakanan atau minuman yang sering mereka rasa hendak makan ketika datang haid.



Rata-ratanya menginginkan makanan yang manis. Saya sendiri sangat suka kan minuman yang manis ketika haid. 







 
Apakah penyebabnya kita merasa ingin makan makanan manis ketika haid ? Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Huffington Post, 50 % wanita Amerika makan makanan ringan dan makanan yang manis ketika mereka haid.

Ini disebabkan oleh sindrom pramenstruasi yang membuat perasaan hati wanita berubah dan sedang berasa tertekan. Untuk itu, wanita cenderung ingin makan makanan yang mengandung gula tinggi untuk mendapat rasa tenang dan nyaman.

Lumrahnya bagi wanita ketika haid hormon stres yang dikenali sebagai kortisol sedang meningkat manakala hormon bahagia yang disebut sebagai serotonin sedang menurun.



Menurut pakar nutrisi Kate Leinweiber, ketika haid wanita digalak kan mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi magnesium. Makanan yang mengandungi magnesium ialah dark chocolate. Sayuran hijau juga mengandungi magnesium.

Kebaikan makanan yang mengandungi magnesium ini ialah ianya boleh mengurangkan kejang, sembelit, insomnia, sakit kepala, rasa cemas, dan rasa sakit pada payudara yang kerap dialami wanita sewaktu haid.

Tiada halangan untuk wanita makan makanan manis ketika haid cuma biarlah ianya tidak terlalu banyak terutamanya bagi wanita yang mempunyai masalah kesihatan. Banyak kesan buruk jika mengambil gula berlebihan.

Catat Komen

4 Ulasan

  1. yang pasti kalau nak period saya nak makan suami. tak pasal asyik kena marah aje..hhaha

    BalasPadam
  2. Oh! kisahnya.
    Time period Mrs. A selalu nak makan coklat cadbury heheheee...

    BalasPadam
  3. Tak perasan pula kalau tengah period nak makan benda manis. Yang pastinya sebelum period suka pula makan yang masam-masam!

    BalasPadam
  4. Ada gak rasa nak makan aiskrim hahaha

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)