Advertisement

ads

MARRY ME SENORITA EPISOD 1

MARRY ME SENORITA EPISOD 1 | Drama daptasi dari novel "Mary Me Senorita " akan disiarkan pada 2021. Drama bersiri dengan 20 episod ini dibintangi oleh pasangan kekasih Janna Nick dan Dini Schatzmann. Mary Me Senorita akan disiarkan di Astro Ria untuk slot Megadrama. 





 Sinopsis Marry Me Senorita Episod 1

Sofiy menangis dan berlari sekuat hati. sambil berlari dia teringat Paklong lah yang membawanya pulang kerumah walaupun kehadiran nya tidak diterima oleh maklong. Sampai saja di rumah dia naik keatas dan terus meluru kearah jenazah paklong yang sudah terbujur kaku. 


Maklong memujuk Sofiy yang menangis . Maklong memapah Sofiy jauh dari tetamu. Sebaik tiada sesiapa yang melihat, maklong terus menolak Sofiy dan menghalau Sofiy keluar dari rumahnya. Maklong masih belum boleh menerima kehadiran nya wlaupun selepas Paklong pergi.


Sofiy menangis kesedihan.

Orang-orang kampung mula beredar selepas majlis tahlil arwah paklong. Maklong menyuruh Sofiy mengemas semua pinggan mangkuk di ruang tamu untuk dibersihkan. Sofiy meminta agar esok,maklong dapat membuat tahil sekali lagi .Maklong mengatakan yang paklongnya tiada meninggalkan banyak wang jadi tak perlu diadakan majlis tahlil untuk paklongnya lagi.



Sofiy memberitahu yang dia masih mempunyai sedikit wang simpanan. Maklong duduk di hadapan Sofiy dan memberitahu yang mulai esok segala hal didalam rumah ini adalah menjadi tanggungjawab sofiy. Maklong mahu Sofiy menyiapkan sarapan sebelum ke tempat kerja dan sofiy perlu balik untuk memasak  makan tengahari.

Sofiy mendengar dengan perasaan sedih.Tambahan pula maklong meminta sofiy tetap pergi bekerja dan membawa pulang wang untuk Maklong. Maklong dan anak perempuan nya langsung tak mempedulikan perasaan Sofiy yang masih bersedih atas kehilangan paklong.



Isa masih lagi menghadap kata-kata sindiran dari Engku Aziz di meja makan. Datuknya itu tegas orangnya. Rasa terbantut selera Isa bila Datuknya itu menyamakan dirinya dengan ibunya. Tiba-tiba muncul Rosa diruang dapur. Engku Aziz bertanya dengan nada marah , mengapa Rosa datang kerumahnya lewat malam begini. 

Dengan bersahaja Rosa membalas yang kedatangan itu dkerana di suruh oleh ibu Isa sendiri, Iaitu Marini disebabkan Isa langsung tidak dapat dihubungi. Isa menjelaskan yang dia tidak perasan dengan mesej2 di telefon nya.

Rosa yang langsung tidak beradab dan punya rasa malu terus mencedok makanan ke dalam pinggan nya.  Isa hairan melihat Rosa yang langsung tidak peduli dengan renungan tajam Engku Aziz. Isa terus meminta agar Rosa  pulang kerumah. Rosa terpaksa akur namun dalam nada sindiran sempat dia meminta Engku Aziz memberikan sedikit senyuman kerana mungkin Engku Aziz akan terkena serangan jantung.

Engku Zaharah membetulkan tali leher Suaminya itu. Sambil membetulkan tali leher Engku Zaharah meminta agar Suaminya itu tersenyum . Engku Aziz mengatakan ini semua disebabkan cucu kesayangan Engku Zaharah. Engku Zaharah mencadangkan agar Isa dijodohkan dengan gadis pilihan nya. Engku Aziz tidak bersetuju.Segera Engku Zaharah memberitahu yang dia juga tak mahu jika Isa dijodohkan dengan Rosa. Cukup lah apa yang dilakukan Rosa terhadap Isa dahulu.

Engku Aziz meminta supaya Engku Zaharah tidak menyalahkan Rosa kerana Isa juga patut dipersalahkan.





Selepas solat, baru saja Sofiy ingin membaca quran, Maklong masuk ke dalam bilik dan meminta wang dari Sofiy. Maklong mengatakan jika Sofiy mahu tinggal dirumah itu Sofiy perlu memberi wang pada nya. Maklong juga mempertikaikan dari mana Sofiy mendapat wang untuk simpanan. Maklong meminta agar semua wang yang disimpan oleh Sofiy perlu diberikan semua kepadanya esok.



Isa berhibur dengan kawan-kawan . Rosa datang menghampiri namun tidak dilayan oleh Isa. Rosa mengambil gambar Isa sedang minum bersama kawan nya di kelab malam.Kemudian gambar tersebut dihantar pada Engku Aziz. Keesokan nya Engku Aziz memberi amaran pada Isa agar jangan datang kerumahnya selagi Isa tidak berubah. Engku Aziz terus menampar Isa. Isa yang sangat marah dengan atuknya terus keluar dari rumah Engku Aziz.

Ketua Kampung datang kerumah untuk berjumpa dengan Sofiy.Maklong memberitahu yang Sofiy pergi bekerja walaupun dalam keadaan sedih. maklong berpura-pura mengambil berat tentang Sofiy.Ketua kampung mmberitahu kedatangan nya untuk menyampaikan amanah yang ditinggalkan Hasan, paklong  Sofiy.

Sebaik mendengar nama suaminya disebut, maklong terus bertanya apakah amanah yang ditinggalkan Hasan untuk Sofiy? Tok ketua menceritakan hasrat Hassan yang ingin Sofiy menyambung pelajaran nya. Wang Upah menjaga kebun yang diusahakan Hasan diserahkan kepada Maklong. Maklong berpura-pura sedih menerima wang dari ketua kampung. Sedangkan dalam hatinya dia gembira menerima wang tersebut.

Sofiy pulang dari kerja lewat malam. Sebaik masuk ke dalam rumah dia melihat maklongnya masih belum tidur. Maklong menuduh Sofiy melakukan perkara terkutuk hingga pulang lewat malam. Sofiy memberitahu yang dia kerja lebih masa.

Maklong sengaja tak mempercayai apa yang Sofiy katakan. Dia memanggil Sofiy dengan gelaran perempuan sundal dan menghalau Sofiy keluar dari rumahnya malam ini jugak. Maklong juga menuduh Sofiy mengambil kesempatan keatas suaminya. Sofiy merayu agar maklong jangan menghalaunya. Maklong mengheret Sofiy keluar dan mencampakkan barang-barang sofiy keluar. 

Sofiy merayu dan mengetuk pintu tapi Maklong langsung tak mempedulikan Sofiy. Sofiy menangis dan berjalan keluar tak tahu kemana mahu pergi.Sedang dia melalui satu kawasan dia terdengar bunyi seakan-akan bunyi babi. Sofiy berlari ketakutan di dalam hujan lebat. Sofiy berteduh di tangga sebuah rumah kosong.

Entah rumah siapa yang Sofiy masuk Dia mula ketakutan.SoFiy berpaling ke kanan dan melihat sesorang muncul dalam gelap. Rupanya Isa juga tumpang berteduh dirumah tersebut.




Sofiy membuka mata dan melihat Isa dihadapan nya. Dia terus menjerit dan memanggil Isa Hantu. Isa mengatakan yang dia bukan hantu. 
Isa bertanya mengapa Sofiy ada disitu. Sofiy memberitahu yang dia dihalau dari rumah.Dia naik kerumah tersebut kerana takut dikejar kerbau kaki pendek.

Isa pelik . mana ada kerbau kejar orang. Sofiy bertanya sama ada isa tak tahu apa itu kerbau kaki pendek.Sofiy memberitahu kerbau kaki pendek yang dimaksudkan ialah babi. Isa memberitahu Sofiy yang sofiy sepatutnya berlari zig zag jika di kejar babi.

Sofiy bangun dan menuju ke pintu. Dia mmberitahu yang dia ingin keluar dari rumah itu kerana tak mahu berdua-duaan dengan Isa di dalam rumah tersebut.Hujan masih lebat dan Isa melarang Sofiy keluar. Dia tak mahu kerana nya Sofiya berdepan dengan bahaya. Isa duduk jauh dari Sofiy. Dia meminta Sofiy jangan risau kerana dia tak kan mendekati Sofiy.

Isa bertanya apa rancangan Sofiy. Sofiy memberitahu yang dia mahu menaiki teksi menuju ke kuala Lumpur. Isa bertanyakan nama kawan dan alamat kawan yang Sofiy ingin jumpa di kuala lumpur. Isa takut Sofiy akan ditipu sebaik tiba di  Kuala Lumpur. Sofiy meyakinkan Isa yang kawan nya, Tina seorang yang baik dan boleh dipercayai.

Isa menghulurkan jaket nya kepada Sofiy yang nampak kesejukan. Sofiy mengucapkan terima kasih atas belas ihsan Isa padanya...

bersambung..


Pelakon

Janna Nick 

Dini Schatzmann 

Yasmin Hani 

Dato Jalaludin Hassan 

Fadilah Mansor 

Shaza Bae 

Siti Khadijah Halim

Natasha Elyzza 

Asha Merican 

Soundtrack Marry Me Senorita 

Surat Akhir -Amira Othman



Lirik Lagu Surat Akhir - Amira Othman

Andai 

Esok tiada lagi 

Untuk aku 

Baik baik sayang 


Andai 

Ini yang terakhir 

Dari aku 

Untuk kamu 

Oh sayang 


Ku mulaikan warkah akhir ini 

Dengan nama Tuhan yang menemukan 

Aku dengan dirimu 

Dan tibalah waktunya 

Untuk diriku kembali bertemu 

Berangkat pulang Berangkat pulang ke pangkuannya


Andai 

Ini yang terakhir 

Dari aku untuk dirimu 

Sampaikanlah Salam rinduku tuk semua 

Teristimewa Ayah dan bonda 


Oh sayang 


Nanti bila aku telah tiada 

Ajarkan mereka Bait bait cinta dari Tuhan 

Kirimkanlah untuk ku 

Moga bisa jadi penghibur hatiku 

Memecah sepi di kamar baruku 


Kan resminya agung Tuhan memang begitu 

Bermulah berakhir 

Bertemu dan berpisah 

Usah kau bimbang sayang 

Ku nanti dikau di pinggir syurga




Catat Komen

4 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)